Rabu, 24 November 2021

Birthday Husband & Anniversary Wedding

Assalamualaikum...

hai gaissss... haha.. tetiba rajin nak update blog...

mekasih rakan blogger yg masih sudi baca blog kiter tau.. mekasih juga sudi bertanyakan khabar..

Alhamdulillah.. mun sihat jer.. semoga kengkawan pun diberi kesihatan yg baik..dipermudahkan urusan..

Hari ni mun saja nak share, ni cerita yg dah lepas.. haha.. kira aci laa kan nak update kat blog.. 

Bulan lepas Birthday Bff + Kawan Gaduh tarik rambut + Kawan Muncung Sedepa + Kawan Manja2 miowww iaitu Encik Suami saya... 


Tahun2 sebelum ni kan.. kami jarang celebrate kat luar.. kalau ada pun setakat g makan jer laa... sebab husband jenis bz keje.. cuti hari Ahad sahaja... nak amek cuti pun kena check dulu..kalau Manager dia cuti, dia as Asst Manager x boleh laa cuti sama... 


Disebabkan tahun ni tak boleh nak bercuti jauh2, nak plak time tu belum boleh rentas negeri.. jadi mun plan kami bercuti kat KL jerkkk... konon nak buat surprise laa kat husband... tapi....Mana mauunyerrrrr.. hahahaha

Dia adalah drebar mun klu dalam KL.. bini dia ni nama jer orang KL... tapi kalau drive sendiri mmg sesat laa..kaaaahhh!

so, nak tak nak kena laa bgtau plan, nak g lunch kat mana.. tido hotel mana... dinner pun kat mana... 

hahaha.. x menjadi langsung surprise.. chittt! haha

Pagi Ahad, kami gerak dari kedai kami kat Beranang.. 

Kiranya... sampai KL tu terus Lunch jer..

Awal-awal mun dah booking. Lepas buat payment online tu, mun email kat Atmosphere 360. Request nak sebelah tingkap.. x mau duk tengah2.. 

Masa hari kejadian tu, alhamdulillah, lepas check Reservation No. Staff pun bagitau, miss ada request tepi tingkap kan... terus dia tulis No Meja kat ticket kita.. (kalau nak tepi tingkap, kena bayar +RM25.00/per table.



time ni ckp kat husband, amek gambar kiter tu biar nampak kurus tau..
haaa kauuuu kurus melidi dia buat..chehhh haha




kalau kita nak celebrate birthday/anniversary. masa buat reservation tu, boleh click kat website tu.. nanti kita akan dapat free 1 slice cake dan ucapan dari staff.. kalau anniversary, dia wish je la.. kalau birthday, dapat pakej dorang nyanyi lagu besday.. time ni mun cuma request utk anniversary.
kita amek gambar kenangan..

atmosphere 360
haruslah posing mengadap KLCC kan...
dulu mun bukan laa jenis yg gayat.. tapi,sejak masuk 30an ni.. haha lain macam gayat tu
           

Lepas Lunch, kami terus ke Pacific Regency Kuala Lumpur. Hotel ni Mun dah booking awal2 melalui agent. Agak frust laa jugak dengan hotel ni, nasib baik tido 1 malam je.. Masa nak Check In amek masa 1 jam.. dah dapat bilik tu, buka ler peti ais.. boleh plak ada Kain Lap dalam peti ais.. pengotor laa korang ni... masa ni aku komplen time check out je.. sbb aku pun x guna peti ais.. huhu


Dinner plak, Mun dah buat reservation awal2 dekat Envy Skydining.. yg ni Mun booking melalui whatsapp.. 



envy skydining
time ni mun suka sgt...staff dia sangat laa peramah, setiap kali dia datang ke meja, dia akan offer utk ambilkan gambar..


envy skydining
masa tgh makan tu, staff dia offer kalau nak beli dessert. sebab masa booking tu mun ada bgtau utk celebrate birthday.. time pilih menu tu, mun request nak letak ucapan..



Sekian laa cerita cinta kami pada bulan oktober.. kah!

@Kata Hatiku Berbicara@

Now, mun tengah plan untuk bercuti ke Pangkor Laut Resort.. dah bertahun kata nak repeat cuti kat sini.. asyik x lepas jer.. Plan konon nak celebrate birthday mun kat sana.. tapi dah full book..huhuhu nangeeess... tapi kita try booking utk bulan 2 je laa...huk huk.. ni masih tengah deal dgn staff  YTL.. sebab mun x boleh nak book guna website.. (payment kena guna credit card) so,request utk buat payment guna online banking.. 

Rabu, 22 September 2021

Royale Chulan Cherating Villa

 Assalamualaikum...

Hari ni MUN nak buat review  sket.. Last year, MUN sempat la jugak bercuti sebelum negara kita mengalami krisis COVID 19 yg melibatkan seluruh dunia..

Awalnya tu, plan asal nak bercuti kat Terengganu.. Duyung Marina & Resort. Masa ni dah siap buat survey dan minta quotation untuk pakej Honeymoon.

Dalam masa sama, masih juga mencari pakej honeymoon kat tempat lain..

dan...jeng jeng jeng.... akhirnya MUN dapat cari 1 tempat bercuti yg lagi best.. (ehh bukan Duyung Marina & Resort tak best tau... 1 day InshaAllah, memang plan nak bercuti kat sana nanti)

Dah buat survey, pasal Royale Chulan Cherating.. untuk pengetahuan korang, Royale Chulan Cherating ni ada 2 tau..

1. Royale Chulan Cherating Chalet

2. Royale Chulan Cherating Villa

Tempat yg mun pilih, >>> Royale Chulan Cherating Villa..

Semua perancangan untuk Honeymoon ni, MUN yg aturkan..

Sebelum kami bercuti ke Royale Chulan Cherating Villa, tempat pertama kami singgah ialah Kuantan, kami decide untuk stay 1 night kat Pekan Kuantan. Masa ni, dapat laa jumpa sahabat lama masa zaman belajar dulu.. dan dalam masa sama dapat laa serahkan Reward untuk Dropship saya..

(gambar tak jumpa dah weiiii) ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข


Sebelum nak Check In, sampai je kat depan pagar masuk, Staff bahagian Security akan check list nama terdahulu.. sebutkan nama dan no ic, mereka akan check dgn staff dekat bahagian check in.. Jika confirm ada nama kita, barulah Security Guard bagi masuk.. ( saya booking bilik melalui website hotel)

Tempat parking kereta, dekat dengan Security Guard dan dalam pagar hotel. jadi jangan risau tentang kenderaan korang tau.. InshaAllah selamat..

dan korang akan dijemput dengan menaiki buggy.. korang jangan berangan nak jalan kaki ke Lobby, semput ooiii.. haha ๐Ÿ˜‚ dan yang paling bestnya ialah.. tak sampai 5 minit kitorang parking, buggy dah sampai depan kereta kitorang nak jemput kami.. weiii, dah laa kami ni jenis tak suka orang menunggu kita. tetiba rasa kalut nak keluarkan beg kami.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

royale chulan cherating villa 1

Proses Check In sangat laaa smooth... dan pihak hotel tak amek deposit..

lobby royale chulan cherating villa


Bilik kami untuk 3 hari 2 malam



ocean suite royale chulan cherating villa
Bilik kami ni, betul-betul depan swimming pool budak


Untungnya kami walaupun bilik berdepan dengan pool budak, time kami bercuti ni, hari bekerja... jadi pengunjung memang tak ramai.. dan suasana agak tenang..


gambar ni diambil dari dalam bilik kami

lepas letak beg dalam bilik, kami terus ambil peluang untuk jenjalan dan bergambar sakan sementara tak de orang ni kan..

dah mcm kat oversea tak? view mmg cantik sangat


disebabkan tak de orang kat sini.. maka, pool ni kami yang punya.muahaha ๐Ÿ˜






husband Mun bz duk keringkan GoPro.. esoknya nak sambung berendam katanya.๐Ÿ˜…

Untuk makluman, Pakej yg saya ambil ni dah termasuk dengan Breakfast & Dinner tau.. Makanya, kami tak perlu laa keluar untuk g cari makan malam.. 







Makanan kat sini semua sedap weiii.. 9/10 Mun bagi tau... 

Dari Breakfast, Lunch & Dinner.. memang semua super sedappp...

ni laa bilik kami, Ocean Suite

Hari Kedua kami kat sini, sebelum nak gerak g breakfast, call dulu utk request buggy.. nak jalan kaki tu boleh... tapi menapak laa ko nak naik bukit tu haa.. ๐Ÿ˜‚ tak kuasa akak dek non.... haha.. time tunggu buggy pun tak lama tau..kejap je dah sampai..





xtvt hari kedua..berendam dlm pool sampai kecut jari..haha

tengah hari plak..kita berjemur kat tengah2.. duk sakan bergambar..buat video ala ala romantik gtuwww



Waktu Lunch, tak de dalam pakej ye.. kami malas nak cari makan kat luar.. kami Lunch kat sini jer.. senang.. malas nak pikir makan kat mana ๐Ÿ˜‚










Dinner hari kedua.. 

Hari kedua Dinner, masa ni agak lama juga nak tunggu makanan sampai, sebab kebetulan ada 1 group ni agak ramai.. rasanya Company Trip kot.. ada laa dalam 15-20 orang gitu.. Makanan yg lambat sampai tu husband Mun punya.. tapi air yang diganti baru, air Mun...๐Ÿ˜‚ pun boleeehhh haha... 

last day breakfast




Last Day kami kat Royale Chulan Cherating Villa, proses nak Check Out pun senang jer.. just serahkan kunci.. sebab tak de deposit kan.. dan buggy pun dah sedia menunggu kami untuk hantar ke kereta.


@Kata Hatiku Berbicara@

Bahagia dengan cara kita..