Halaman

Rabu, 22 September 2021

Royale Chulan Cherating Villa

 Assalamualaikum...

Hari ni MUN nak buat review  sket.. Last year, MUN sempat la jugak bercuti sebelum negara kita mengalami krisis COVID 19 yg melibatkan seluruh dunia..

Awalnya tu, plan asal nak bercuti kat Terengganu.. Duyung Marina & Resort. Masa ni dah siap buat survey dan minta quotation untuk pakej Honeymoon.

Dalam masa sama, masih juga mencari pakej honeymoon kat tempat lain..

dan...jeng jeng jeng.... akhirnya MUN dapat cari 1 tempat bercuti yg lagi best.. (ehh bukan Duyung Marina & Resort tak best tau... 1 day InshaAllah, memang plan nak bercuti kat sana nanti)

Dah buat survey, pasal Royale Chulan Cherating.. untuk pengetahuan korang, Royale Chulan Cherating ni ada 2 tau..

1. Royale Chulan Cherating Chalet

2. Royale Chulan Cherating Villa

Tempat yg mun pilih, >>> Royale Chulan Cherating Villa..

Semua perancangan untuk Honeymoon ni, MUN yg aturkan..

Sebelum kami bercuti ke Royale Chulan Cherating Villa, tempat pertama kami singgah ialah Kuantan, kami decide untuk stay 1 night kat Pekan Kuantan. Masa ni, dapat laa jumpa sahabat lama masa zaman belajar dulu.. dan dalam masa sama dapat laa serahkan Reward untuk Dropship saya..

(gambar tak jumpa dah weiiii) 😢😢


Sebelum nak Check In, sampai je kat depan pagar masuk, Staff bahagian Security akan check list nama terdahulu.. sebutkan nama dan no ic, mereka akan check dgn staff dekat bahagian check in.. Jika confirm ada nama kita, barulah Security Guard bagi masuk.. ( saya booking bilik melalui website hotel)

Tempat parking kereta, dekat dengan Security Guard dan dalam pagar hotel. jadi jangan risau tentang kenderaan korang tau.. InshaAllah selamat..

dan korang akan dijemput dengan menaiki buggy.. korang jangan berangan nak jalan kaki ke Lobby, semput ooiii.. haha 😂 dan yang paling bestnya ialah.. tak sampai 5 minit kitorang parking, buggy dah sampai depan kereta kitorang nak jemput kami.. weiii, dah laa kami ni jenis tak suka orang menunggu kita. tetiba rasa kalut nak keluarkan beg kami.. 😂😂😂

royale chulan cherating villa 1

Proses Check In sangat laaa smooth... dan pihak hotel tak amek deposit..

lobby royale chulan cherating villa


Bilik kami untuk 3 hari 2 malam



ocean suite royale chulan cherating villa
Bilik kami ni, betul-betul depan swimming pool budak


Untungnya kami walaupun bilik berdepan dengan pool budak, time kami bercuti ni, hari bekerja... jadi pengunjung memang tak ramai.. dan suasana agak tenang..


gambar ni diambil dari dalam bilik kami

lepas letak beg dalam bilik, kami terus ambil peluang untuk jenjalan dan bergambar sakan sementara tak de orang ni kan..

dah mcm kat oversea tak? view mmg cantik sangat


disebabkan tak de orang kat sini.. maka, pool ni kami yang punya.muahaha 😁






husband Mun bz duk keringkan GoPro.. esoknya nak sambung berendam katanya.😅

Untuk makluman, Pakej yg saya ambil ni dah termasuk dengan Breakfast & Dinner tau.. Makanya, kami tak perlu laa keluar untuk g cari makan malam.. 







Makanan kat sini semua sedap weiii.. 9/10 Mun bagi tau... 

Dari Breakfast, Lunch & Dinner.. memang semua super sedappp...

ni laa bilik kami, Ocean Suite

Hari Kedua kami kat sini, sebelum nak gerak g breakfast, call dulu utk request buggy.. nak jalan kaki tu boleh... tapi menapak laa ko nak naik bukit tu haa.. 😂 tak kuasa akak dek non.... haha.. time tunggu buggy pun tak lama tau..kejap je dah sampai..





xtvt hari kedua..berendam dlm pool sampai kecut jari..haha

tengah hari plak..kita berjemur kat tengah2.. duk sakan bergambar..buat video ala ala romantik gtuwww



Waktu Lunch, tak de dalam pakej ye.. kami malas nak cari makan kat luar.. kami Lunch kat sini jer.. senang.. malas nak pikir makan kat mana 😂










Dinner hari kedua.. 

Hari kedua Dinner, masa ni agak lama juga nak tunggu makanan sampai, sebab kebetulan ada 1 group ni agak ramai.. rasanya Company Trip kot.. ada laa dalam 15-20 orang gitu.. Makanan yg lambat sampai tu husband Mun punya.. tapi air yang diganti baru, air Mun...😂 pun boleeehhh haha... 

last day breakfast




Last Day kami kat Royale Chulan Cherating Villa, proses nak Check Out pun senang jer.. just serahkan kunci.. sebab tak de deposit kan.. dan buggy pun dah sedia menunggu kami untuk hantar ke kereta.


@Kata Hatiku Berbicara@

Bahagia dengan cara kita.. 

Khamis, 9 September 2021

Pengalaman berkait Covid19

 Assalamualaikum...

amboi..bersawang sunggguh blog saya nie ehhh... 😂😂

bertahun tak update blog..

berdasarkan pada tajuk.. Pengalaman berkait dengan Covid 19.

saja nak bercerita...kongsi pengalaman.. bukan saya dijangkiti covid tau...

al kisahnya.. mak saya tak sihat dah beberapa hari.. bergilir laa saya dan adib beradik yg mana berdekatan dengan rumah mak, duk jenguk2 mak yg tak sihat.. bila hari jumaat, semua tempahan customer dah siap pos, saya terus balik rumah mak, take over tugas utk jaga mak.. 

kesian tengok keadaan mak, suhu badan tinggi, mak sakit dada yg melampau.. katanya bagai kena hiris dgn pisau.. anak mana yg tak risaukan..

saya tergerak hati nak juga buat swab test kat mak.. kebetulan kakak ada belikan kit swab test.. Allahu.. berderau rasa bila tengok double line walaupun samar2.. 

terus call adik, minta tolong dia temankan saya bawa mak ke klinik.. disebabkan kereta saya ni jenis tinggi, payah mak nak panjat masuk dalam kereta, terpaksalah juga minta bantuan adik yg guna kereta myvi sebab kereta tu jenis rendah.. 

Buat swab test sekali lagi.. kali ni cara RTK (melalui hidung) doktor tunjuk kat saya result mak.. ada double line.. mmg sah positif covid.. saya dah terdiam tak terkata dah.. dalam hati ni dah risau sangat..

check oksigen, alhamdulillah..tiada masalah kurang oksigen.. namun, doktor tetap akan call KKM utk ambil mak kuarantin ke MAEPS.. dan kami yg close contact ni kenalah buat swab test sama.. 


kami ber 4, saya, suami, 2 org adik lelaki.. result kami semua negative. 

tapi kenalah juga kuarantin, pakai gelang pink yg mahaiiii tu.. haha..

Alhamdulillah sepanjang mak saya kuarantin kat MAEPS, ada beberapa org yg sudi pimpin mak, perhatikan keadaan mak.. syukur alhamdulillah.. moga diberi ganjaran pahala berganda buat insan yg sudi bantu mak saya..

berbaki lg 4 hari gitu, mak saya kena transfer ke Hospital Sg Buloh utk rawatan lanjut.. doktor nak pantau kencing manis dan darah tinggi.

Genap 10 hari kuarantin, mak saya dibenarkan pulang ke rumah, kami ber4 juga habis kuarantin.. second swab pun alhamdulillah..kami kekal bebas dari covid..

mudah mudahan kami semua dilindungi dan dijauhkan dari penyakit berbahaya ni..



@Kata Hatiku Berbicara@

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari segala penyakit berjangkit, dipermudahkan segala urusan.. aamiinnn.. 



Sabtu, 9 November 2019

Al Fatihah Buat Ayahanda.. Adnan Ishak

Assalamualaikum...

Untuk pengetahuan sahabat2 Blog saya.. pada 24 Ogos 2019. saya telah kehilangan ayahanda saya Adnan Bin Ishak..

Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui betapa sakitnya rindu pada insan yg telah pergi meninggalkan kita..


Moga Allah mengampunkan segala dosa ayah saya.. Semoga segala amal ibadat ayah saya diterima.. ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Setiap hari saya cuba sentiasa mengingati kehangatan tangan ayah mengenggam tangan saya sehari sebelum ayah meninggal dunia,, itulah hari terakhir saya dapat menjaga arwah ayah di hospital..


@Kata Hatiku Berbicara@

Rindu ayah............


Jumaat, 26 Julai 2019

Tuala Sulam / Pencil Case Sulam / Bantal Sulam


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua saya berhenti kerja.. dan aktif menjalankan perniagaan sepenuh masa..
Alhamdulillah juga, suami saya sentiasa support 100%.. banyak membantu saya dalam menguruskan perniagaan.
Alhamdulillah, bulan 8 ni genaplah setahun saya menjalankan perniagaan Sulaman Berkomputer.
Bermula dengan 1 mesin sulam, dan kini sudah memiliki dua buah mesin sulam bagi memudahkan urusan dalam menyiapkan tempahan sulam yang semakin meningkat.
Alhamdulillah, jika sebelum ni saya yang membuat Marketing, saya yang cari pelanggan, kini saya sudah memiliki ahli Dropship yang aktif membuat marketing dan mendapatkan pelanggan.
Jika diizinkan, saya masih berusaha untuk mencari kedai untuk disewa dan berusaha untuk mengupah pekerja bagi melancarkan urusan perniagaan saya..
Doakan saya ye kengkawan..

Yang mana berkenan nak tempah tuala/pencil case/bantal sulam tu.. boleh whatsapp saya ke www.wasap.my/60176534339
Kalau nak register jadi ahli dropship saya pun boleh.. whatsapp je no saya yer..

Meh cuci mata.. ada macam-macam design yang boleh dipilih.
Tuala sulam dari Mama Mun Handmade dari “Best Towel” yang pastinya tuala yang kami gunakan menyerap air, mempunyai pelbagai size yang boleh diplih, dari Sapu Tangan, Tuala Muka, Tuala Budak dan Tuala Dewasa.
Tuala kami juga mempunyai pelbagai warna yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda.
Kami juga mempunyai lebih 300 jenis design kartun yang boleh dipilih untuk disulam.
Tuala sulam kami boleh dijadikan sebagai hadiah untuk anak-anak, boleh juga dihadiahkan buat insan tersayang, boleh dijadikan sebagai tuala hantaran tunang  dan tuala hantaran perkahwinan.

Kami juga menerima tempahan tuala sulam secara borong. Kebanyakan pelanggan kami menempah tuala sulam khas untuk Family Day, Taska Pra Sekolah, Gift untuk event sukan, gift untuk majlis aqiqah, perkahwinan.
Untuk maklumat lebih lanjut, pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi kami di www.wasap.my/60176534339

Boleh juga melawat Page Facebook & Instagram kami di Mama Mun Handmade u tuk melihat lebih banyak lagi gambar tuala yang pernah ditempah oleh pelanggan kami.


































Jumaat, 14 Jun 2019

Kursus Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) MARA N.9

Assalamualaikum..

Hari ni curi masa sikit.. nak update blog.. hehe..

dah lama sangat tak menaip panjang2 kat dalam blog ni tau..huhu

al kisahnya masa bulan Feb aritu.. saya ada terperasan iklan dari pihak MARA N.9 berkenaan dengan sesi interview kursus Latihan Pembentukan Usahawan.. 

Kalau dah memang rezeki tu kita punya kan... memang Allah mempermudahkan urusan tu..

1st sekali.. saya pergi interview pada tarikh yang ditetapkan...

Ya Allah...kita punyer nebeesss tu.... sangat teruk kot masa tu..kejap2 masuk toilet... kalah interview masa kerja dulu tau.. haha

sebelum interview tu, ada laa kena isi borang dan jawab soalannya dulu.. markah tu pun akan diambil kira sekali dengan interview.. 

time ni mmg nebes habissss.... mujurlah awal... huhu
yang ini markah masa jawab soalan.. sebelum dipanggil masuk mengadap panel.. saya dapat pegang kertas ni.. terus snap gambar markah. 

Masa sesi interiview tu.. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.. soalan yang diajukan semua berkaitan dgn diri kita dan bisnes yang kita buat..jadi tak de laa susah mana pun.. hehe... saya nie ajerr yang terlebih nebessss.. pikir bukan bukan masa tu..muahaha

dannnn...jeng jeng jeng.....

tak lama tu dapat call dari Staff MARA.. bagitau saya ditawarkan mengikuti kursus LPU..

alhamdulillah..rezeki sangat.... sebab masa tu memang bersaing dengan lebih 250 orang USAHAWAN dalam sesi interview..

dan saya antara 90 orang USAHAWAN yang terpilih...

Maka.... buat pertama kali jugalah saya tinggalkan husband sensorang kat umah.. huuuuuu...

tak pernah berenggang selama ni.. mana pergi selalu bersama.. tak berjauhan langsung.. tapi demi dapatkan ilmu perniagaan.. maka berjauhan laa kami...

Module 1.. saya berkursus di MELAKA selama 6 hari..

seriussss...sangat bestttt... walaupun x cukup rehat... tapi sikit pun tak de rasa mengantuk.. sangat enjoy dalam kelas... banyak sgt input yang kami dapat sepanjang berkursus.. 

dan part yang paling best sekali... setiap hari solat berjemaah ditambah pula dengan solat dhuha berjemaah.. setiap hari juga fasi akan sentiasa remind kami.. 

"Perbetulkan NIAT anda"
"sedekahkan doa dan al fatihah buat suami/isteri/ mak ayah/ mertua/anak-anak"



Selesai kursus di MELAKA..

bersambung pula kursus kat PD.. selama 7 Hari..





Module ke 2 sangat mencabar ok... waktu ni kami belajar macam mana nak siapkan Rancangan Perniagaan... walaupun dulu saya pernah belajar dan buat assignment masa amek degree buss administration.. tapi dah lama sangat tinggal kot... hehehe..

memang tak cukup masa.. tak cukup tido... gara2 account tak balance muahahaha..

pastu nak siapkan RP sebelum hari presentation... nak mesej husband pun waktu bangun tido dan waktu nak tido jer... haaa ko... nampak tak....... tahap bz melampau...

tak cukup dengan time kursus... balik rumah tu pun sambung siapkan RP..

sampai laaa hari Presentation depan 2 orang panel...

Allahu... masa habis je presentation..... rasa macam satu beban yg berat dapat dilepaskan.. hehe..



@Kata Hatiku Berbicara@

Buat usahawan2 diluar sana... kalau ada peluang, cuba laa apply kursus anjuran MARA.. sangat berbaloi, sangat bagus, sangat membantu... rajin rajin laa tgk kat page FB MARA yer... banyak sangat info kat situ...

Selasa, 11 Jun 2019

Setahun Menyepi...

Assalamualaikum kengkawan....

Allahu...lama sungguh tak menghadap blog kesayangan saya nie...
waaaaaaaa..teruk nauuu bersawang... ya ampuuuunn.... blog kengkawan pun lama saya tak terjah... huhuhu

Maaf yer korang... sejak dah nak masuk tahun ke-2 Full Time Buat Bisnes nie.. agak busy laa jugak...

pape pun..saya rindu nak baca blog korang semua... kalau ada kesempatan lain.. nanti saya tinggalkan jejak kat blog korang ehhhh...

yang mana nak tau perkembangan saya tu.. (kalau ada la...muahaha)

boleh je jenguk FB saya.. Moon Emon.. tak pun boleh je usha Page  FB  Mama Mun Handmade..

waduhhh..banyak tau sebenarnya cerita nak dikongsikan kat sini... huhu

pape pun...Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat blogger saya :) 

Sabtu, 30 Jun 2018

Aidilfitri 2018

Assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan buat semua rakan2 blogger.. adeiii.. masih ada ke yang sudi baca blog kiter yg tenggelam timbul ni yerk.. hahaha

lamanya laa saya tak baca blog kengkawan... rindunya laa hai... 

maaf laa yerk.. kesibukan dalam menguruskan rumahtangga + uruskan perniagaan kami.. memang x sempat nak baca blog.. nak hadap blog sendiri pun tak terdaya.. huk huk...

tak pe.. sape2 yg aktif kat IG tu meh follow kiter kat riz_mun atau kat IG bisnes Riz Mun Enterprise


Alhamdulillah.. inilah keluarga besar kami... meriah bila semua dapat berkumpul.. 


@Kata Hatiku Berbicara@

InsyaAllah..ada masa terluang nnt..mun terjah blog korang yerk....