Halaman

Isnin, 10 November 2025

Jemputan Penceramah Guru Pembimbing

Baru baru ni ada dapat jemputan dari Cikgu yang mengajar anak-anak PPKI, mereka minta moon jadi Guru Pembimbing untuk ajar subjek Pembungkusan Hadiah. 

Moon dengan rasa berbesar hati menerima jemputan tersebut dan menghargai kepercayaan diberikan untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada anak-anak istimewa ni.

kita bantu cikgu dengan beli bahan2 yang diperlukan untuk kelas nanti

seminggu bersepah kat ruang tamu..huhu

siapkan dulu contoh untuk kita pamerkan dalam kelas nanti

antara contoh yang kita buat, supaya anak-anak dapat gambaran apa yg akan dorang pelajari nanti

bermulalah perjalanan kelas kita



sambung belajar kat dalam kelas pula..ada beberapa pelajar yang perlukan bantuan sepenuhnya.

hasil dari ilmu yang kita ajar. alhamdulillah..
hebat anak-anak istimewa ni

terima kasih cikgu sudi menjemput saya

alhamdulillah..terima kasih atas saguhati dan sijil penghargaan..


@Kata Hatiku Berbicara@

Alahai sekejap je masa berlalu.. rasa macam baru je mula kerja kat sekolah ni..
rupanya dah sampai ke penghujung kontrak dah kita..huhu
Kalau ada rezeki, memang nak sambung kerja kat sekolah ni lagi.. 
dekat sangat dengan rumah. 
 

Selasa, 4 November 2025

Farhanah Catering-Eco Majestic

Hujung minggu ajak husband makan malam kat Farhanah Catering sekali lagi. 
Tekak ni asyik laa duk teringat kat sambal nasi lemak udang goreng.. huhu
maka, ajom laa kiter dinner sini..

husband pilih nasi kenduri ayam masak merah

sudah tentu nasi lemak..sambal dia sedap sangat


 Kalau datang sini rasa macam nak order banyak menu sebab sedap haha

Jumaat, 31 Oktober 2025

Farhanah Restaurant

Buat pertama kalinya singgah restoran Farhanah cawangan bangi.

Selalunya kalau nak g makan tu kami akan ke Farhanah Katering,
 cawangan di Eco Majestic.


Kalau nak makan kat sini, memang rambang mata tu.. tak tau nak order yang mana satu. sbb kebanyakan menunya memang sedap belaka.

Paling mun suka nasi kerabu, roti bakar, nasi lemak udang / sotong crispy, masak lemak patin, set nasi ikan talapia.. ehhh banyak lagi menu dia yg memang sedap.


punya laaa lama duk pilih menu.. kali ni mun nak try menu lain, nasi goreng seafood buttermilk
sedappp sangat...

 

Rabu, 29 Oktober 2025

Bantal Printed

Alhamdulillah.. selepas selesai tempahan dari Polis di Melaka, 
bersambung pula kita siapkan tempahan dari Hospital Serdang.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. target nak siapkan dalam tempoh seminggu
sebabnya bila dah bekerja ni, jarang ada masa untuk bisnes. 
Masa yang free hanyalah waktu malam dan sabtu ahad sahaja.


Terima kasih Nurse sudi repeat order dengan Kedai Hadiah Mama Mun.. 


Selasa, 28 Oktober 2025

Tempahan Bag dan Note Book

Alhamdulillah, menerima tempahan dari rakan kolej saya.
walaupun tempahan last minit.. kita usaha juga siapkan tempahan mengikut tarikh yang dipinta..
Terima kasih ASP Anne sudi tempah Non Woven Bag dan Note Book

Balik je dari camping terus capai barang yg customer tempah dan terus pegi buat penghantaran..

ajerr tak reti penat laki bini ni yerr... gigih demi bisnes.  


yang ini sticker uv dtf untuk tampal kat pen



 

Isnin, 27 Oktober 2025

Richiamo

Rasanya dah lebih setahun kami tak singgah makan kat Richiamo ni..
tetiba plak tekak ni rasa macam nak sangat makan nasi lemak kat sini..sambalnya dan rendang ayam sedap..

Tapi tu laa.. tak de rezeki, boleh plak nasi lemaknya tinggal utk 1 pinggan je.
So kita bagi ke husband je laa...
kita order Chicken Chop

7/10 sebab kentang masin giler. byk nau tabur garam ehh.. pastu tepung banyak dari isi ayam

Order Matcha.. aduyaii tetap tak boleh lawan matcha zus.

opcos ada muka bini dia.. sebab kita yg belanja haha


 

Jumaat, 24 Oktober 2025

Hay Yan Huda


Kalau turun ke Seremban tu, kekadang tak tau nak makan tengah hari atau makan malam kat mana. 
yang terlintas kat fikiran kami laki bini mesti sama.. nak kan Hay Yan Huda je laa

Waktu ni nak pilih menu, dah nampak ada menu baru laa..
Rendang Itik dan Masak Lemak Cendawan Kukur

Ok, kita try menu baru la plak..

Rendang itik 10/10

Masak Lemak Cendawan Kukur 5/10
isi nya sikit sangat. pastu kuah melampau pekat dan masin.
 


time nak bayar kat kaunter tu sempat laa beli biskut ni..
walaupun mahal Rm6 camtu..
nasib baik sedap giler.. 

 

Khamis, 23 Oktober 2025

Camping #13 Lubuk Ghancung, Jelebu

Setiap kali nak pergi camping.. haa konpem bersepah laa ruang makan dan ruang tamu.
kemas dan susun apa yang patut barang keperluan dan makanan yang nak dibawa.


sebelum pergi, kena cas dulu semua bateri kipas dan lampu


Alhamdulillah, buat kali ke-2 kami camping kat Lubuk Ghancung Campsite. Kali pertama kami datang pada tahun 2023. Tahun ni campsite berubah habis.. campsite yang sangat cantik dan sangat selesa. 
kiter loveeee sangat tau...




 


nampak macam cetek je sungainya.. bahagian kiri je nampak cetek. sebenarnya boleh tahan dalam gak sungainya tu.. dan boleh taha deras juga.

sepanjang hari sejuk je.. jarang guna kipas. siap buat unggun api lagi

haa sebelah tapak kami ni ada 2 pokok, ngam laa tu..mmg kami pasang hammock buat husband baring santai-santai

jiran tapak no 2 bagi kami laksa.. Ya Allah sedap sangat tau... 
rupanya acik ni mmg meniaga, dia tukang masak..


menu malam pertama kami. 
Kurma daging, telur goreng dan sambal belacan

Sarapan nasi lemak dan sambal udang kecil

tengah hari kami telur dadar dan hati ayam masak kicap

setiap kali camping, minyak urut, minyak angin mmg benda yg wajib kami bawa. 
tak boleh tinggal.. huhu 

 InshaAllah tahun depan kami akan repeat camping kat sini.. dan bawa family sekali.. kita book 4 tapak terus

Rabu, 22 Oktober 2025

Nippon Sushi Shabuyaki

Balik dari Pangkor, esoknya masuk kerja macam biasa.. walaupun agak letih.. kerja tetap kerja..
nak dijadikan cerita, waktu sarapan dan lunch saya jam 10.30 pagi.
lepas tu bersambung laa jaga budak exam. balik kerja petang baru rasa pedih perut sbb lapar. huhu

Ngam plak husband ajak dinner kat Shabuyaki 
haaa elok bebenor laa kan.. perut pun lapar sgt.. baru laa berbaloi bayar mahal.. haha

beriya angkat henpon nak scan qr haha




 

Selasa, 21 Oktober 2025

Mac & Cheese Zus Coffee

Pertama kali order air dan makanan kat Zus
disebabkan lewat kita lunch.. 
nak keluar sekolah memang tak boleh laa
pilihan yang ada adalah order melalui food panda je la.. 

ok tak nyesal cuba menu ni, sedapp dan pedas
kena dengan tekak kiter..


 

Jumaat, 17 Oktober 2025

Alun Retreat Pangkor

Awal bulan 10 merupakan hari istimewa..
Alhamdulillah genap 10 tahun usia perkahwinan.
dan genap laa usia encik suami yang ke 47 tahun.

Seperti tahun tahun sebelum ni, mun akan buka cadangan nak bercuti kat mana.. 
cuma tahun ni encik suami sendiri yang buka cadangan kata nak repeat bercuti kat Alun Retreat, Pulau Pangkor. Siap request nak kan bilik yang paling HOT kat hotel tu sbb sentiasa menjadi rebutan. 

sebelum sambung perjalanan.. singgah RNR dulu..

Sampai je Pulau Pangkor, kami tinggalkan beg dekat hotel terlebih dahulu. pastu jenjalan dalam pulau.


lepak pantai bogak. kawasan ni tak padat orang. 

Teluk Nipah

pemandangan depan hotel

bilik idaman yang menjadi rebutan. 



tempat wajib kami lunch lauk campur. Hasanah Corner.
sedap dan murah

lepak kat pasir bogak. kawasan ni sangat kurang orang dan tenang sangat.
lokasinya terletak di belakang sek men pangkor

happy besday husbnad.. hehe 

cantik kan.... bagaikan sebuah lukisan


pemandangan dari luar.. 






surprise sempena anniversary.. alhamdulillah..
cuaca sangat baik waktu ni..



breakfast disediakan. nasi lemak mmg sedap.. suka sangat

2x ulang beli air kat sini..sedap...