Assalamualaikum,
salam jumaat penghulu segala hari..
hari ni merupakan hari terakhir mun bekerja sebagai Pembantu Guru.
Alhamdulillah..satu pengalaman yg sangat menarik..
dapat bekerjasama dengan guru-guru.
bila bekerja dalam bidang pendidikan ni, baru laa kita nampak betapa sibuknya guru-guru kita ni, berhadapan pula dengan anak-anak murid ni.. ada ketikanya sungguh mencabar keimanan. haha
apa pun satu kenangan manis juga sbb pelajar panggil sy "Cikgu" walaupun saya bukanlah seorang guru.
moga ada rezeki lagi buat saya untuk kembali bekerjasama dengan cikgu-cikgu ni..
ada juga yg bertanya kepada saya beberapa soalan..
kenapa nak kembali bekerja, sedangkan saya dah selesa menjalankan perniagaan.
kenapa tak cari kerja ikut kelayakan yg selayaknya sy dapat.
(soalan yg ni sy dpt selepas mereka tau sejarah kerja lama sy)
selama 8 tahun sy berhenti kerja kat KL nuu..
tup tup kembali bekerja..
ramai yg terkejut, ada yg ingat mun dah tutup bisnes. hehe
bisnes kita tetap berjalan..
![]() |
| ole ole dari cikgu... terima kasih byk tunjuk ajar saya dalam unit peperiksaan. |
@Kata Hatiku Berbicara@
Ada banyak gambar kenangan bersama cikgu2 dan pelajar2 tapi tu laa..saya tak boleh nak share sebarangan gambar mereka.. maka kita simpan jadi kenangan untuk tatapan saya sendiri sahaja..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..