Halaman

Isnin, 13 Julai 2026

Rasa Rosz IOI Mall Putrajaya

Kalau ada yg ingat, mun pernah post pasal restoran Rasa Rosz dalam IOI Putrajaya..

Kali ni kita repeat makan kat sini lagi..

dah tentu kita nak cuba menu yang lain pula kan..

Husband order Nasi Goreng Kampung, Mun pulak order Nasi Goreng Baby Crab

yang bestnya kat sini, kalau order nasi goreng akan diberi sekali 3 jenis sambal dari Rasa Rosz ni..

Mun dah pernah beli Sambal Cendawan Shitake.. memang sedap rasa dia..
kali ni mun beli Sambal Ikan Bilis.. huiii makan nasi panas2 dengan telur mata je pun dah sedap lauk gitu jerr...
untuk Sambal Udang Kering dia plak mun dah try makan time tu, hmmm kureng sket rasa dia.. 

Nak repeat lagi ke??

opcosss... 
rasa macam nak makan lagi laa sphageti rendang daging dia... sedap sgt...


 

Jumaat, 10 Julai 2026

Santai Dusun Campsite

Kalau dah jiwanya suka camping tu....

Santai Dusun Campsite ni terletak di Pengkalan Hulu Perak

Seawal 4 pagi kami mulakan perjalanan dari Negeri Sembilan.. 

Dalam setahun (2026) ni kali ke 2 kami camping kat sini

Ini adalah camping kami yang ke 17

sungguh.. saya tak boleh move on dengan keindahan campsite ni..
suasana yg sangat tenang, sungainya yang sangat cantik dan unik..


view sini yang paling mahal..
seronok mandi kat sini.. sebab sungainya ada yg mesra utk kanak2
dan ada bahagian yg sesuai untuk dewasa. 
kami pakai life jacket sebab nak mandi kat bahagian dewasa.. kedalaman sungai tu lebih kurang 1.3 meter

malam yang tenang

 
dalam campsite ni ada kebun durian
kebetulan tenagh musim.. tapi belum waktu gugur.. kalau gugur pun katanya buang buruk..


sebelum balik, dapat kutip lagi sebiji.. bawa balik rumah.. kena minta izin dulu
alhamdulillah rezeki tak perlu bayar..

disediakan kopi.. boleh panaskan sendiri.. percuma jer


masak yg simple simple jer.. 



cik abg ni kata nak makan nasi lemak sambal udang kecik.. 
katanya nak masakkan..
tapi tulaaaa... dia lena sambung tido macam udang dah haaa.. haha
sudahnya bini dia ajer laa yg masak

hari terakhir, sebelum kemas nak pulang tu, sempat buat pengat durian yg kita kutip. dapat laa kongsi dengan jiran khemah sebelah..
jiran plak kongsi rezeki sarapan oden, kentang dan sosej

sebelum gerak balik, lunch dulu kat kedai Makan D'Rumah,
owner sangat peramah ye.. 
kami order sup ekor, tomyam seafood, udang goreng nestum cili api dan kangkung goreng.
free ulam ulaman
semua sedap giler... kuah tomyam tu sedap sangat sangat
dah total kami bayar lebih kurang RM45 camtu. termasuk air teh ais dan teh o lemon. 
bagi kami sangat murah.. 

Khamis, 9 Julai 2026

Masakan air tangan seorang ibu

Syukur alhamdulillah
Dikurniakan Mak yang masih sihat.. 
untung anak anak mak sebab mak memang suka memasak banyak lauk untuk anak menantu dan cucu

Allah masih beri kami anak2 nikmat untuk masih dapat merasa masakan dari air tangan mak


 

Rabu, 8 Julai 2026

Dunia hanya persinggahan...

Setiap yg hidup, pasti akan mati.. dunia hanya tempat persinggahan

Baru baru ni, adik lelaki mun diuji dengan kehilangan anak yg dilahirkan tak cukup bulan..
baru je berkongsi berita gembira, isterinya mengandung selepas penantian selama 3 tahun..
namun berita gembira tu hanya sementara sahaja..

tak pe dik.. anak syurga tu.. 

Yang kedua pula, selang 5 hari, dapat perkhabaran mak sedara pula meninggal..
adik mak no 7


al fatihah buat cik lah.. Nor Fazilah Binti Md Yusof
semoga arwah cik lah ditempatkan dikalangan orang yg beriman...amiiinnn



 

Selasa, 7 Julai 2026

Village Cafe Dusun TokMama - pelakon Jasmin Hamid

Hujung minggu biasanya penuh aktiviti. kalau tak camping, mesti balik rumah mak..
tapi minggu baru ni kami tak pergi ke mana mana..
hanya keluar untuk sarapan dan makan  malam sahaja.. 
selebihnya mengemas rumah..

untuk pertama kalinya kita singgah sarapan pagi kat Village Cafe Dusun TokMama
katanya pelakon Jasmin Hamid JV dengan cafe ni..

Masa sarapan tu, ada je Jasmin Hamid.. tapi tak de laa nak bergambar sebab dia tengah layan peminat kat meja lain sambil promote produk.

tak banyak menu.. huhu ada gak kecewa disitu..
yg ada nasi lemak biasa, telur mata, ayam goreng, pastu lempeng dan cucur udang dengan kuah kacang.
nasi lemak dia biasa biasa je nyah.. nasi agak kering..
tapi sambalnya sedap. harga agak mahal sket laa

tapi kekecewaan saya tu sekejap je.. sebab mata saya dijamu dengan keindahan alam semula jadi yg menjadi penyejuk mata..
Ya Allah cantik sangat view kat sini..

 Lokasi cafe ni terletak di ulu beranang.. boleh je waze Village Cafe Dusun Tok Mama

Khamis, 4 Jun 2026

Camping Lubuk Ghancung Campsite

Sempena cuti Hari Wesak baru ni, kami dan family husband pergi camping kat Jelebu.
Disebabkan cuti panjang, 6 bulan sebelum kita dah booking campsite.

Buat kali ke 16 kami laki bini bercamping, dan kali ke-3 kami repeat camping kat Lubuk Ghancung Campsite.

cumanya kali ke 3 ni kami bawa family.

Alhamdulillah camping kami 3 hari 2 malam berjalan dengan lancar dan semua enjoy. 

penuh bonet




nyaman rasa menikmati suasana tenang

kabus tebal waktu pagi



meriah dengan jajan untuk anak-anak

khemah lama kami bagi adik guna. ramai assistant duk tolong pasang


tempah roti jala, kari ayam mun masak sendiri. lagi puas hati. pekat2 tak cair.. hehe



mun amek job goreng2 kudapan untuk bebudak je.. senang..haha

malam pertama buat bbq. memasing bawa magic pan 

benda wajib bawa. tak boleh tinggal




Selasa, 5 Mei 2026

Cuti Hari Pekerja + Jalan-jalan K.Terengganu & Kuantan

Alhamdulillah cuti Hari Pekerja dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama keluarga.

Plan asal Kak Long ajak ikut bercuti ke Kuantan. 

Pada awalnya tak rancang pun nak ikut bercuti memandangkan kami pekerja swasta ni belum masuk gaji hahaha. kononnya nak duduk kat rumah jer.

Hari khamis pagi tu saja call kakak, sekali dia bagitau dah sampai kat Terengganu bawa Mak sama..

yang kita ni pun kabo ler ke husband..

kami laki bini tak pernah lagi bercuti sama kat Terengganu..

tup tup... balik dari keje, malam tu husband terus cakap "Jom kita gerak malam ni!!"

Macam biasa, bini dia ni jenis layankan ajer walaupun kurang gemar cara gitu..

OTW tu terus call kakak bagitau yg kami dalam perjalanan ke Terengganu..
dah boleh agak respon kakak kiter 

"Gila laaa korang ni!! tak penat ke??"

Haha macam tak tau plak perangai anak no 2

Mujur malam tu jugak terus booking bilik kat Agoda.

dapat laa tidur beberapa jam..

Jam 6.30 baru sampai Kuala Terengganu.

Teman bonda kita shopping kat Pasar Payang



muka pun barai.. tapi shopping punya pasal.. segar mata..


Lepas setel shopping kat Pasar Payang,
Kak Long terus gerak ke Kuantan..

kami laki bini jenjalan kat KT

tempat pertama yg kami singgah KT Waterfront

jeti nelayan

jambatan angkat 

selepas solat jumaat, kami masuk Mayang Mall untuk lunch sambil layan view jambatan angkat

ngam plak lepas selesai bergambar kat Masjid ni dah masuk waktu asar
lepas tu kami sambung perjalanan ke Kuantan..

jam 8 baru sampai.. terus ambil access card bilik dekat adik.


alhamdulillah, tak sangka plak ada event kat sini.. sempena ulang tahun tentera laut diraja malaysia
dapat laa kami melawat dalam ni..










berat katanya...
kalau tak silap 14 kg kot 




hari terakhir di kuantan, pekena nasi dagang

sebelum check out, bergambar dulu simpan buat kenangan


last kopek orang kata.. shopping kopok lekor dulu..
ni kali ke 2 kami singgah beli.. sedap dapat makan keropok lekor kat situ.. 



InshaAllah, ada rezeki kami akan ke Terengganu sekali lagi.. tak puas berjalan sehari je..
banyak lagi tempat dalam list yangg kami nak pergi ni..