Halaman

Jumaat, 19 September 2025

Roti Boy


Ada yang sama pebret makan roti boy macam kiter jugak ker? hehe

Al kisahnya, balik kampung kat johor, cuti panjang kan.. 
Malam tu jenjalan laa dengan adik beradik husband kat segamat.

Kiter ni jenis tak boleh kalau terbau roti boy.. konpem nak beli..

Maka kiter borong laa 10 pcs..

try gak makan roti perasa cheese tu... erkkk tak kena kat tekak kami laki bini...

Maka setia laa kita dengan perasa yang original..


 @Kata Hatiku Berbicara@

Teringat zaman kerja kat KL dulu, setiap kali nak balik rumah, mesti turun stesen KLCC dulu.singgah suria KLCC beli Roti Boy.

Rabu, 17 September 2025

Mengimbau kenangan

Begitulah kalau ajak anak murid bergambar.
Hahaha
Ada-ada ajer laa bebudak ni kan.. 


Auto teringat kenangan zaman muda remaja kita aktif dengan wataniah.

 





@Kata Hatiku Berbicara@

Rindu juga masa zaman kurus. huhuhu

Umur dah 40 an ni, asyik sakit lutut. kaki dah tak kuat macam zaman muda. huhu

Rabu, 10 September 2025

Shabuyaki Nippon Sushi

Disebabkan laki bini pebret sangat makan kat Shabuyaki Nippon Sushi. Maka setiap bulan laa nak makan kat sini haa..





 Balik tu, menyempat plak usha kedai barangan camping.. Kami duk survey je dulu.. niatnya nak tukar khemah baru. baru niat je laa..haha

kami laki bini jenis cerewet sket bab nak pilih khemah ni. sebab kita nak beli ni keluarkan sejumlah wang yg besar, tak nak laa nanti rasa menyesal atau tak berbaloi.. 

@Kata Hatiku Berbicara@
Next camping tu kena tunggu tahun depan..haha. sampai hujung tahun kita tak leh nak apply cuti.huhu

Selasa, 9 September 2025

Bantal Printed

Dah lama tak kongsi perihal bisnes mun kat dalam blog ni.. huhu

walaupun mun kembali bekerja, alhamdulillah.. rezeki dalam bisnes tetap masih ada..
kita masih menerima tempahan.cuma urgent order je kami tak dapat terima. 

ni salah satu tempahan bantal printed yang terkini yang ditempah oleh seorang guru.


 @Kata Hatiku Berbicara@

Tipu laa kalau kata tak rindu nak buka kedai (opis) macam dulu..
Huhu..

Khamis, 4 September 2025

Camping Ke-12 Pak Uda Campsite

Selepas setahun kami simpan peralatan camping.. 
akhirnya kami kembali dengan minat kami dalam aktiviti perkhemahan.
cari campsite pun last minit je awak.. huhu
majoriti campsite dah penuh orang booking.huhu

dan akhirnya kami pilih Pak Uda Campsite yang terletak di Kg Sahom, Perak.
dan ini adalah kali pertama kami camping luar dari negeri sembilan.


bagaikan sebuah lukisan

waktu petang

sejuk sgt..

melawat kebun owner campsite. macam-macam ditanamnya

geram tengok ulam raja, banyak gilerrr

bahan-bahan basah yang kami bawa untuk 3 hari 2 malam

simple je..tak de ikut trend orang sekarang nak cantik-cantik susun. pakai apa ada. yg penting perut kenyang.haha 

menu hari pertama. buat lauk frozen. kat campsite tinggal panaskan aje lauknya

sarapan dan tengah hari kami masa hari ke-2
malas nak masak banyak kali sebab nak mandi sungai puas-puas.

request sambal bawang air tangan husband

daging goreng + taugeh hijau

meggi kimchi + dumpling kimchi
menu wajib setiap kali camping


dah 3 tahun usia khemah.. hajat nak tukar khemah baru.. tapi belum ada yg berkenan lagi.. banyak faktor yg perlu difikirkan sebelum buat keputusan untuk beli yang baru

sebelum balik, sempat singgah beli kerepek kat Sabak Bernam


@Kata Hatiku Berbicara@

Next camping bila?? huhu ntah ler, tunggu hujung tahun atau tahun 2026 kot.