Dua minggu yang lepas husband suruh booking tempat lunch special untuk tarikh 4 Okt
Sesungguhnya.. bini dia ni benar-benar terlupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan kami..
Kebiasaannya Mun yang akan pikir dan cari tempat untuk kami sambut ulang tahun.
Tapi tahun ni boleh pulak mun terlupa..
Disebabkan ahad baru ni ada Marathon KLSCM dan hampir keseluruhan bandar KL tutup jalan sehingga jam 11 pagi..
Kami tiada pilihan terpaksa laa naik MRT Kajang dan turun di Bukit Bintang dan buat pertukaran ke Monorail Bukit Nanas dan kemudiannya kami naik Grab ke Menara KL
punya laa bertahun tak naik semua jenis transport awam ni.. mujur laa tak kekok sangat
sebab semua tu pengalaman yg mun dah biasa sepanjang pernah menetap dan bekerja di KL dulu
 |
| birthday boy kiter |
 |
jerebu masih tebal jadi sakit mata nak tengok pemandangan sekitar KL |
 |
| kasi zooom sampai habis |
 |
5 tahun yang lepas kami pernah celebrate anniversary kat sini.. masa tu nama restoran ni Atmosphere 360 kalau tak silap laa. sekarang ni dah bertukar syarikat dan nama restoran |
 |
| sungguh mengoda kan tengok dissert.. tapi tu laa.. kita ni jenis cut sugar.. maka pilih dessert yang benar-benar teringin nak rasa je.. |
 |
| suka sangat mushroom soup dia..pekat gitu |
 |
happy birthday suami kiter.. dan selamat ulang tahun perkahwinan kami yang ke 11 tahun |
 |
| memasing perut dah terik.. nak melangkah ke train pun kemain slow yer..haha |
 |
| auto teringat citer Train To Busan.hahaha |
Alhamdulillah untuk tahun yang ke 11.. semoga suatu hari nanti Allah akan perkenankan doa kami yang dah lama kami harapkan untuk melengkapkan keluarga kecil kami..