Halaman

Sabtu, 3 Ogos 2024

Tomorrow Village Campsite

 Camping ke 10 & 11

Tetap memilih lokasi yang sama iaitu Tomorrow Village Campsite kat Kg Esok, Jelebu

Ini adalah kali ke 2 & 3 kami camping kat sini..

Tempat ni sangat best yer..sbb tapak tak banyak, jadi orang tak crowded. Tersangat selesa..


Tomorrow village campsite



Tenang sangat..padahal penuh dgn campers. Still rasa damai dan tenang

Dia punya santai tu... 😂





Gigih tau masak lontong, kuah kacang & nasi impit. Rendang paru tu mak kiter yg masak
Camping dihujung syawal

Malam² kita borak² dari hati ke hati


Penat, pejam mata..dengar bunyi air yg mengalir.. Ya Allah,,tenang sangat..




Jumaat, 2 Ogos 2024

Anjung Spot KLIA

Assalamualaikum.. kembali bersiaran laa kita setelah sekian lama krik krik... 😂

Sedikit perkongsian untuk sahabat² yang baca blog mun.. 

Sebelum ni kann.. hangat duk viral pasal video orang share kat TikTok. Bergambar kat tempat kapal terbang mendarat. Rakam video dalam jarak yg dekat.. 

Masa tengah viral tu tak de laa kita pergi pun, sebab tau konpem ramai giler orang..

Jadinya..baru² ni mun ada laa pergi ke Klia. Disebabkan kami tak pasti lokasi yang tepat, kita pun waze ler ANJUNG SPOT KLIA. Tapi, kami tak ler bergambar kat tempat yang disediakan tu..

Kami merayap lagi, cari kawasan yang lagi menarik..

Anjung spot klia
Yang ni masa first time kami datang..

Dapat ler snap sekeping ni haaa


Kali ke-2 datang, kami pergi tempat yang tak crowded.. lagi best snap gambar kat sini

Dengan berbekalkan kamera dslr yang basic jer..kita cuba rakam gambar kenangan kat sini..

Anjung spot klia
Kali ke-3 datang, bawa family pulak datang ke sini..
Ni kawan gaduh moon, suka cari gaduh dengan anak² buah 😂

Budak² takut dengar bunyi enjin yang kuat..tapi memasing excited

Anjung spot klia
Ngam masuk tengah² 😅

Air asia klia

@Kata Hatiku Berbicara@
Dah lama tak naik flight, tak tau ler dah berapa tahun 😅 jenjalan tengok jer pun ok dah kan.. janji happy, terhibur.. 

Sabtu, 16 Disember 2023

Melaka-Balai Cerap Al Khawarizmi

 Bersambung kisah ke Melaka..

Selepas check out chalet. Sebelum balik N.Sembilan, kami singgah ke Balai Cerap Al Khawarizmi. Jarak perjalanan ke tempat ni tersangatlah dekat. Tak sampai 5 minit dari chalet kami menginap. 

Untuk pengetahuan, tiada tiket masuk untuk buat lawatan. Just inform pada guard nak melawat Balai Cerap. Sebab pintu masuknya sama dengan sekolah tahfiz. 

Balai cerap ni tutup pada hari ahad tau..










Haha jari berbalut. Cuai masa siapkan tempahan.huhu
Sampai sekarang tak jumpa isi jari yg dh terpotong..huhu

@Kata Hatiku Berbicara@

Sesuai sangat kalau bawa anak² ke sini.. banyak ilmu yg boleh dipelajari.. 

Jumaat, 15 Disember 2023

Melaka- Mutiara Chalet

Sambung kisah perjalanan kami..

Selepas melawat Muzium Penjara Malaysia, kami terus menuju ke Tanjung Bidara untuk check in bilik.
Papan tanda chalet


Bergambar kat depan chalet






Petang tu, kami keluar ke Pasar Malam Masjid Tanah. Teringin nak rasa donut yang famous kat Melaka. Suka Donut ni merupakan perniagaan sahabat Mun yang sama² belajar kat Melaka dulu..

Akhirnya dapat juga laa rasa donut dia yg sangat lembut.. 





@Kata Hatiku Berbicara@

Tenang je rasa bila dapat rehat kat tepi pantai, ambil gambar pemandangan..
Jauh dari hiruk piruk kota.

Khamis, 14 Disember 2023

Melaka - Muzium Penjara Malaysia

Bersambung kisah berjalan ke Kampung Morten..

Selesai berjalan² ambil gambar, kami terus menuju ke Muzium Penjara. Jarak perjalanan hanya ambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.

Kalau nak ke Muzium ni, kereta boleh parking di belakang muzium, ada disediakan parking percuma. 

Tiket masuk untuk Dewasa berharga RM3. Tutup pada hari isnin. 







Masa kami baru sampai, pegawai penjara ada buat demo sebatan pagi pesalah.

Rezeki kami masa tu, sebabnya Mun difahamkan demo akan dibuat jika terdapat rombongan besar. Kebetulan pula, ada rombongan 2 buah bas yg membawa pelajar UM. 

Dapatlah kami tonton secara live demo cara sebatan dijalankan terhadap pesalah.

Banyak info yang kami dapat waktu tu.. 

Muzium ni sebenarnya sebuah penjara dahulunya.. kini dijadikan muzium. Waktu melihat² bilik sel pengasingan, bilik hukuman gantung sampai mati.. rasa semacam sangat.. 

Mun tak ambil gambar pun yg itu.. 

@Kata Hatiku Berbicara@

Kalau korang ke Melaka tu, pakatlah singgah sini, bawa anak² tu.. kita bagi pendedahan kat anak² yg sedang meningkat usia tu.. biar mereka tahu, apa akibat dan hukuman jika berbuat jenayah.. 

Rabu, 13 Disember 2023

Melaka-Kampung Morten

Percutian ringkas 2 hari 1 malam ke Melaka. Boleh dikatakan ini adalah percutian bajet.

Oleh kerana hari Isnin merupakan public holiday buat mereka yg bekerja kat Selangor. Husband cuti gak 🤭😅 so, kita ajak bercuti ke Melaka.

Kali ni kami memilih lokasi di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Tak pasti dah berapa tahun sebenarnya tak pilih lokasi kawasan kampung untuk bercuti. Tahun lepas, ada ke Melaka. Tido 1 malam kat Bandar Hilir. 

Mun pilih Mutiara Chalet yg terletak di Tanjung Bidara. Lokasi memang betul² kawasan kampung, dikelilingi rumah² orang kampung. 

Hari ahad pagi, selepas sarapan kami menuju ke Melaka. Disebabkan waktu check in jam 2 petang, sampai je kat Melaka jam 10 lebih, kami berjalan ke Kampung Morten terlebih dahulu. 

Pintu gerbang Kampung Morten







Kebetulan,time nk ambil gambar husband kat jambatan, bot plak lalu.. haa ngam dah tu...



Mun tak pasti ada berapa buah rumah kampung yg masih mengekalkan rumah lama macam ni.. tapi sepanjang jalan kaki, kebanyakan rumah sudah dijadikan homestay.

@Kata Hatiku Berbicara@
Masa zaman belajar kat Melaka tahun 2006-2009 tak pernah singgah sini 🤭🤭🤭
Dah tua² ni baru laa jalan² kat sini..