Oleh kerana hari Isnin merupakan public holiday buat mereka yg bekerja kat Selangor. Husband cuti gak 🤭😅 so, kita ajak bercuti ke Melaka.
Kali ni kami memilih lokasi di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Tak pasti dah berapa tahun sebenarnya tak pilih lokasi kawasan kampung untuk bercuti. Tahun lepas, ada ke Melaka. Tido 1 malam kat Bandar Hilir.
Mun pilih Mutiara Chalet yg terletak di Tanjung Bidara. Lokasi memang betul² kawasan kampung, dikelilingi rumah² orang kampung.
Hari ahad pagi, selepas sarapan kami menuju ke Melaka. Disebabkan waktu check in jam 2 petang, sampai je kat Melaka jam 10 lebih, kami berjalan ke Kampung Morten terlebih dahulu.
Pintu gerbang Kampung Morten |
Kebetulan,time nk ambil gambar husband kat jambatan, bot plak lalu.. haa ngam dah tu... |
Mun tak pasti ada berapa buah rumah kampung yg masih mengekalkan rumah lama macam ni.. tapi sepanjang jalan kaki, kebanyakan rumah sudah dijadikan homestay.
@Kata Hatiku Berbicara@
Masa zaman belajar kat Melaka tahun 2006-2009 tak pernah singgah sini 🤭🤭🤭
Dah tua² ni baru laa jalan² kat sini..
rindunya nak jalan-jalan kat sini
BalasPadamHehe ada cuti nnt boleh laa cuti ke melaka lagi kak
Padam