Halaman

Khamis, 14 Disember 2023

Melaka - Muzium Penjara Malaysia

Bersambung kisah berjalan ke Kampung Morten..

Selesai berjalan² ambil gambar, kami terus menuju ke Muzium Penjara. Jarak perjalanan hanya ambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.

Kalau nak ke Muzium ni, kereta boleh parking di belakang muzium, ada disediakan parking percuma. 

Tiket masuk untuk Dewasa berharga RM3. Tutup pada hari isnin. 







Masa kami baru sampai, pegawai penjara ada buat demo sebatan pagi pesalah.

Rezeki kami masa tu, sebabnya Mun difahamkan demo akan dibuat jika terdapat rombongan besar. Kebetulan pula, ada rombongan 2 buah bas yg membawa pelajar UM. 

Dapatlah kami tonton secara live demo cara sebatan dijalankan terhadap pesalah.

Banyak info yang kami dapat waktu tu.. 

Muzium ni sebenarnya sebuah penjara dahulunya.. kini dijadikan muzium. Waktu melihat² bilik sel pengasingan, bilik hukuman gantung sampai mati.. rasa semacam sangat.. 

Mun tak ambil gambar pun yg itu.. 

@Kata Hatiku Berbicara@

Kalau korang ke Melaka tu, pakatlah singgah sini, bawa anak² tu.. kita bagi pendedahan kat anak² yg sedang meningkat usia tu.. biar mereka tahu, apa akibat dan hukuman jika berbuat jenayah.. 

4 ulasan:

  1. Sy baca komen mereka2 yg melawat muzium ni…diorg kata bila masuk situ ada vibe seram / seriau kat situ…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah masa mun masuk kat situ..terasa meremang juga lagi² kat bahagian hukuman gantung tu tau

      Padam
  2. teringin nak ke sini. tapi penakut. tapi teringin. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sy pun penakut..tapi kebetulan masa dtg, mmg ramai org..ada rombongan budak u

      Padam

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..