Halaman

Selasa, 5 Mei 2026

Cuti Hari Pekerja + Jalan-jalan K.Terengganu & Kuantan

Alhamdulillah cuti Hari Pekerja dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama keluarga.

Plan asal Kak Long ajak ikut bercuti ke Kuantan. 

Pada awalnya tak rancang pun nak ikut bercuti memandangkan kami pekerja swasta ni belum masuk gaji hahaha. kononnya nak duduk kat rumah jer.

Hari khamis pagi tu saja call kakak, sekali dia bagitau dah sampai kat Terengganu bawa Mak sama..

yang kita ni pun kabo ler ke husband..

kami laki bini tak pernah lagi bercuti sama kat Terengganu..

tup tup... balik dari keje, malam tu husband terus cakap "Jom kita gerak malam ni!!"

Macam biasa, bini dia ni jenis layankan ajer walaupun kurang gemar cara gitu..

OTW tu terus call kakak bagitau yg kami dalam perjalanan ke Terengganu..
dah boleh agak respon kakak kiter 

"Gila laaa korang ni!! tak penat ke??"

Haha macam tak tau plak perangai anak no 2

Mujur malam tu jugak terus booking bilik kat Agoda.

dapat laa tidur beberapa jam..

Jam 6.30 baru sampai Kuala Terengganu.

Teman bonda kita shopping kat Pasar Payang



muka pun barai.. tapi shopping punya pasal.. segar mata..


Lepas setel shopping kat Pasar Payang,
Kak Long terus gerak ke Kuantan..

kami laki bini jenjalan kat KT

tempat pertama yg kami singgah KT Waterfront

jeti nelayan

jambatan angkat 

selepas solat jumaat, kami masuk Mayang Mall untuk lunch sambil layan view jambatan angkat

ngam plak lepas selesai bergambar kat Masjid ni dah masuk waktu asar
lepas tu kami sambung perjalanan ke Kuantan..

jam 8 baru sampai.. terus ambil access card bilik dekat adik.


alhamdulillah, tak sangka plak ada event kat sini.. sempena ulang tahun tentera laut diraja malaysia
dapat laa kami melawat dalam ni..










berat katanya...
kalau tak silap 14 kg kot 




hari terakhir di kuantan, pekena nasi dagang

sebelum check out, bergambar dulu simpan buat kenangan


last kopek orang kata.. shopping kopok lekor dulu..
ni kali ke 2 kami singgah beli.. sedap dapat makan keropok lekor kat situ.. 



InshaAllah, ada rezeki kami akan ke Terengganu sekali lagi.. tak puas berjalan sehari je..
banyak lagi tempat dalam list yangg kami nak pergi ni..