Halaman

Sabtu, 10 Ogos 2024

Picnic Sungai Semungkis

Kali ni kami tak camping.. tapi kami pilih untuk berkelah sahaja kat Sungai Semungkis, Hulu Langat..

Punya laa cuaca panas terik beberapa hari, tiba hari ahad kami nak berkelah, hujan dari pagi sampai tengah hari ๐Ÿ˜‚

Kami okay je, hujan tu kan rahmat... Picnic tetap diteruskan..

Kami pilih campsite yg sediakan pondok.. jadi dapatlah semua berteduh..

Walaupun sungai agak keruh waktu tu, dah petang baru laa start jernih semula air sungai..

Hujan² pun kami tetap mandi ๐Ÿ˜… cumanya sentiasa berwaspada takut² kepala air kan..

Kami laki bini sampai awal..jadi kita setup laa dulu..


Meriah makanan..nasib baik kami bawa 2 meja camping ๐Ÿ˜‚

Rendang ayam..biras kita yg masak

Yg kecik ni...dia punya seronok tu, mmg tak nak naik langsung..





Begitulah hujung minggu kami bersama adik beradik sebelah suami..

Next tengah plan nak camping kat Perak.. 

2 ulasan:

  1. Penat2 main air paling best makan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah semestinya ๐Ÿคญ๐Ÿ˜ sejuk² jadi lapar memanjang

      Padam

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..