Halaman

Khamis, 23 Oktober 2025

Camping #13 Lubuk Ghancung, Jelebu

Setiap kali nak pergi camping.. haa konpem bersepah laa ruang makan dan ruang tamu.
kemas dan susun apa yang patut barang keperluan dan makanan yang nak dibawa.


sebelum pergi, kena cas dulu semua bateri kipas dan lampu


Alhamdulillah, buat kali ke-2 kami camping kat Lubuk Ghancung Campsite. Kali pertama kami datang pada tahun 2023. Tahun ni campsite berubah habis.. campsite yang sangat cantik dan sangat selesa. 
kiter loveeee sangat tau...




 


nampak macam cetek je sungainya.. bahagian kiri je nampak cetek. sebenarnya boleh tahan dalam gak sungainya tu.. dan boleh taha deras juga.

sepanjang hari sejuk je.. jarang guna kipas. siap buat unggun api lagi

haa sebelah tapak kami ni ada 2 pokok, ngam laa tu..mmg kami pasang hammock buat husband baring santai-santai

jiran tapak no 2 bagi kami laksa.. Ya Allah sedap sangat tau... 
rupanya acik ni mmg meniaga, dia tukang masak..


menu malam pertama kami. 
Kurma daging, telur goreng dan sambal belacan

Sarapan nasi lemak dan sambal udang kecil

tengah hari kami telur dadar dan hati ayam masak kicap

setiap kali camping, minyak urut, minyak angin mmg benda yg wajib kami bawa. 
tak boleh tinggal.. huhu 

 InshaAllah tahun depan kami akan repeat camping kat sini.. dan bawa family sekali.. kita book 4 tapak terus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..