Halaman

Selasa, 6 Oktober 2026

Birthday & Anniversary

Dua minggu yang lepas husband suruh booking tempat lunch special untuk tarikh 4 Okt

Sesungguhnya.. bini dia ni benar-benar terlupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan kami..

Kebiasaannya Mun yang akan pikir dan cari tempat untuk kami sambut ulang tahun.

Tapi tahun ni boleh pulak mun terlupa..

Disebabkan ahad baru ni ada Marathon KLSCM dan hampir keseluruhan bandar KL tutup jalan sehingga jam 11 pagi..

Kami tiada pilihan terpaksa laa naik MRT Kajang dan turun di Bukit Bintang dan buat pertukaran ke Monorail Bukit Nanas dan kemudiannya kami naik Grab ke Menara KL

punya laa bertahun tak naik semua jenis transport awam ni.. mujur laa tak kekok sangat

sebab semua tu pengalaman yg mun dah biasa sepanjang pernah menetap dan bekerja di KL dulu 

birthday boy kiter


jerebu masih tebal
jadi sakit mata nak tengok pemandangan sekitar KL

kasi zooom sampai habis

5 tahun yang lepas kami pernah celebrate anniversary kat sini.. masa tu nama restoran ni Atmosphere 360 kalau tak silap laa.
sekarang ni dah bertukar syarikat dan nama restoran

sungguh mengoda kan tengok dissert.. tapi tu laa.. kita ni jenis cut sugar.. maka pilih dessert yang benar-benar teringin nak rasa je..


suka sangat mushroom soup dia..pekat gitu


happy birthday suami kiter..
dan selamat ulang tahun perkahwinan kami yang ke 11 tahun

memasing perut dah terik.. nak melangkah ke train pun kemain slow yer..haha

auto teringat citer Train To Busan.hahaha

Alhamdulillah untuk tahun yang ke 11.. semoga suatu hari nanti Allah akan perkenankan doa kami yang dah lama kami harapkan untuk melengkapkan keluarga kecil kami..


7 ulasan:

  1. Happy Anniversary mun...Semoga yg terbaik buat mun & partner.Amin =)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah happy anniversary buat Mun & suami. And sanah helwah utk beliau juga.

    Lama tak ke Menara KL.

    BalasPadam
  3. happy anniv utk moon dan suami! moga bahagia hingga jannah.aamiin

    BalasPadam
  4. Happy belated birthday untuk suami Mun and happy anniversary both of you...

    BalasPadam
  5. happy anniversary Mun & husband..smoga bahagia till jannah...seronok tu mkn2 kt puncak

    BalasPadam
  6. Siap lengkap perjalanan MRT, Monorail dan Grab ke Menara KL, macam mengimbau zaman bekerja di KL dulu. Semoga terus bahagia hingga tua bersama!

    BalasPadam
  7. Tumpang gumbira!
    Eh... patutnya berhambar belakang Petronas Tower... Menara tu melambangkan nombor 11.... (Bagus kan idea uncle?)

    BalasPadam

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..