Jumaat, 26 Julai 2019

Tuala Sulam / Pencil Case Sulam / Bantal Sulam


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua saya berhenti kerja.. dan aktif menjalankan perniagaan sepenuh masa..
Alhamdulillah juga, suami saya sentiasa support 100%.. banyak membantu saya dalam menguruskan perniagaan.
Alhamdulillah, bulan 8 ni genaplah setahun saya menjalankan perniagaan Sulaman Berkomputer.
Bermula dengan 1 mesin sulam, dan kini sudah memiliki dua buah mesin sulam bagi memudahkan urusan dalam menyiapkan tempahan sulam yang semakin meningkat.
Alhamdulillah, jika sebelum ni saya yang membuat Marketing, saya yang cari pelanggan, kini saya sudah memiliki ahli Dropship yang aktif membuat marketing dan mendapatkan pelanggan.
Jika diizinkan, saya masih berusaha untuk mencari kedai untuk disewa dan berusaha untuk mengupah pekerja bagi melancarkan urusan perniagaan saya..
Doakan saya ye kengkawan..

Yang mana berkenan nak tempah tuala/pencil case/bantal sulam tu.. boleh whatsapp saya ke www.wasap.my/60176534339
Kalau nak register jadi ahli dropship saya pun boleh.. whatsapp je no saya yer..

Meh cuci mata.. ada macam-macam design yang boleh dipilih.
Tuala sulam dari Mama Mun Handmade dari “Best Towel” yang pastinya tuala yang kami gunakan menyerap air, mempunyai pelbagai size yang boleh diplih, dari Sapu Tangan, Tuala Muka, Tuala Budak dan Tuala Dewasa.
Tuala kami juga mempunyai pelbagai warna yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda.
Kami juga mempunyai lebih 300 jenis design kartun yang boleh dipilih untuk disulam.
Tuala sulam kami boleh dijadikan sebagai hadiah untuk anak-anak, boleh juga dihadiahkan buat insan tersayang, boleh dijadikan sebagai tuala hantaran tunang  dan tuala hantaran perkahwinan.

Kami juga menerima tempahan tuala sulam secara borong. Kebanyakan pelanggan kami menempah tuala sulam khas untuk Family Day, Taska Pra Sekolah, Gift untuk event sukan, gift untuk majlis aqiqah, perkahwinan.
Untuk maklumat lebih lanjut, pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi kami di www.wasap.my/60176534339

Boleh juga melawat Page Facebook & Instagram kami di Mama Mun Handmade u tuk melihat lebih banyak lagi gambar tuala yang pernah ditempah oleh pelanggan kami.


































5 ulasan:

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..