Halaman

Khamis, 9 September 2021

Pengalaman berkait Covid19

 Assalamualaikum...

amboi..bersawang sunggguh blog saya nie ehhh... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

bertahun tak update blog..

berdasarkan pada tajuk.. Pengalaman berkait dengan Covid 19.

saja nak bercerita...kongsi pengalaman.. bukan saya dijangkiti covid tau...

al kisahnya.. mak saya tak sihat dah beberapa hari.. bergilir laa saya dan adib beradik yg mana berdekatan dengan rumah mak, duk jenguk2 mak yg tak sihat.. bila hari jumaat, semua tempahan customer dah siap pos, saya terus balik rumah mak, take over tugas utk jaga mak.. 

kesian tengok keadaan mak, suhu badan tinggi, mak sakit dada yg melampau.. katanya bagai kena hiris dgn pisau.. anak mana yg tak risaukan..

saya tergerak hati nak juga buat swab test kat mak.. kebetulan kakak ada belikan kit swab test.. Allahu.. berderau rasa bila tengok double line walaupun samar2.. 

terus call adik, minta tolong dia temankan saya bawa mak ke klinik.. disebabkan kereta saya ni jenis tinggi, payah mak nak panjat masuk dalam kereta, terpaksalah juga minta bantuan adik yg guna kereta myvi sebab kereta tu jenis rendah.. 

Buat swab test sekali lagi.. kali ni cara RTK (melalui hidung) doktor tunjuk kat saya result mak.. ada double line.. mmg sah positif covid.. saya dah terdiam tak terkata dah.. dalam hati ni dah risau sangat..

check oksigen, alhamdulillah..tiada masalah kurang oksigen.. namun, doktor tetap akan call KKM utk ambil mak kuarantin ke MAEPS.. dan kami yg close contact ni kenalah buat swab test sama.. 


kami ber 4, saya, suami, 2 org adik lelaki.. result kami semua negative. 

tapi kenalah juga kuarantin, pakai gelang pink yg mahaiiii tu.. haha..

Alhamdulillah sepanjang mak saya kuarantin kat MAEPS, ada beberapa org yg sudi pimpin mak, perhatikan keadaan mak.. syukur alhamdulillah.. moga diberi ganjaran pahala berganda buat insan yg sudi bantu mak saya..

berbaki lg 4 hari gitu, mak saya kena transfer ke Hospital Sg Buloh utk rawatan lanjut.. doktor nak pantau kencing manis dan darah tinggi.

Genap 10 hari kuarantin, mak saya dibenarkan pulang ke rumah, kami ber4 juga habis kuarantin.. second swab pun alhamdulillah..kami kekal bebas dari covid..

mudah mudahan kami semua dilindungi dan dijauhkan dari penyakit berbahaya ni..



@Kata Hatiku Berbicara@

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari segala penyakit berjangkit, dipermudahkan segala urusan.. aamiinnn.. 



3 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Semoga kita semua terhindar dari segala bala penyakit yang ada di dalam dunia ini..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, semoga sentiasa dilindungi dan lindung diri

    BalasPadam
  3. semoga Mun dan keluarga sihat. Kesian tengok orang tua kalau dijangkiti covid ni

    BalasPadam

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..