Yg kecik ni...dia punya seronok tu, mmg tak nak naik langsung.. |
Sabtu, 10 Ogos 2024
Picnic Sungai Semungkis
Khamis, 8 Ogos 2024
Shabuyaki by Nippon Sushi
Muka happy sebab bini dia happy dapat ngepaw duit dia 🤣🤣🤣 |
Yang ni plak, tekak ni teringin nak g makan lagi..tapi tak sanggup nak beratur.. Maka kita buat sendiri laa kat rumah.. Nak kata jimat tu.. tak pun.. cuma dapat ler kurangkan ngidam nyer tu 🤣 |
Rabu, 7 Ogos 2024
Isnin, 5 Ogos 2024
Pusat Sains Negara
Ahad, 4 Ogos 2024
Cuti cuti Penang
Cuti tahun baru cina baru² ni, husband ajak jalan² ke Penang.. kebiasaannya husband dapat cuti panjang time CNY. sebab kilang akan tutup.
Alhamdulillah, terima kasih encik boss.. selalu bawa bini dia cuti²
Moga murah rezeki selalu..
kali ni bercuti ajak mak dan adik² ke sana sebab nak jumpa adik kami yang duduk kat penang..
Lepak pantai merdeka.. sempat juga kami singgah rumah family adik ipar.. |
Si kecik yg semakin banyak akalnya 😂 |
Haruslah singgah ke Jeruk Pak Ali sebelum balik ke KL |
Walaupun percutian singkat tapi sangat bermakna.. dapat cipta memori indah bersama orang yang kita sayang...
Sabtu, 3 Ogos 2024
Tomorrow Village Campsite
Camping ke 10 & 11
Tetap memilih lokasi yang sama iaitu Tomorrow Village Campsite kat Kg Esok, Jelebu
Ini adalah kali ke 2 & 3 kami camping kat sini..
Tempat ni sangat best yer..sbb tapak tak banyak, jadi orang tak crowded. Tersangat selesa..
Tenang sangat..padahal penuh dgn campers. Still rasa damai dan tenang |
Dia punya santai tu... 😂 |
Gigih tau masak lontong, kuah kacang & nasi impit. Rendang paru tu mak kiter yg masak Camping dihujung syawal |
Malam² kita borak² dari hati ke hati |
Penat, pejam mata..dengar bunyi air yg mengalir.. Ya Allah,,tenang sangat.. |
Jumaat, 2 Ogos 2024
Anjung Spot KLIA
Assalamualaikum.. kembali bersiaran laa kita setelah sekian lama krik krik... 😂
Sedikit perkongsian untuk sahabat² yang baca blog mun..
Sebelum ni kann.. hangat duk viral pasal video orang share kat TikTok. Bergambar kat tempat kapal terbang mendarat. Rakam video dalam jarak yg dekat..
Masa tengah viral tu tak de laa kita pergi pun, sebab tau konpem ramai giler orang..
Jadinya..baru² ni mun ada laa pergi ke Klia. Disebabkan kami tak pasti lokasi yang tepat, kita pun waze ler ANJUNG SPOT KLIA. Tapi, kami tak ler bergambar kat tempat yang disediakan tu..
Kami merayap lagi, cari kawasan yang lagi menarik..
Yang ni masa first time kami datang.. Dapat ler snap sekeping ni haaa
Kali ke-2 datang, kami pergi tempat yang tak crowded.. lagi best snap gambar kat sini |
Dengan berbekalkan kamera dslr yang basic jer..kita cuba rakam gambar kenangan kat sini.. |
Kali ke-3 datang, bawa family pulak datang ke sini.. Ni kawan gaduh moon, suka cari gaduh dengan anak² buah 😂 |
Budak² takut dengar bunyi enjin yang kuat..tapi memasing excited |
Ngam masuk tengah² 😅 |
@Kata Hatiku Berbicara@ |
Sabtu, 16 Disember 2023
Melaka-Balai Cerap Al Khawarizmi
Bersambung kisah ke Melaka..
Selepas check out chalet. Sebelum balik N.Sembilan, kami singgah ke Balai Cerap Al Khawarizmi. Jarak perjalanan ke tempat ni tersangatlah dekat. Tak sampai 5 minit dari chalet kami menginap.
Untuk pengetahuan, tiada tiket masuk untuk buat lawatan. Just inform pada guard nak melawat Balai Cerap. Sebab pintu masuknya sama dengan sekolah tahfiz.
Balai cerap ni tutup pada hari ahad tau..
Haha jari berbalut. Cuai masa siapkan tempahan.huhu Sampai sekarang tak jumpa isi jari yg dh terpotong..huhu |
@Kata Hatiku Berbicara@
Sesuai sangat kalau bawa anak² ke sini.. banyak ilmu yg boleh dipelajari..