Halaman

Selasa, 3 Disember 2024

Husband masuk ICU

 Kisah yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat.. 

Pengalaman husband demam on off, sakit kepala, muntah² teruk sehingga akhirnya dimasukkan ke dalam ICU, intubate selama 10 hari sebab keadaan husband semakin teruk. Kuman dah merebak ke hati, jantung, paru-paru serta buah pinggang..

Hanya Allah sahaja yang tau betapa takutnya kita waktu tu, kaki rasa tak jejak ke tanah.. takut kehilangan dia..

Setiap kali waktu melawat, hati jadi sayu tengok badan husband penuh wayar.

Tak ingat hari ke berapa, doctor ada bagi husband sedar.. tapi doctor terpaksa naikkan dos ubat tidur bagi dia rehat semula sebab oksigen dia terus drop..

Waktu ni kat KK. Botol kedua masuk air. Doc dah bagitau nak hantar ke emergency HTJ

Dalam kecemasan, waktu ni doc dah panggil bagitau nak intubate dan masuk ke icu sebab keadaan dah semakin merosot.

Waktu ni jam 2 pagi, selesai urusan husband masuk dlm icu, doc suruh balik, sebab tak boleh jaga/tunggu kat icu. 
Lama duk tunggu dalam kereta, tak boleh nak drive dalam keadaan menangis.

Hari ke 8 husband dalam icu, genap 10 tahun pertemuan kami yg pertama yg membawa kepada perkahwinan ke 9 tahun.

Bisik kat telinga husband, tapi sayangnya dia tak respon apa²
Non stop menangis 😭😭
Rindu sangat kat dia... 
Balik rumah pun sunyi sangat 😭😭

Terima kasih kepada Pak Long, sepanjang husband dalam icu, setiap malam pak long buat solat hajat berjemaah kat masjid.. 
Adik beradik pula buat bacaan yassin, mendoakan kesembuhan buat husband. 

Hari ke 11, husband dah betul² sedar. Masuk je dalam icu tu, husband menangis nampak kita.. tiub oksigen,wayar² semua dah dicabutkan.. dah boleh makan bubur.

Dah pindah ke wad biasa.

Kecoh masa 1st day kami pindah was biasa. Orang tau yg kami laki bini jatuh terduduk kat lantai semasa saya nak pindahkan husband duduk dalam kerusi roda. 

Ajer laaa teruk giler kerusi roda yg ada dalam hospital ni.. ada 7 kerusi roda, semuanya teruk.. kebetulan ambil yg 1 ni, yg tu je laa nampak paling ok.. tapi rupanya silap.. lock tayar tu rosak, jadi kerusi roda tu bergerak ke belakang waktu nak pindahkan husband duduk tu. 

Terus whatsapp family, minta hantarkan kerusi roda arwah ayah ke hospital. 
Bayangkan yer, ni hospital tau.. toiletnya tak mesra oku langsung dalam wad. Terseksa sangat nak papah husband ke dalam toilet. Nak masuk ke tempat shower pun kerusi roda tak lepas masuk. Huhu. 

Dah boleh balik rumah, husband dah boleh memijak sket²
Setiap petang exercise depan rumah, nak kuatkan kaki..

Alhamdulillah, sekarang ni dah hampir 3 bulan berlalu.. husband semakin sihat. 

Masih follow up dekat KK. Masih kena makan ubat bagi tambah darah. Masih kurang sel darah merah. 

Semoga husband kiter terus sihat dan baik² saja yer... 

Allah masih beri peluang buat dia dan juga saya... 


Khamis, 28 November 2024

Kuantan-Cherating

Hari ni baru ada mood nak update blog yg sendu ni 😂

Saja nak share kat sini.. boleh jadikan rujukan dan mengingat kembali kisah² yang berlaku... 

Kisahnya ada turun ke Kuantan, Pahang.. tujuannya nak mengantar anak angkat husband yg sepatutnya daftar kat sebuah kolej swasta ni.. 

Kiter pon booking laa bilik hotel, cari hotel bajet area bandar kuantan jer untuk 2 malam. Sbb nak jenjalan situ jer sambil jumpa anak angkat dgn familynya..

Alih² pihak kolej tangguhkan pendaftaran sebab tak cukup student. Masalahnya last minit.huhuhu.. tepuk dahi ler kami..

Tapi, husband tetap juga laa nak bawa bini dia ni jenjalan gak ke Kuantan 😂

Stay 1 malam je kat bandar kuantan. Hari seterusnya kami booking Villa De Fedelia, Cherating. 







Sempat singgah ke Teluk Cempedak. Datang awal pagi, orang tak ramai..

Tempat wajib singgah kalau datang Kuantan..



 

Tempatnya ikutkan nampak cantik, terjaga, bersih.. tapi sayangnya dalam bilik tu pintu bilik air nampak renggang, boleh mengintai 😂
 Deko dlm bilik, katil, tuala, senang citer hampir kebanyakannya barang lama.. 
Nak mandi tu, shower nyer tu alahaiii.. tekanan air nyer tu.. hmmmm..
View depan bilik pulak dorang sedang tambak pasir. Sebab berlaku hakisan.. 
Nasib baik kita stay 1 malam jer 😅 layankan ajer laa.. 
Nak repeat ke? Memang tidak ler.. 

View dari bilik nampak  Royale Chulan Cherating Villa (RCCV)



Ada sediakan breakfast, sorang sebungkus bihun goreng, boleh bakar roti.. air panas pun basic je laa.. jadi laa tu, malas nak keluar cari breakfast lain.

Sebelum check out bilik, sempat whatsapp RCCV booking slot utk lunch kat Ocean Restaurant.

Rindu nak honeymoon kat sini..huhu.. sebelum PKP sbb covid dulu, sempat kami honeymoon kat sini.. tempat ni best sangat. Paling puas mandi kat pool. Time tu tak de orang sebab kami datang bercuti hari bekerja 😂 

Tenang sangat menikmati pemandangan


Teringat nasi goreng dia dgn nyonya asam pedas, sebab tu ajak husband singgah lunch sini jer 


Ada rezeki lain nanti, kita repeat laa honeymoon sini, tapi nyerr kann.. wish list tempat honeymoon yang lain belum habis lagi 😂 


Sabtu, 10 Ogos 2024

Picnic Sungai Semungkis

Kali ni kami tak camping.. tapi kami pilih untuk berkelah sahaja kat Sungai Semungkis, Hulu Langat..

Punya laa cuaca panas terik beberapa hari, tiba hari ahad kami nak berkelah, hujan dari pagi sampai tengah hari 😂

Kami okay je, hujan tu kan rahmat... Picnic tetap diteruskan..

Kami pilih campsite yg sediakan pondok.. jadi dapatlah semua berteduh..

Walaupun sungai agak keruh waktu tu, dah petang baru laa start jernih semula air sungai..

Hujan² pun kami tetap mandi 😅 cumanya sentiasa berwaspada takut² kepala air kan..

Kami laki bini sampai awal..jadi kita setup laa dulu..


Meriah makanan..nasib baik kami bawa 2 meja camping 😂

Rendang ayam..biras kita yg masak

Yg kecik ni...dia punya seronok tu, mmg tak nak naik langsung..





Begitulah hujung minggu kami bersama adik beradik sebelah suami..

Next tengah plan nak camping kat Perak.. 

Khamis, 8 Ogos 2024

Shabuyaki by Nippon Sushi

Kalau dulu kann selalu sangat makan Seoul Garden, tapi sekarang ni macam dah kureng laa nak makan kat situ..huhu

Baru² ni Shabuyaki by Nippon Sushi yg 1st di buka kat Seremban telah beroperasi.. 
Opcos laa kami pun terjebak sama nak try.. 
2x beratur selama lebih 1 jam.. kami rasa hampa sebab berdiri lama.. tak sanggup ehhh.huhu

Kali ke-3 datang, alhamdulillah tak beratur terlampau lama.. 
Akhirnya dapat gak try makan kat sini..

Seriusss memang sedap yer... 🤤🤤



Muka happy sebab bini dia happy dapat ngepaw duit dia 🤣🤣🤣

Yang ni plak, tekak ni teringin nak g makan lagi..tapi tak sanggup nak beratur..
Maka kita buat sendiri laa kat rumah..
Nak kata jimat tu.. tak pun.. cuma dapat ler kurangkan ngidam nyer tu 🤣

 

Isnin, 5 Ogos 2024

Pusat Sains Negara

Sekian lama tak jejak masuk Pusat Sains Negara...Rasanya zaman sekolah je masuk..haha

Kebetulan bulan lepas adik ajak masuk ke sini.. haa sedang elok plak kami dari N.Sembilan ni datang ke KL.. Dapat laa join sama ke PSN




Muka stress sbb kena paksa duk dlm stroller 😂 penat oiii nk kejar dia.. 

Hmm berebut nk suruh dukung 



Iman kuasa² 😂


Begitulah cerita hujung minggu yg penat mengejar si kecik ni... 🤣

Ahad, 4 Ogos 2024

Cuti cuti Penang

 Cuti tahun baru cina baru² ni, husband ajak jalan² ke Penang.. kebiasaannya husband dapat cuti panjang time CNY. sebab kilang akan tutup.

Alhamdulillah, terima kasih encik boss.. selalu bawa bini dia cuti²

Moga murah rezeki selalu.. 

kali ni bercuti ajak mak dan adik² ke sana sebab nak jumpa adik kami yang duduk kat penang..

Lepak pantai merdeka.. sempat juga kami singgah rumah family adik ipar..

Si kecik yg semakin banyak akalnya 😂

Haruslah singgah ke Jeruk Pak Ali sebelum balik ke KL

Walaupun percutian singkat tapi sangat bermakna.. dapat cipta memori indah bersama orang yang kita sayang...

Sabtu, 3 Ogos 2024

Tomorrow Village Campsite

 Camping ke 10 & 11

Tetap memilih lokasi yang sama iaitu Tomorrow Village Campsite kat Kg Esok, Jelebu

Ini adalah kali ke 2 & 3 kami camping kat sini..

Tempat ni sangat best yer..sbb tapak tak banyak, jadi orang tak crowded. Tersangat selesa..


Tomorrow village campsite



Tenang sangat..padahal penuh dgn campers. Still rasa damai dan tenang

Dia punya santai tu... 😂





Gigih tau masak lontong, kuah kacang & nasi impit. Rendang paru tu mak kiter yg masak
Camping dihujung syawal

Malam² kita borak² dari hati ke hati


Penat, pejam mata..dengar bunyi air yg mengalir.. Ya Allah,,tenang sangat..