Ahad, 26 November 2023

De Wan by Chef Wan, Bangi

Satu lagi Restoran pebret Mun...
Bila teringat je pun dah boleh buat kecur liur tauu.. huhu

De Wan By Chef Wan

Ada 2 lokasi. Satu kat KL
Yang Mun & Family selalu datang makan kat Bangi Golf Resort

Kalau tanya pasal masakan.. bohong laa kalau kata tak sedap tau...

Banyak gak menu yang dah kami try.. semuanya sedap dan sangat tepati selera kami sekeluarga




Sate..

Keluarga besar Mun




Paling suka...sambal udang petai. 



Sotong bakar 

Menu wajib order. Kerabu pucuk paku.sangat sedap





Kesayangan makngah dah besar..
Aqil dah nak masuk form 1


 @Kata Hatiku Berbicara@

Kalau tanya tang harga.. sedikit mahal. Tapi bagi Mun okay jer sebab portion dia tak de laa sikit sangat pun..kira ok ok jer.. 

Suka makan kat sini sebab suasana dan dekorasi dalam restoran sangat cantik.

Biasa kami akan ke sini kalau ada nak sambut besday atau berkumpul semua anak beranak. 

Sabtu, 25 November 2023

Eid-Restoran Korea

Minat makanan korea tak? 
Haha...
Mun & husband memang suka benar masakan korea..

Pernah dengar nama Restoran "EID"

Mungkin tak berapa popular, tapi kami suka makan kat sini..
Sebabnya owner restoran ni memang orang korea.

Dan restoran ni memang ada di Korea.

Halal ke yg Malaysia ni? 
Halal awakk... Ownernya pun orang islam..

Yg kat Malaysia ni kami tak berapa pasti ada berapa cawangan sebenarnya..
Yg kami tau sebelum ni ada di Bangi & Seremban

Tak dapat ke korea.. dapat makanan original korea pun okay dah awak.. huhu

Syukur alhamdulillah... Ada juga rezeki dpt makan mewah macam ni..

Tapi kannnn...sayangnya Restoran Eid dah menutup semua cawangannya kat Malaysia
Huwaaaa 😭😭 sedih sangat tau...

Kecewa sangat... 


Bulgogi dan kimchi dia sangat sedapppp

 @Kata Hatiku Berbicara@

Teringin nak jalan jalan ke Korea.. 😆 tapi duit dah jalan dulu 🤣🤣

Jumaat, 24 November 2023

Minat camping?? Baca sini dulu...

Sedikit perkongsian buat korang yang berminat untuk mulakan aktiviti camping.. 

Minat sahaja tak cukup tau..korang kena ada extra kerajinan, extra tahap kesabaran..

Takut nanti minat tu hanya sekejap je.. rugi plak semua barang camping yang korang dah beli, pastu tersimpan dalam stor..

Sebelum beli.. apa kata korang sewa dulu khemah atau pun cari mana² campsite yg ada sediakan perkhidmatan sewa khemah kat situ.. tengok dulu minat tu kena ke tak dengan jiwa korang..
Camping ni memang nampak tenang² jer

Sebelum dan selepas tu laa yg sebenarnya tak ada ketenangan
Hahaha 😂 percayalah
Tu belum lagi time camping tetiba hujan.. kelam kabut nak pastikan air hujan x masuk dalam khemah.

Balik dari camping, kalau khemah/flysheet/groundsheet tak basah kena hujan ok laa..
Kalau time tu hujan..masak leerr nak cuci semula semua tu..

Kalau korang rasa apa yg mun bgtau tu okay.. haa baru laa boleh cari barang camping ye..

Antara tempat yg menjadi pilihan mun ialah

Decathlon
Kami laki bini sepakat untuk memilih beli barang camping 70% kat Decathlon
Sebabnya ada warranty 
Tahun lepas flysheet kami bocor, masuk air. Padahal baru sekali je guna.  
Kami ambil video & bawa ke Decathlon buat penukaran. Yg penting resit bukti pembelian kena simpan tau. Dan pastikan korang daftar no tel & email masa buat pembayaran
Untuk mudahkan korang buat penukaran kerosakan barang.

Yg bestnya Decathlon ada banyak cawangan..





Selain Decathlon, kami juga akan beli barang kat Outdoor Concept. Yg ni kami susah sikit nak pergi sebab hari ahad tutup. Kami ni hanya free hari ahad jer 😅😅😅



Selain itu, kami juga beli barang kat Anbot. Bagi kami harga kat sini sedikit kayangan.. kalau ada barang yg kami nak, tapi hanya kat sini je yg ada, baru laa kami beli..




 @Kata Hatiku Berbicara@

Ada byk je lagi kedai yg jual barang keperluan camping.. yg penting korang kena rajin survey. 

Khamis, 23 November 2023

Hill & Chill Coffee Nilai

 Assalamualaikum..

Hari tu mun kata nak share 1 lagi cafe yg ada kat Nilai kan.. Maaf laa yer.. lambat share.. nahhh ni laa dia Hill & Chill Coffee yg terletak di Nilai.


Konon nk minum ptg je. Order menu yg ringan² tapi naahhhh..portion tu besar.haha
Kenyang sampai malam 😂

Lepak kat ruang atas

Boleh lepak kat luar



@Kata Hatiku Berbicara@

Kalau nak cari lokasi cafe ni.. boleh je waze Hill & Chill Coffee. InshaAllah boleh jumpa. 

Sabtu, 18 November 2023

Camping paling teruk!

 Assalamualaikum...

Mun nak share pengalaman yg sangat tak best time camping yg terbaru ni... 

Ini adalah camping kami yang ke 9.

Mun booking tempat ni sebulan lebih sebelum tarikh camping..

Mun setiap kali nak pilih tempat camping, akan buat research dulu..

Perkara yg mun akan nilai berdasarkan sungai, view, ada plugpoint ke tidak.. kebersihan tandas, cara akses ke campsite.. keadaan jalan masuk campsite. 

Berkaitan plugpoint, bagi mun bukan isu besar. sebab kami memang standby powerbank, bateri kereta dengan power inverter. Siap bawa solar charger lagi..

Perkara yg buat Mun ralat sangat sangat... bila mana owner campsite yang sangat tamak..

Bayangkan yer.. Toilet ada 2 (duduk dan cangkung) + shower room 1. Sinki pula ada 1 jer..

Tapi, hari mun camping kat sana,Mun check in campsite jam 9 pagi. 

Hari Sabtu, pada awalnya ok jer bagi mun.. sebab tak ramai sangat orang.. 

Start hari ahad dan berlarut ke hari isnin... kami sangat stress sebab dalam campsite boleh pulak dia sumbat lebih kurang 30-35 khemah gitu..

Siap pakej ada yg datang masuk picnic lagi.. setiap ceruk ruang yg ada, dia akan bagi orang pacak khemah. Toilet dah ler sikit, sinki pun 1 jer kot... dia boleh sumbat ramai-ramai orang yer...

Nak cuci perkakas masak pun beratur panjang dan lama.. apatah lagi yg nak masuk tandas perlu beratur panjang...air paip pun alahaiiii kecik laa sangat.. tu belum lagi masa hari isnin pagi tu, bau air kumbahan sangat kuat.. siap melimpah yer...  ehhhh tak boleh brain betul laa owner ni... nak buat duit sekali pun, jangan laa buat kami yg datang berbayar ni dah mcm rupa kem pelarian.. huhuhu... 

FYI, ada je campers yang tegur owner.. tapi dia buat tak endah ye..

Time kami duk mandi kat sungai tu pun, kami perhati jer.. dia terus bagi orang masuk tanpa henti.. 

Dan, mun juga ada buat review kat fb dalam group camping. 

ehhh.. ramai giler komen luahkan ketidak puas hati terhadap campsite tu.. 

Kenapa laa korang tak buat review perkara sebenar sebelum ni?? Kalau laa ada review yg bgtau betapa teruknya tempat tu, pasti Mun tak akan camping kat sini.. huhuhu

Serius... sangat kecewa dengan cara pengurusan campsite ni.. 

Owner tu juga sudah sedia maklum dengan review mun... yang kelakarnya.. dia cuba meletakkan kesalahan atas mun.. kononnya mun booking last minit, dia kesian kat mun...tu yg bagi mun masuk.. hahahahaha... adeiiii.. kuat betol spin dia..

Mun ada bukti wasap dengan owner.. Mun booking berdasarkan dia kata ada kekosongan 1 tapak dan tarikh mun booking pun  sebulan sebelum camping.

Kalau dia kata tapak dah full, Mun memang takkan booking situ, lebih baik mun booking tempat lain yg ada kosong...

Kalau ada yg sedang cari info pasal campsite BIN KHALID SON, HULU LANGAT. 

Korang boleh cari review mun kat dalam group Family Camping Malaysia. 

Kalau ada yg nak bukti conversation Mun dengan owner tu, boleh komen kat bawah ni. kita boleh PM tepi yer.. 

Campsite ni NOT RECOMMENDED pada hari minggu dan public holiday..

Yang best kat sini hanyalah view sahaja... gambar yg mun ambil ni waktu pagi.. 






@Kata Hatiku Berbicara@

Repeat sini lagi?? BIG NO!!! huhuhu. kau bagi free pun aku tak mau yer.. 


Khamis, 9 November 2023

Hayyan Huda Opah Kitchen

 Assalamualaikum..

Korang ingat lagi tak Juara Masterchef Malaysia Dr Ezani..

Haa kalau masih ingat, Hayyan Huda ni merupakan restoran milik family Dr Ezani..

Restoran ni pun sudah viral lama.. cuma Mun je baru tahu sejak dari tahun lepas.

Lokasi Hayyan Huda Opah Kitchen ni terletak di Bukit Temiang Seremban.

Lokasinya betul² dekat dengan rumah² kampung. 


Sejak pertama kali datang makan kat sini, Mun selalu juga laa datang lunch & dinner kat sini.. sebab lauk² kampung yg ada memang sedap sangat..


Setiap kali order, menu wajib kami mesti Sambal Tempoyak Daun & Petai

Air pula suka order teh tarik... Memang ummpphh rasa teh..




Dessert pun ada tau..





Kalau datang ke Seremban tu, jangan lupa singgah sini tau.. memang sedap² masakan kat sini... Kat sini pun ada disediakan surau utk pelanggan.. Toilet dia pun bersih sgt.. kategori A+++

@Kata Hatiku Berbicara@

Next...Mun akan share kedai makan viral kat Nilai pulak yer..

Rabu, 8 November 2023

Rumah Makan Perpateh

Assalamualaikum..

Kat Negeri Sembilan ni ada banyak kedai makan yang sedap² tapi kena pandai cari..

Kalau korang datang Negeri Sembilan, area Senawang ni ada Kedai Makan yg diberi nama RUMAH MAKAN PERPATEH

Sebelum kedai ni renovate, waktu kami datang makan, kami suka sangat suasana kedai ni..

Ada pasang lagu zaman p ramlee, pinggan pula guna pinggan zaman duduk kampung dulu²

Auto teringat zaman budak² dulu..

Sekarang ni, kedai dah nampak baru.. style moden..

Tapi bab makan masih sama rasa sedapnya tu..

Pebret kami sambal udang petai & masak lemak daging salai..

Kalau datang makan sini, memang 2 lauk ni wajib kami order 😅😅

Kalau bulan ramadhan, kedai makan ni akan tutup.. dorang akan buat buffet ramadhan kat dewan area senawang juga..

Memang pilihan kami juga ambil pakej buffet ramadhan kat sini.. semua masakan sedap² belaka..



@Kata Hatiku Berbicara@

Next nanti mun share 1 lagi kedai makan yg sedap kat Negeri Sembilan ni...