Rabu, 21 Disember 2022

Camping#2 Ajin Campsite Sg Semungkis

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. cuti sultan selangor hari tu.. kami habiskan masa dengan camping.. 
kali ni kami pilih Ajin Campsite kat Sungai Semungkis, Hulu Langat..
walaupun musim hujan hujung tahun kan.. alhamdulillah hujan tu waktu malam jer.. tak laa lebat sangat..biasa biasa je.. air sungai pun tak melimpah..tak de isu kepala air.. 
dan yg penting kami enjoy menikmati alam semula jadi.. tenang tenang ajer kami kat situ..


masak sambil mengadap pemandangan sungai mmg awesome gilerrr









kali ni kami beli tilam angin.. selesa ske nak tido..tak de laa sakit badan
sebelum ni alas toto je.. kalau bangun tu dah mcm robot,keras badan,hahaha


berbual..nikmati bunyi air sungai yg mengalir





balik camping..tak terus rehat ye.. terus bersihkan flysheet, groundsheet dan khemah.. 
serik tak?? haha x de makna..kami tengah plan next camping tahun 2023 ni..



 @Kata Hatiku Berbicara@

Seronok camping dapat nikmati suasana sunyi sepi.. hanya bunyi air sungai yg mengalir.. disertai dengan bunyi cengkerik..suasana dalam hutan...


Camping#1 Kebun Chenta Mantin

Assalamualaikum..

layan hobi baru kami.. skang ni kami dah minat bercamping.. 

1st lokasi kami pacak khemah buat pertama kalinya kat Kebun Chenta, Mantin..

Alhamdulillah.. 1st time pacak khemah tak de gaduh gaduh sebab husband kita memang tahap kesabaran dia tinggi ooo.. tak pernah merungut kalau isteri dia kurang membantu sebab isteri dia pun bukan sihat mana.. huhu.. kita bantu sikit sikit je laa yg mana kita mampu..







 @Kata Hatiku Berbicara@

Seronok menikmati alam semulajadi.. 

Pneumonia

Assalamualaikum...

Bulan 11 hari tu, saat semua rakyat Malaysia sibuk keluar mengundi.. aku diuji dengan kesihatan yg semakin merosot..

Kalau ikutkan dari awal bulan 10 lagi aku dah mula kerap sakit.. dah baik demam, datang plak batuk.. disertai dengan semput sampai tahap level oksigen kerap rendah.. tu pun masih gigih tak nak ke hospital.. sampailah tahap aku asyik muntah muntah tak kira masa.. 

Kesudahannya bagitau husband nak ke hospital.. buat xray, sampel darah, air kencing.. terus kena tahan wad berdasarkan pada result xray paru paru tak cantik.. 

5 hari 4 malam dalam wad sorang sorang.. bermula  laa asyik ambil sampel darah dan sampel kahak.. sebab doctor tak dapat detect punca demam on off dan batuk yg berpanjangan. 

dan akhirnya hari ke-4 doktor dapat kesan yg aku mengalami radang paru-paru atau dikenali Pneumonia 



setiap hari kumpul sampel kahak

hari terakhir dalam wad. tunggu husband setelkan bill dan ubat kat farmasi

 

@Kata Hatiku Berbicara@

Alhamdulillah, kesihatan semakin beransur baik.. 

Anniversary Wedding 2022

 Assalamualaikum..

Ya Allah kemain lama nak update blog yg dah berkurun ni.haha

Alhamdulillah.. bulan oktober genap usia perkahwinan kami tahun ke-7

Happy birthday juga buat suami tercinta.. umur biarlah rahsia... yg penting sentiasa nampak muda..

Terima kasih buat suamiku yg sudi terima kekurangan yg ada pada isterimu..

setia dan tanpa jemu menjaga isterimu yang sering diuji dengan masalah kesihatan..

semoga cinta kita semakin bertambah seiring dengan usia perkahwinan kita.. 





@Kata Hatiku Berbicara@

Tiada kata-kata yg boleh digambarkan perasaan sayang dan cinta sebab cintaku terhadapmu hanya Allah yg lebih mengetahui segala isi hati.. Semoga Allah pelihara rumahtangga kita.. moga cinta kita hingga ke syurga..