Aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah.. aku mahu menjaga aurat..
pernah juga ada orang tanya aku " kau ni mesti sokong PAS kan?"
aku tnya balik.. "apsal ko kata aku sokong PAS?"
dia jawab... " ni..ko pakai tudung labuh, mesti sokong PAS"
alahai... otak ko ni..mesti dekat lutut kan...
hmmm..
pernah juga aku dikutuk.. dikatakan kelihatan selekeh..sebab bertudung labuh, baju yg besar dan longgar..siap berstokin..
masa tu... aku cuma jawab "haah.. mmg selekeh pon"
ikutkan hati.. mmg sedih..sebab dia memperlekehkan aku..
tapi..ada perkara yg lebih menyedihkan aku..
aku sedih..sebab... dia... sebagai seorang wanita islam.. langsung tidak memikirkan tanggungjawab sebagai hambaNYA..
dia bangga.. dirinya berpakaian yg serba cantik.. (malangnya..tidak menutup aurat sepenuhnya)
dia bangga.. wajahnya cantik..dengan mekap yg tebal 3 inci.. (malangnya..dia tidak sedar, ia buat semua tu bukan untuk menarik perhatian suaminya seorang..tetapi utk kelihatan cantik dan menarik perhatian pada mata org lain..)
dia bangga..mempunyai anak gadis yang cantik.. diajarkan.. ttg fesyen terkini.. diajar untuk mendedahkan aurat.. membiarkan anaknya terbuai dengan hiburan dunia semata-mata..
malah bangga.. kerana anaknya memiliki teman lelaki yg sanggup membawa anaknya ke mana sahaja..
Katakanlah apa sahaja yg ingin kamu banggakan.. katakan saja apa yg ingin kamu memperlekehkan ttg diriku...
Kerana.. apa yg penting dalam hidupku ialah mendapatkan keredhaan Allah swt.
Aku hanya mahu taubatku diterima, segala amalanku diterima..
Aku mahu segala dosaku diampunkan olehNYA sebelum mataku terpejam, nafasku terhenti, tubuhku kaku..
@Kata Hatiku Berbicara@
Jangan rasa malu bila berhadapan dgn orang lain... hanya kerana kita mahu mengubah diri kita ke arah kebaikan kerana Allah swt.. sebaliknya malulah dengan Maha Pencipta.. itulah yg selayaknya..
Biarlah kita kelihatan tidak cantik di pandangan mata org lain.. asalkan kita kelihatan cantik di hadapan Allah swt..