Assalamualaikum..
Saja nak berkongsi pengalaman Mun dijangkiti Covid masa awal bulan 12 haritu..
Ramai yg tanya Mun..dapat dari mana... Al kisahnya bermula dari adik mun, dia keje APM. 2 hari lepas dia bertugas kat 1 event ni, dia dah mula demam-demam...
Masa dia demam plak, Mun & Husband tido kat rumah Mak.. 1st yg berjangkit dari adik adalah Husband.. sebab dia selalunya kalau solat, akan guna bilik adik dan kami plak berkongsi toilet kat dapur.. Mungkin sebab tu laa kami berjangkit..
Yang first kena adalah husband, 2 hari dia demam panas on off.. awalnya kami dah buat test sendiri lepas dapat tau adik positif covid. Result kami negatif. Hati bini dia ni mmg x sedap dah... sebab husband jarang sakit camni.. Mun suruh laa husband ke Klinik Kesihatan. Doctor suruh buat swap dan result dia +ve
Petang tu, Mun dpt call dari KK suruh buat PCR secara Drive Thru je.. hari buat PCR tu, Mun dah start batuk-batuk. Hati tu dah dapat rasa mcm berjangkit.. malam tu terus demam panas. tido berpeluh sampai lencun baju. buka aircond pun tak rasa apa.. memang tak larat sangat. terbaring je laa.. nak tunggu result PCR 2 hari weii.. dlm hati tu dah kata mmg +ve laa ni..
Keesokannya, makin lemah badan.. dan kena update kat mysejahtera bacaan oksigen, BP, suhu badan.. masa tu mmg bacaan oksigen 92 je.. Mun x rasa sesak/susah nafas. tapi rasa cpt penat je.. lepas update tu, terus doctor kat CAC Sikamat call, tanya keadaan mun.. doctor minta check semula bacaan oksigen dan compare dengan husband nyer bacaan. dia nak tau kot laa bacaan tu salah ke apa.. Bacaan oksigen husband, ok jer.. lebih dari 97. Sudahnya, doctor minta mun call ambulance suruh bawa ke Hospital kat Seremban.. Masa sampai sana, bacaan oksigen tak menentu.. jadi doctor ambil darah utk dapatkan result yg lebih tepat.. Bacaan lagi rendah iaitu 88 jer.. masa tu laa doktor kata nak tahan mun masuk ke dalam wad. tak kasi balik.. sebab sangat berisiko. (waktu tu mun masih belum rasa sesak nafas lagi)
Time tu jugak terus call husband, minta packing pakaian, dia yg tengah tak sihat tu, terpaksalah juga uruskan semua..
Maka.. bermulalah episod kami berjauhan selama 11 hari. Buat pertama kalinya Mun masuk hospital..Buat pertama kali juga naik ambulance..
Disebabkan Hosp Tuanku Jaafar dah penuh.. Mun kena transfer ke Hospital Tampin.. jauh weiiiii... nanges dibuatnya... perjalanan 1 jam lebih.
Hari ke-3 dalam wad, bermulalah episod kejadian sesak nafas yg teruk... terus berubah ke stage 4.
Hanya Allah je yg tahu masa sesak nafas tu... tak tau macam mana nak cari nafas.. nak tarik nafas.. terus bagitau nurse, rasa sesak nafas.. kelam kabut juga doctor datang check, terus ON tiub oksigen time tu.
Time tu jugak selera makan terus hilang.. perut tu lapar sangat.. tapi tak boleh nak telan makanan.. paksa makan pun 2-3 suap je...
Pakai tiub Oksigen selama 6 hari. kalau tanggal time masuk toilet tu, tak boleh lama-lama.. sebab rasa sesak nafas sgt...
Hari ke -10 dlm wad, bacaan oksigen dah ok.. cuma masih belum cantik laa.. setiap kali nurse check je, mesti 95. kena rajin buat deep breath utk naikkan bacaan oksigen sampai 97.
Time tu dah merayu kat Doktor nak balik rumah.. Muka mmg nak nangis jer laa bila doktor kata selagi oksigen tak cantik, tak boleh balik...
Hari ke-11, akhirnya dah boleh balik... tapi badan masih lemah.. dah balik rumah pun, badan lemah, cepat semput, tak boleh kena sejuk time hujan.. setiap hari pantau oksigen..
Lebih dari 2 minggu nak kembali ke normal tau... Bisnes masa tu mmg drop sangat... sebab tak boleh nak masuk kedai.. tak larat nak naik tangga..
Ni dah masuk bulan ke-3 sejak kena covid. dah tak de semput.. tapi isu lain plak timbul.. rambut gugur teruk.. sadisnyaaaaa.... teruk sgt gugur, mcm org buat kimo plak dah weii... gugur teruk..
tanya kawan-kawan yg pernah kena covid stage 4, dorang pun alami benda yg sama..huhuhu
puncanya dari ubat steroid yg kita makan masa dlm wad.
|
PCR secara Drive Thru |
|
1st time naik ambulance. orang sihat pun boleh sakit kalau duk dalam ambulance weiii.. huhu |
|
time ni ambil gambar sbb nak send ke group family mun dan family husband. |
|
Husband dah habis kuarantin. sanggup cari kat mana wad bini..mampu lambai dari luar je.time ni rindu sgt.. bini dia pun, dengan masih pakai oksigen, gigih laa ngintai kat tingkap. mujur katil tepi tingkap je.. haha. sib baik gak tiub tu panjang weii.. |