Halaman

Sabtu, 16 Disember 2023

Melaka-Balai Cerap Al Khawarizmi

 Bersambung kisah ke Melaka..

Selepas check out chalet. Sebelum balik N.Sembilan, kami singgah ke Balai Cerap Al Khawarizmi. Jarak perjalanan ke tempat ni tersangatlah dekat. Tak sampai 5 minit dari chalet kami menginap. 

Untuk pengetahuan, tiada tiket masuk untuk buat lawatan. Just inform pada guard nak melawat Balai Cerap. Sebab pintu masuknya sama dengan sekolah tahfiz. 

Balai cerap ni tutup pada hari ahad tau..










Haha jari berbalut. Cuai masa siapkan tempahan.huhu
Sampai sekarang tak jumpa isi jari yg dh terpotong..huhu

@Kata Hatiku Berbicara@

Sesuai sangat kalau bawa anak² ke sini.. banyak ilmu yg boleh dipelajari.. 

Jumaat, 15 Disember 2023

Melaka- Mutiara Chalet

Sambung kisah perjalanan kami..

Selepas melawat Muzium Penjara Malaysia, kami terus menuju ke Tanjung Bidara untuk check in bilik.
Papan tanda chalet


Bergambar kat depan chalet






Petang tu, kami keluar ke Pasar Malam Masjid Tanah. Teringin nak rasa donut yang famous kat Melaka. Suka Donut ni merupakan perniagaan sahabat Mun yang sama² belajar kat Melaka dulu..

Akhirnya dapat juga laa rasa donut dia yg sangat lembut.. 





@Kata Hatiku Berbicara@

Tenang je rasa bila dapat rehat kat tepi pantai, ambil gambar pemandangan..
Jauh dari hiruk piruk kota.

Khamis, 14 Disember 2023

Melaka - Muzium Penjara Malaysia

Bersambung kisah berjalan ke Kampung Morten..

Selesai berjalan² ambil gambar, kami terus menuju ke Muzium Penjara. Jarak perjalanan hanya ambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.

Kalau nak ke Muzium ni, kereta boleh parking di belakang muzium, ada disediakan parking percuma. 

Tiket masuk untuk Dewasa berharga RM3. Tutup pada hari isnin. 







Masa kami baru sampai, pegawai penjara ada buat demo sebatan pagi pesalah.

Rezeki kami masa tu, sebabnya Mun difahamkan demo akan dibuat jika terdapat rombongan besar. Kebetulan pula, ada rombongan 2 buah bas yg membawa pelajar UM. 

Dapatlah kami tonton secara live demo cara sebatan dijalankan terhadap pesalah.

Banyak info yang kami dapat waktu tu.. 

Muzium ni sebenarnya sebuah penjara dahulunya.. kini dijadikan muzium. Waktu melihat² bilik sel pengasingan, bilik hukuman gantung sampai mati.. rasa semacam sangat.. 

Mun tak ambil gambar pun yg itu.. 

@Kata Hatiku Berbicara@

Kalau korang ke Melaka tu, pakatlah singgah sini, bawa anak² tu.. kita bagi pendedahan kat anak² yg sedang meningkat usia tu.. biar mereka tahu, apa akibat dan hukuman jika berbuat jenayah.. 

Rabu, 13 Disember 2023

Melaka-Kampung Morten

Percutian ringkas 2 hari 1 malam ke Melaka. Boleh dikatakan ini adalah percutian bajet.

Oleh kerana hari Isnin merupakan public holiday buat mereka yg bekerja kat Selangor. Husband cuti gak 🤭😅 so, kita ajak bercuti ke Melaka.

Kali ni kami memilih lokasi di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Tak pasti dah berapa tahun sebenarnya tak pilih lokasi kawasan kampung untuk bercuti. Tahun lepas, ada ke Melaka. Tido 1 malam kat Bandar Hilir. 

Mun pilih Mutiara Chalet yg terletak di Tanjung Bidara. Lokasi memang betul² kawasan kampung, dikelilingi rumah² orang kampung. 

Hari ahad pagi, selepas sarapan kami menuju ke Melaka. Disebabkan waktu check in jam 2 petang, sampai je kat Melaka jam 10 lebih, kami berjalan ke Kampung Morten terlebih dahulu. 

Pintu gerbang Kampung Morten







Kebetulan,time nk ambil gambar husband kat jambatan, bot plak lalu.. haa ngam dah tu...



Mun tak pasti ada berapa buah rumah kampung yg masih mengekalkan rumah lama macam ni.. tapi sepanjang jalan kaki, kebanyakan rumah sudah dijadikan homestay.

@Kata Hatiku Berbicara@
Masa zaman belajar kat Melaka tahun 2006-2009 tak pernah singgah sini 🤭🤭🤭
Dah tua² ni baru laa jalan² kat sini..