Halaman

Jumaat, 29 November 2024

Husband masuk ICU

 Kisah yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat.. 

Pengalaman husband demam on off, sakit kepala, muntah² teruk sehingga akhirnya dimasukkan ke dalam ICU, intubate selama 10 hari sebab keadaan husband semakin teruk. Kuman dah merebak ke hati, jantung, paru-paru serta buah pinggang..

Hanya Allah sahaja yang tau betapa takutnya kita waktu tu, kaki rasa tak jejak ke tanah.. takut kehilangan dia..

Setiap kali waktu melawat, hati jadi sayu tengok badan husband penuh wayar.

Tak ingat hari ke berapa, doctor ada bagi husband sedar.. tapi doctor terpaksa naikkan dos ubat tidur bagi dia rehat semula sebab oksigen dia terus drop..

Waktu ni kat KK. Botol kedua masuk air. Doc dah bagitau nak hantar ke emergency HTJ

Dalam kecemasan, waktu ni doc dah panggil bagitau nak intubate dan masuk ke icu sebab keadaan dah semakin merosot.

Waktu ni jam 2 pagi, selesai urusan husband masuk dlm icu, doc suruh balik, sebab tak boleh jaga/tunggu kat icu. 
Lama duk tunggu dalam kereta, tak boleh nak drive dalam keadaan menangis.

Hari ke 8 husband dalam icu, genap 10 tahun pertemuan kami yg pertama yg membawa kepada perkahwinan ke 9 tahun.

Bisik kat telinga husband, tapi sayangnya dia tak respon apa²
Non stop menangis 😭😭
Rindu sangat kat dia... 
Balik rumah pun sunyi sangat 😭😭

Terima kasih kepada Pak Long, sepanjang husband dalam icu, setiap malam pak long buat solat hajat berjemaah kat masjid.. 
Adik beradik pula buat bacaan yassin, mendoakan kesembuhan buat husband. 

Hari ke 11, husband dah betul² sedar. Masuk je dalam icu tu, husband menangis nampak kita.. tiub oksigen,wayar² semua dah dicabutkan.. dah boleh makan bubur.

Dah pindah ke wad biasa.

Kecoh masa 1st day kami pindah was biasa. Orang tau yg kami laki bini jatuh terduduk kat lantai semasa saya nak pindahkan husband duduk dalam kerusi roda. 

Ajer laaa teruk giler kerusi roda yg ada dalam hospital ni.. ada 7 kerusi roda, semuanya teruk.. kebetulan ambil yg 1 ni, yg tu je laa nampak paling ok.. tapi rupanya silap.. lock tayar tu rosak, jadi kerusi roda tu bergerak ke belakang waktu nak pindahkan husband duduk tu. 

Terus whatsapp family, minta hantarkan kerusi roda arwah ayah ke hospital. 
Bayangkan yer, ni hospital tau.. toiletnya tak mesra oku langsung dalam wad. Terseksa sangat nak papah husband ke dalam toilet. Nak masuk ke tempat shower pun kerusi roda tak lepas masuk. Huhu. 

Dah boleh balik rumah, husband dah boleh memijak sket²
Setiap petang exercise depan rumah, nak kuatkan kaki..

Alhamdulillah, sekarang ni dah hampir 3 bulan berlalu.. husband semakin sihat. 

Masih follow up dekat KK. Masih kena makan ubat bagi tambah darah. Masih kurang sel darah merah. 

Semoga husband kiter terus sihat dan baik² saja yer... 

Allah masih beri peluang buat dia dan juga saya... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..