Sabtu, 8 April 2023

Club Med Cherating 2022

 Alhamdulillah.. Bulan 8 2022 dapat gak bawa husband bercuti dalam Club Med Cherating. Untuk Mun, ni kali ke 3 bercuti kat Club Med.

 Waktu tu follow company trip.

Kenapa ajak husband ke sini? Haha.. ada kenangan antara kami..

Mun & Husband hanya kawan dalam fb je. Tapi setiap kali post status dan gambar kat fb masa g trip ni,.semua dia like & komen. 

Haha..sebenarnya bukan sbb tu je..ada byk yg buatkan sy ehh tetiba tersuka dia.. 

Pastu bulan 8 plak tarikh pertemuan pertama kali bertentang mata antara kami dengan bersaksikan mak ayah mun. Time tu dia datang beraya kat rumah.. 

Terus tanya Ayah.."Ayah setuju tak kalau anak ayah ni pilih dia jadi menantu? Orang tak nak bercinta. Nak terus kahwin."

Haaa gituwww kau! Kemain tinggi level confident aku pilih dia. 

Bulan 12 tu jugak Mak Ayah suruh dia masuk meminang & terus bertunang.. 

Haaa gitu laa story kenangan kami..

Haa meh layan gambar kami bercuti kat situ.. 

Suka sangat view kat Club Med ni tau.. cantik bagaikan lukisan











@KataHatikuBerbicara@

Mekacih husband..layankan ajer bini awak ni nak bercuti kat sini.. 



Rabu, 21 Disember 2022

Camping#2 Ajin Campsite Sg Semungkis

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. cuti sultan selangor hari tu.. kami habiskan masa dengan camping.. 
kali ni kami pilih Ajin Campsite kat Sungai Semungkis, Hulu Langat..
walaupun musim hujan hujung tahun kan.. alhamdulillah hujan tu waktu malam jer.. tak laa lebat sangat..biasa biasa je.. air sungai pun tak melimpah..tak de isu kepala air.. 
dan yg penting kami enjoy menikmati alam semula jadi.. tenang tenang ajer kami kat situ..


masak sambil mengadap pemandangan sungai mmg awesome gilerrr









kali ni kami beli tilam angin.. selesa ske nak tido..tak de laa sakit badan
sebelum ni alas toto je.. kalau bangun tu dah mcm robot,keras badan,hahaha


berbual..nikmati bunyi air sungai yg mengalir





balik camping..tak terus rehat ye.. terus bersihkan flysheet, groundsheet dan khemah.. 
serik tak?? haha x de makna..kami tengah plan next camping tahun 2023 ni..



 @Kata Hatiku Berbicara@

Seronok camping dapat nikmati suasana sunyi sepi.. hanya bunyi air sungai yg mengalir.. disertai dengan bunyi cengkerik..suasana dalam hutan...


Camping#1 Kebun Chenta Mantin

Assalamualaikum..

layan hobi baru kami.. skang ni kami dah minat bercamping.. 

1st lokasi kami pacak khemah buat pertama kalinya kat Kebun Chenta, Mantin..

Alhamdulillah.. 1st time pacak khemah tak de gaduh gaduh sebab husband kita memang tahap kesabaran dia tinggi ooo.. tak pernah merungut kalau isteri dia kurang membantu sebab isteri dia pun bukan sihat mana.. huhu.. kita bantu sikit sikit je laa yg mana kita mampu..







 @Kata Hatiku Berbicara@

Seronok menikmati alam semulajadi.. 

Pneumonia

Assalamualaikum...

Bulan 11 hari tu, saat semua rakyat Malaysia sibuk keluar mengundi.. aku diuji dengan kesihatan yg semakin merosot..

Kalau ikutkan dari awal bulan 10 lagi aku dah mula kerap sakit.. dah baik demam, datang plak batuk.. disertai dengan semput sampai tahap level oksigen kerap rendah.. tu pun masih gigih tak nak ke hospital.. sampailah tahap aku asyik muntah muntah tak kira masa.. 

Kesudahannya bagitau husband nak ke hospital.. buat xray, sampel darah, air kencing.. terus kena tahan wad berdasarkan pada result xray paru paru tak cantik.. 

5 hari 4 malam dalam wad sorang sorang.. bermula  laa asyik ambil sampel darah dan sampel kahak.. sebab doctor tak dapat detect punca demam on off dan batuk yg berpanjangan. 

dan akhirnya hari ke-4 doktor dapat kesan yg aku mengalami radang paru-paru atau dikenali Pneumonia 



setiap hari kumpul sampel kahak

hari terakhir dalam wad. tunggu husband setelkan bill dan ubat kat farmasi

 

@Kata Hatiku Berbicara@

Alhamdulillah, kesihatan semakin beransur baik.. 

Anniversary Wedding 2022

 Assalamualaikum..

Ya Allah kemain lama nak update blog yg dah berkurun ni.haha

Alhamdulillah.. bulan oktober genap usia perkahwinan kami tahun ke-7

Happy birthday juga buat suami tercinta.. umur biarlah rahsia... yg penting sentiasa nampak muda..

Terima kasih buat suamiku yg sudi terima kekurangan yg ada pada isterimu..

setia dan tanpa jemu menjaga isterimu yang sering diuji dengan masalah kesihatan..

semoga cinta kita semakin bertambah seiring dengan usia perkahwinan kita.. 





@Kata Hatiku Berbicara@

Tiada kata-kata yg boleh digambarkan perasaan sayang dan cinta sebab cintaku terhadapmu hanya Allah yg lebih mengetahui segala isi hati.. Semoga Allah pelihara rumahtangga kita.. moga cinta kita hingga ke syurga..


Selasa, 8 Mac 2022

Pangkor Laut Resort-Birthday Trip

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya hasrat saya nak Pengkor Laut Resort (PLR) buat kali kedua dah tercapai.. 

First time ke PLR tahun 2016. Lama juga laa kan.. Pada awalnya Mun nak booking masa birthday Mun je.. tapi Full Booked... huhuhuhu nangess... check dgn staff  YTL, date yg availabe 14-16 Feb.. hmmm.. ok laa boleh je laa... pasrah je laa.. huhuhu..

Plan asal Mun, nak gerak pagi isnin terus check in je.. tapi Husband ajak gerak hari ahad, tido 1 malam kat area Sitiawan dulu. Jadinya boleh laa dia rileks sket.. 2 hari sebelum check in, pihak hotel dah send email utk booking slot masa untuk naik speed boat. Kami pilih jam 12 tgh hari. 

Sebelum ke sana, Mun dah siap-siap buat itinerary. Husband plak jenis OK jer.. Menurut perintah bini dia.. haha.. 


perjalanan ambil masa lebih kurang 15 mnt



lunch mengadap pool & sea villa



breakfast

2nd day. lunch kat Emerald Bay.sambil dengar bunyi ombak.

xtvt kayak. 

lepak kat Games Room

Karaoke selama 2 jam. Tak kan bercampur dgn org lain.. setiap tetamu, boleh booking masa 2 jam. so, org lain x boleh guna bilik karaoke ni. 







Thank You Husband yg sentiasa ada support dalam segala sudut..susah senang bersama dalam berumahtangga.. tidak pernah menyakiti hati saya..sentiasa berusaha beri yg terbaik. 

Nanti kita datang sini lagi buat kali ke 3 yer.. InshaAllah...