Halaman

Isnin, 8 Disember 2025

Kafe Lot15, Nilai

Hari tu duk borak dengan sorang sahabat kerja ni, suruh dia suggest kedai makan mana yg sedap..

salah satu yg disebutkan tu Lot15, Pekan Nilai.

Bagitau kat husband, laju ajer laa dia bawa bini dia g makan kat sini..haha


first time rasa matcha strawberry.. sedap yakmat yerr 100/10
air dia tak over manis

husband order burger

kiter order chicken buttermilk. sedap sgt..tpkenapa guna mangkuk? kepayahan sangat nak potong ayam tu.huhuhu
suka ayamnya..crispy gitu

dari luar kedai.. maaf cakap signboard kedainya tu buatkan kiter tercari2 mana sebenarnya kedai LOT15 tu.huhuhuhu
bila cari gambar kat google, baru tau ni laa kedainya

 

Jumaat, 5 Disember 2025

Nippon Sushi

Hujung minggu ajak husband makan kat Nippon Sushi.
Tekak ni tak habis-habis ngidam sushi.. huhu

Nasib baik husband jenis telan ajer apa yg bini dia nak makan..haha


macam biasa.. tugas bini tolong order.haha

salmon tu wajib.. 


 Dah jarang nak masuk Sushi King sejak dah jatuh cinta kat Nippon Sushi ni.. 

Rabu, 3 Disember 2025

Kenangan bersama warga SMK Mantin

Sedikit kenangan bersama warga SMK Mantin.
terima kasih buat Pengetua, AKP, Guru-guru, pelajar dan terutamanya kepada GPK Pentadbiran yg banyak beri tunjuk ajar.. dan mereka semua yg beri kerjasama yg baik sepanjang saya berkhidmat sebagai Pembantu Guru.
Seronok dapat berkhidmat kat SMK Mantin, sekolah yg sangat besar (banyak turun naik tangga dan bukit yer) guru2 dan pelajar2 yg sangat ramai..
walaupun saya bukanlah seorang guru, tapi pelajar2 ni memang panggil cikgu dan pantang ajer nampak kita.. dari jauh dah "hai cikgu"

Kenangan yg inilah yang paling akan saya rindui nanti.

Bila diingatkan kembali, saya pun tak pernah sangka diberi peluang bekerja dalam sektor pendidikan.. 



 

Isnin, 1 Disember 2025

Kerang Cili Api

Alhamdulillah.. umtumg dapat suami yg pandai dan rajin masak..
hari tu singgah pasaraya geram tengok kerang yg bersaiz besar ni..

Balik rumah, bagitau nak makan kerang dari air tangan husband..

kesian, dah laa balik kerja tu penat, kena plak masakkan untuk bini..

tapi nyerr, kita ni tolong laa bersihkan dan rebus kerangnya terlebih dahulu..
balik kerja nanti, husband tinggal nak masak jer la...

dapat makan satu lauk ni je pun dah cukup... 
bertambah selera makan kita..