Halaman

Isnin, 9 Mac 2026

Daun Kelur

Ada yang biasa dengar nama Daun Kelur ke?
Daunnya dari pokok moringa atau murungai.

Bagi Mun, ni pertama kali kenal pokok dan daunnya..

itu pun sebab ada sorang parent ni anta anaknya g sekolah sambil tu bawa buah murungai.
Mun pun tanya laa pasal sayur tu.. 

bila kita cari info, waahhh banyak juga khasiatnya..

kebetulan pula kat depan kilang husband keje tu ada pokoknya.. dia pun bawa laa balik daun kelur untuk kita masak.

masak lemak labu

masak lemak sardin

 

Isnin, 23 Februari 2026

Camping #14

Alhamdulillah selepas 3 tahun terjebak dengan hobi camping ni dan camping yang ke 14 baru laa kami dapat upgrade khemah baru..

cuti tahun baru cina baru-baru ni, dapat laa kami merasmikan khemah ni..

alhamdulillah sepanjang 2 hari tu hujan walaupun tak lebat, dapat laa kami check kalau ada sebarang masalah dengan khemah ni..  

Naturehike Village 13 Flagship

mun suka khemah ni sebab ada kelambu bahagian luar. 



kelambu sendiri tetap bawa juga..
huhu sejenis yang tak boleh kena gigit serangga.. berbirat habis laa badan ni.. tu yg nak juga ada kelambu

bahagian memasak plak inshaAllah nanti kiter ganti yg baru juga..



view waktu malam







jalan kaki dalam 5-10 minit gitu dari tapak campsite ada jeram.
kena hati2 mandi kat sini.. dengar citer ada beberapa kes lemas kat sini





Jumaat, 13 Februari 2026

Bowl n Roll by Nippon Sushi


Setiap kali nak makan kat Nippon Sushi je, mesti asyik nak makan Sushi/Shabuyaki/MyViet jer..

haa disebabkan ada kedai baru buka Bowl n Roll by Nippon Sushi ni, kita try makan kat sini laa pulak..


buku menu dah mcm surat khabar
kemain besar gambar.. ni kalau tak nampak jugak, tak tau nak kata pa laa..haha


menu pilihan mun


pilihan husband.. megi tomyam daging

pebret mun.. kopi vietnam..

 

Not bad juga makanan kat sini.. cumanya disebabkan kami bukanlah peminat makanan thailand dan vietnam, agak lama juga laa mun nak pilih menu tu.. huhuhu

Khamis, 12 Februari 2026

Meq Nor Kitchen

Weekend hari tu ajak husband makan malam dekat area Labu. 
Nama restoran ni MeqNor Kitchen
Katanya viral lama dah..
tu pun kawan yg bagitau pasal kedai makan ni.. kiter nyer bab viral2 ni tak bape tau sangat


Mushroom Soup dan Roti Garlic sedap sangat.. pekat betul

mun order chicken grill.. sedap sangat rempahnya



husband pulak order nasi goreng kambing. nasinya pedas. rempah pun berasa

cashier = kasir

 Secara keseluruhannya 10/10 masakannya.. memang sedap dan kena kat tekak kami.. patutlah viral..

Khamis, 5 Februari 2026

Camping #13 Pengkalan Hulu, Perak

Alhamdulillah akhirnya dapat gak kita camping kat Santai Dusun Campsite, Pengkalan Hulu, Perak.
Lama juga laa survey tempat ni.. duk berkira juga laa nak camping kat sini.. 
Macam-macam ada dalam pemikiran sebabnya tempat ni makan masa perjalanan lebih 6 jam, tempatnya memang dah sempadan Malaysia-Thailand dan vibes sungai tu nampak mcm agak seram..

Ini adalah camping kami yg ke 13

Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang dipermudahkan walaupun masa sampai kat Rawang tu terpaksa patah balik ke rumah (N.Sembilan) sebab husband tertinggal handphone.

Sepanjang camping selama 3 hari 2 malam pun dipermudahkan dan sangat enjoy..

susun susun barang dulu... supaya tak de yg tertinggal


Kalau husband mengantuk, bini sambung drive

benda wajib setiap kali camping, minyak angin, minyak urut, minyak panas, minyak bidara
haaa semua ada haha

dalam perancangan nak upgrade khemah.. huhu

kabus pagi tebal.. terasa basah muka bila kena kabus


auto rajin memasak bila camping


ready nak rakam husband terjun 
ada bahagian yg dalam x jejak kaki

tak pandai berenang kan.. ada life jacket ni berulang ulang laa kita redah sungainya

asalnya adalah sebuah gua namun perlahan-lahan terhakis sehingga membentuk seperti ini.. makan jutaan tahun juga utk terhasil macam ni. dasarnya juga adalah batu




antara menu yg mun masak. kita jenis makan yg ringkas je..

alhamdulillah, dpt gak merasa durian perak.. hasil dari kebun kat campsite ni

setiap petang, staff akan buat unggun api

menu wajib setiap kali camping

ada yg rendang pokok durian..

kopi dusun percuma..




@Kata Hatiku Berbicara@

Repeat??? mestilah nak!! Tenang sangat kat sini.. walaupun hari ketiga, dah pagi subuh tu kena ganggu dgn........ tetap tak serik ye wak.....