Halaman

Isnin, 27 Julai 2026

Peperiksaan Percubaan SPM

Musim peperiksaan percubaan SPM sudah bermula. 
Penat tapi seronok sebab duk melayan macam² perangai anak² ni.. pelbagai ragam laa kita akan dapat lihat dan layankan ajer.

Semoga anak² saya kat sekolah ni dapat menjawab soalan dengan baik.. sama ada dalam percubaan mahupun SPM sebenar nanti..
Aamiiinn...



Sarapan dalam kereta jer.. sebab malas nak masuk bilik kita. Dewannya nuunn jauh atas bukit. 
So, kita parking kat dewan. Makan je dlm kereta. 

 

Khamis, 23 Julai 2026

Anak no 2

Anak no 2 ni memang lain macam kelaku dorang ehhh..

Masalahnya Mak Ngah dorang pun anak no 2..haha

Mak Ngah dengan semua anak buah yang anak no 2 memang jenis suka gaduh..

kecuali dengan Pak Ngah dorang walaupun Pak Ngah pun anak no 2


kawan gaduh makngah ni mmg suka rosakkan gambar.hmmm

 

 

Selasa, 21 Julai 2026

Diet ke?

Al kisahnya kannn.. mun ni tengah berusaha nak turunkan lagi berat badan ni..

kalau boleh kat tempat kerja ni tak mau makan nasi..

breakfast dan lunch mun makan kuih je.. air plak hanya air kosong je minum.. 
tak de nak minum air manis melainkan kalau makan kat luar..
tapi hari bekerja memang kita jarang laa makan kat luar..

untuk sabtu ahad tu memang tak control. sbb tu hari isnin - jumaat tu kita cuba kawal.

menu breakfast dan lunch mun hari sabtu..
sambil sambil basuh baju, sempat siapkan keje.. key in data pelajar lewat ke sekolah



kalau kat sekolah ni, cikgu2 suka belanja kita makan.. kekadang tu kalau dah bawa bekal lunch..
tau tau je ada makanan atas meja. ada kala tu guard akan call suruh ambil makanan katanya cikgu belikan makanan untuk kita..

maka rosaklah diet kiter wakkk..hehe

tak pe. ok je.. rezeki tak baik ditolakkan..

mekasih laa buat cikgu2 yg rajin belanja makan.. 

Moga dimurahkan lagi rezeki cikgu2 yg suka berkongsi rezeki..

Isnin, 20 Julai 2026

Megi Goreng Air Tangan Husband

Kalau makan kat rumah, bila request megi goreng atau megi sup, mun suka kalau husband yang masakkan.. sebab macam2 bahan la dia nak letak..

kalau dapat ke mun, hmm rendam megi, pastu gaul jer.. cukup dah.. hahaha

alhamdulillah rajin husband kita masuk dapur walaupun sekali sekala..

 

Jumaat, 17 Julai 2026

Thong Bowl, Seremban 2

Tekak ni teringin sangat nak makan 1 menu yang viral kat Thong Bowl..
Tapi tu laa kann.. kehabisan stok katanya..
tak pe laa..kita order menu lain laa..

not bad juga..sedap rasanya.. mun plak lupa apa nama menu ni.. yang pastinya macam megi tomyam seafood. husband order nasi dan ayam..ntah apa nama menu huhu 

seram tengok orang yg order air sampai 1 gelas besar untuk 2 orang minum...
kami tak boleh ikut cara gitu..
tak suka kalau tak habis akan jadi satu pembaziran



 

Khamis, 16 Julai 2026

Box Buah untuk VIP

Minggu lepas berlangsungnya Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Seremban 1 bagi sekolah menengah..

sekolah tempat mun kerja ni, merupakan tuan rumah..

disebabkan cikgu2 ni tau kiter ada buat bisnes gift, senang kerja dorang.. tempah kat mun jer katanya


box buah untuk vip


bergambar sekeping untuk buat kenangan.. gitu laa kalau suruh pelajar yang ambilkan gambar
menyenget ko hahaha. boleh laa tu..


inilah box buahnya..

Rabu, 15 Julai 2026

Cheesekut

Lama sungguh tak makan cheesekut.
kebetulan ternampak seorang pelajar ni duk bawa banyak dalam 1 plastik..
Rupanya dia buat sendiri dan untuk dijual.. yg dalam plastik tu semua kawan kelas dia dah order.
katanya ada je bawa extra..
haa...dapat ler kita beli 1... ehhh nyesal plak beli 1..sedap ehhh..
tak over manis.. 

pelajar tersebut pelajar lelaki..bagus budaknya cari duit poket sendiri. 


 

Selasa, 14 Julai 2026

Makan Makan dan Makan


KEBS CAFE - Sungai Jai, Lenggeng

Kalau tak silap, ni kali ke-3 kami makan kat sini.. 
Suasana kedai macam healing time camping..
pizza sangat sedap, lembut dan gebu..



PNC Kitchen, Seremban 2

2 kali dinner kat sini.. Mun ulang menu yang sama haha
sedapnya tu sampai tak mau order menu lain





Burg & Go, Seremban 2

2 kali juga dinner sini.. sedap sangat burger kat sini
juicy sangat..




ZUS COFFEE -Pajam

Mun biasa beli dalam food panda je...
tak pernah makan kat cafe..

husband pulak first time minum dan makan Zus Coffee
kita pun bawa laa try.. kat sini tenang sebab kedainya baru buka dan tak ramai orang
my pebret setiap kali tapaw Korean Mac & Cheese sebab pedas hehe



 

Isnin, 13 Julai 2026

Rasa Rosz IOI Mall Putrajaya

Kalau ada yg ingat, mun pernah post pasal restoran Rasa Rosz dalam IOI Putrajaya..

Kali ni kita repeat makan kat sini lagi..

dah tentu kita nak cuba menu yang lain pula kan..

Husband order Nasi Goreng Kampung, Mun pulak order Nasi Goreng Baby Crab

yang bestnya kat sini, kalau order nasi goreng akan diberi sekali 3 jenis sambal dari Rasa Rosz ni..

Mun dah pernah beli Sambal Cendawan Shitake.. memang sedap rasa dia..
kali ni mun beli Sambal Ikan Bilis.. huiii makan nasi panas2 dengan telur mata je pun dah sedap lauk gitu jerr...
untuk Sambal Udang Kering dia plak mun dah try makan time tu, hmmm kureng sket rasa dia.. 

Nak repeat lagi ke??

opcosss... 
rasa macam nak makan lagi laa sphageti rendang daging dia... sedap sgt...


 

Jumaat, 10 Julai 2026

Santai Dusun Campsite

Kalau dah jiwanya suka camping tu....

Santai Dusun Campsite ni terletak di Pengkalan Hulu Perak

Seawal 4 pagi kami mulakan perjalanan dari Negeri Sembilan.. 

Dalam setahun (2026) ni kali ke 2 kami camping kat sini

Ini adalah camping kami yang ke 17

sungguh.. saya tak boleh move on dengan keindahan campsite ni..
suasana yg sangat tenang, sungainya yang sangat cantik dan unik..


view sini yang paling mahal..
seronok mandi kat sini.. sebab sungainya ada yg mesra utk kanak2
dan ada bahagian yg sesuai untuk dewasa. 
kami pakai life jacket sebab nak mandi kat bahagian dewasa.. kedalaman sungai tu lebih kurang 1.3 meter

malam yang tenang

 
dalam campsite ni ada kebun durian
kebetulan tenagh musim.. tapi belum waktu gugur.. kalau gugur pun katanya buang buruk..


sebelum balik, dapat kutip lagi sebiji.. bawa balik rumah.. kena minta izin dulu
alhamdulillah rezeki tak perlu bayar..

disediakan kopi.. boleh panaskan sendiri.. percuma jer


masak yg simple simple jer.. 



cik abg ni kata nak makan nasi lemak sambal udang kecik.. 
katanya nak masakkan..
tapi tulaaaa... dia lena sambung tido macam udang dah haaa.. haha
sudahnya bini dia ajer laa yg masak

hari terakhir, sebelum kemas nak pulang tu, sempat buat pengat durian yg kita kutip. dapat laa kongsi dengan jiran khemah sebelah..
jiran plak kongsi rezeki sarapan oden, kentang dan sosej

sebelum gerak balik, lunch dulu kat kedai Makan D'Rumah,
owner sangat peramah ye.. 
kami order sup ekor, tomyam seafood, udang goreng nestum cili api dan kangkung goreng.
free ulam ulaman
semua sedap giler... kuah tomyam tu sedap sangat sangat
dah total kami bayar lebih kurang RM45 camtu. termasuk air teh ais dan teh o lemon. 
bagi kami sangat murah.. 

Khamis, 9 Julai 2026

Masakan air tangan seorang ibu

Syukur alhamdulillah
Dikurniakan Mak yang masih sihat.. 
untung anak anak mak sebab mak memang suka memasak banyak lauk untuk anak menantu dan cucu

Allah masih beri kami anak2 nikmat untuk masih dapat merasa masakan dari air tangan mak


 

Rabu, 8 Julai 2026

Dunia hanya persinggahan...

Setiap yg hidup, pasti akan mati.. dunia hanya tempat persinggahan

Baru baru ni, adik lelaki mun diuji dengan kehilangan anak yg dilahirkan tak cukup bulan..
baru je berkongsi berita gembira, isterinya mengandung selepas penantian selama 3 tahun..
namun berita gembira tu hanya sementara sahaja..

tak pe dik.. anak syurga tu.. 

Yang kedua pula, selang 5 hari, dapat perkhabaran mak sedara pula meninggal..
adik mak no 7


al fatihah buat cik lah.. Nor Fazilah Binti Md Yusof
semoga arwah cik lah ditempatkan dikalangan orang yg beriman...amiiinnn



 

Selasa, 7 Julai 2026

Village Cafe Dusun TokMama - pelakon Jasmin Hamid

Hujung minggu biasanya penuh aktiviti. kalau tak camping, mesti balik rumah mak..
tapi minggu baru ni kami tak pergi ke mana mana..
hanya keluar untuk sarapan dan makan  malam sahaja.. 
selebihnya mengemas rumah..

untuk pertama kalinya kita singgah sarapan pagi kat Village Cafe Dusun TokMama
katanya pelakon Jasmin Hamid JV dengan cafe ni..

Masa sarapan tu, ada je Jasmin Hamid.. tapi tak de laa nak bergambar sebab dia tengah layan peminat kat meja lain sambil promote produk.

tak banyak menu.. huhu ada gak kecewa disitu..
yg ada nasi lemak biasa, telur mata, ayam goreng, pastu lempeng dan cucur udang dengan kuah kacang.
nasi lemak dia biasa biasa je nyah.. nasi agak kering..
tapi sambalnya sedap. harga agak mahal sket laa

tapi kekecewaan saya tu sekejap je.. sebab mata saya dijamu dengan keindahan alam semula jadi yg menjadi penyejuk mata..
Ya Allah cantik sangat view kat sini..

 Lokasi cafe ni terletak di ulu beranang.. boleh je waze Village Cafe Dusun Tok Mama

Khamis, 4 Jun 2026

Camping Lubuk Ghancung Campsite

Sempena cuti Hari Wesak baru ni, kami dan family husband pergi camping kat Jelebu.
Disebabkan cuti panjang, 6 bulan sebelum kita dah booking campsite.

Buat kali ke 16 kami laki bini bercamping, dan kali ke-3 kami repeat camping kat Lubuk Ghancung Campsite.

cumanya kali ke 3 ni kami bawa family.

Alhamdulillah camping kami 3 hari 2 malam berjalan dengan lancar dan semua enjoy. 

penuh bonet




nyaman rasa menikmati suasana tenang

kabus tebal waktu pagi



meriah dengan jajan untuk anak-anak

khemah lama kami bagi adik guna. ramai assistant duk tolong pasang


tempah roti jala, kari ayam mun masak sendiri. lagi puas hati. pekat2 tak cair.. hehe



mun amek job goreng2 kudapan untuk bebudak je.. senang..haha

malam pertama buat bbq. memasing bawa magic pan 

benda wajib bawa. tak boleh tinggal