Halaman

Khamis, 21 Februari 2013

Abdul Latip Talib

Assalamualaikum...

Rakan-rakan sekalian... inilah wajah penulis novel sejarah yang bernama Abdul Latip Talib..

Hebat sungguh beliau... Allah telah mengurniakan bakat yg hebat kepada beliau... Penulisan beliau dalam sejarah islam... sangat memberi kesan.. menarik perhatian pembaca..



Novel Sejarah Islam yang pertama aku baca hasil karya Abdul Latip Talib ialah HIJRAH

Dulu, pernah juga aku ceritakan ttg novel Hijrah dalam blog aku...

Yang pertama dan kedua...

Sekarang, sedang menghayati novel Bilal Bin Rabah dan Perang Uhud... 

@Kata Hatiku Berbicara@

Adalah lebih manis kalau mengelarkan beliau Ayahanda Abdul Latip Talib.... 

P/S kepada Ayahanda Abdul Latip Talib : saya sangat menggemari hasil penulisan novel ayahanda... Sungguh memberi kesan pada jiwa saya... sehingga saya menitiskan air mata semasa menghayati perjalanan Rasulullah SAW.. Ia bagaikan berlaku di depan mata saya sendiri.... 

9 ulasan:

  1. azie pernah bc karya dia..memang best

    BalasPadam
  2. TERINGIN JUGA NAK JADI PENULIS..

    BalasPadam
  3. salam cik Moon..
    rendah diri, cma xmengenali beliau..
    hmm.. kena beli satu & baca.

    BalasPadam
  4. hebat...semoga ramai lagi penulis seperti beliau

    BalasPadam
  5. dah ada lebih 5 buah buku karangan dia.. mang sgt best kannnnnnnn.... rasa real je

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, dia masih dpt membuat penulisan2 yang terkesan dijiwa :)

    BalasPadam
  7. saya sudah memeriksa rujukan asal buku Sirah Ibnu Hisyam versi Arab terbitan Dar al-Khayr, 1993 daripada ms 188 bab perutusan Rasulullah SAW dengan penerimaan wahyu, sehinggalah ke ms 215 berkenaan pengislaman Khadijah dan para sahabat yang awal, radiyallahu anhum ajma’in. Saya juga membandingkan versi Arab ini dengan terjemahan Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam berbahasa Melayu terbitan al-Hidayah , cetakan 2009.

    Di dalam kedua-dua versi Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam ini, saya tidak bertemu dengan fakta, mahu pun dialog, seperti yang saya baca di dalam Novel HIJRAH karya Ayahanda Pak Latip yang berbunyi berikut:

    “Selepas menerima wahyu itu, Nabi Muhammad bangun dari tempat perbaringan lalu melemparkan selimutnya.

    “Tidurlah wahai suamiku. Berehatlah dahulu sehingga keadaanmu pulih sepenuhnya,” kata Khadijah.

    “Tidak wahai Khadijah. Masa untuk tidur dan berehat sudah pun habis. Jibril memerintahkan aku supaya memberi peringatan kepada manusia, dan menyeru mereka supaya kembali menyembah Allah. Tetapi siapakah yang hendak aku seru? Siapakah pula yang mahu menyahut seruanku? tanya Nabi Muhammad.”

    PERSOALAN.

    Apakah ada Nabi sallallaahu alayhi wa sallam bertanya / berkata demikian kepada Khadijah radhiyallahu ‘anha?

    Apabila penulis Novel Hijrah menisbahkan dialog itu kepada Nabi Muhammad SAW, jika dialog itu benar, maka ia akan dinilai kekuatannya pada sanad riwayat yang dirujuk. Tetapi jika dialog itu tidak wujud, maka menisbahkan ia kepada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam adalah satu kesalahan.

    Jika dalam semua situasi lain ia dinamakan sebagai PENDUSTAAN TERHADAP NABI sallallaahu alayhi wa sallam, maka apakah ia [dihukumkan] harus di dalam industri novel sejarah Islam? - ustaz hasrizal abdul jamil

    http://saifulislam.com/

    BalasPadam

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..