Rabu, 18 April 2012

Novel Hijrah~ Membawa 1001 emosi dlm diri aku

Novel yg paling best pernah aku miliki!!!

dan sudah pastinya.. novel ini bukanlah rekaan cerita... ia kisah benar..

kisah yang telah diceritakan.. yang telah diajar sejak dari kecil..

Membaca novel sejarah islam ini... benar2 membawa emosi aku tentang keperitan dan kepayahan Rasulullah dalam membawa ajaran Islam..

Adakala.. aku terbawa emosi sedih sehingga menitiskan air mata...


jika nak dibandingkan kesusahan, kepayahan dan beratnya dugaan yang kita hadapi dalam mengharungi hidup ini.. berat lagi dugaan yg dihadapi oleh Rasulullah SAW.. seberat2 dugaan itu... semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran... dan ianya untuk membawa dan tegakkan ISLAM..

tapi...kita plak?? selalu je mengeluh, marah, kecewa... hanya kerana hal duniawi yg remeh temeh je..

Aku malu pada diri sendiri..


*kalau rajin..korang cari laa Novel Hijrah.. ada jual di mana2 kedai buku kot.. paling nak senang cari.. g kedai buku agama.. InsyaAllah.. ada.. Harganya RM35.00 jerk..

Secara jujur aku katakan.. kalau kita baca betol2.. hayati kisah pengorbanan Rasulullah..
sangat2 memberi kesan dalam diri kita..


@kata hatiku berbicara@

"Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa as-haabihi ajmain"



11 ulasan:

Ujie berkata...

hasil garapan abd latip talib ni mmg menjadi. dia berjaya ubah cerita sejarah jadi cerita yg seolah-olah berlaku dpn mata..hidup.

saya ada satu novel sejarah karya beliau..khalifah2 yg benar. Pun mmg menyentuh rasa..

KhaiRin : anies berkata...

buku ni terbaek!

♥cmª shIemª♥ berkata...

panjang lebar ulasan cik moon..mesti buku ni sangat menyentuh perasaan...tak sabar nk beli..



"Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wa as-haabihi ajmain"

♥ wawawawa ♥ berkata...

mmg nak beli..nti la..hehe..ade baucer buku lebih nie~

kiwi berkata...

nak cari la hihi ^^

Nazayiena berkata...

TQ 4 sharing yea...

AnneRaini berkata...

sy pun suke bace buku biografi Muhammad. Terkesan!

MamaEma berkata...

dah lama tak baca novel ni

ctk berkata...

thank 4 review..nti nk try cari gk :)

Mohd Syahid berkata...

saya sudah memeriksa rujukan asal buku Sirah Ibnu Hisyam versi Arab terbitan Dar al-Khayr, 1993 daripada ms 188 bab perutusan Rasulullah SAW dengan penerimaan wahyu, sehinggalah ke ms 215 berkenaan pengislaman Khadijah dan para sahabat yang awal, radiyallahu anhum ajma’in. Saya juga membandingkan versi Arab ini dengan terjemahan Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam berbahasa Melayu terbitan al-Hidayah , cetakan 2009.

Di dalam kedua-dua versi Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam ini, saya tidak bertemu dengan fakta, mahu pun dialog, seperti yang saya baca di dalam Novel HIJRAH karya Ayahanda Pak Latip yang berbunyi berikut:

“Selepas menerima wahyu itu, Nabi Muhammad bangun dari tempat perbaringan lalu melemparkan selimutnya.

“Tidurlah wahai suamiku. Berehatlah dahulu sehingga keadaanmu pulih sepenuhnya,” kata Khadijah.

“Tidak wahai Khadijah. Masa untuk tidur dan berehat sudah pun habis. Jibril memerintahkan aku supaya memberi peringatan kepada manusia, dan menyeru mereka supaya kembali menyembah Allah. Tetapi siapakah yang hendak aku seru? Siapakah pula yang mahu menyahut seruanku? tanya Nabi Muhammad.”

PERSOALAN.

Apakah ada Nabi sallallaahu alayhi wa sallam bertanya / berkata demikian kepada Khadijah radhiyallahu ‘anha?

Apabila penulis Novel Hijrah menisbahkan dialog itu kepada Nabi Muhammad SAW, jika dialog itu benar, maka ia akan dinilai kekuatannya pada sanad riwayat yang dirujuk. Tetapi jika dialog itu tidak wujud, maka menisbahkan ia kepada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam adalah satu kesalahan.

Jika dalam semua situasi lain ia dinamakan sebagai PENDUSTAAN TERHADAP NABI sallallaahu alayhi wa sallam, maka apakah ia [dihukumkan] harus di dalam industri novel sejarah Islam? - ustaz hasrizal abdul jamil

http://saifulislam.com/

Mohd Syahid berkata...

KENYATAAN RASMI PENGARAH PENERBITAN PTS MENGENAI PANDANGAN BERKENAAN NOVEL HIJRAH KARANGAN TUAN ABDUL LATIP TALIB.

"...Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran PTS Media Group membuat keputusan untuk menarik balik kesemua naskhah buku HIJRAH daripada pasaran. Arahan penarikan sudah dikeluarkan kepada para eksekutif jualan dan tindakan sudah diambil oleh pihak yang berkenaan...."

http://www.facebook.com/fauzulnaim/posts/10151490920933630