Halaman

Khamis, 20 Ogos 2026

Restoran Makan Sedap

2 minggu lepas, time balik umah mak kat KL.. duk bincang dgn adik-adik..

"nak makan malam kat mana?"

haa soalan ni memang susah nau semua nak jawab.hahaha

Yang adik kita sorang boleh plak cakap, jom kita redah makan kat Rembayung

hmm.. malas nak layan ehhhh..

nyampah..hahahaha

sudahnya terus teringat dah lama tak makan ikan bakar dan kerang bakar..

cari punya cari info... jumpa laa satu kedai makan ni kat area setapak

alhamdulillah.. mujur semuanya sedap.. berbaloi laa jugak makan tu.. 

orang pun boleh tahan ramai gak..

Nama kedai makan ni "Makan Sedap"

nasib baik ternyata sedap..

sos dia sedap sangat

sambal ikan bakar pun sedap..
sotong celup tepung pun sedap..

ehhh semua laa sedap..hahaha..

InshaAllah nanti boleh repeat lagi

 

Rabu, 19 Ogos 2026

Rasa Rosz~

Sekali lagi Lunch kat Rasa Rosz
kali ni mun try Grilled Chicken Chop
10/10 
memang sedap sangat ..

portion nampak macam kecik, tapi jenuh juga nak habiskan tu..

biasa gabungan ayam tu dengan mashed potato kan.. tapi kat sini dorang guna mashed pumpkin

sumpahhh sedap giler.. 

Husband pulak makan Nasi Ayam Roasted

sup dia sedappp sangat... lupa plak mun nak ambil gambar.huhu


 

Selasa, 18 Ogos 2026

Bekal Lunch

Baru-baru ni tular kat Thread, tentang seorang lelaki bujang ni letak gambar makan bekal yg mak dia masakkan.. pastu buat caption nanti kalau dah kawen nak wife dia buatkan bekal cekodok..

Ramainya laa yang kecam dia...

Bagi saya laa kan.. ok jer apa yg dia angankan tu..

Rasanya perkara tu normal je.. kenapa orang sampai tahap kata anak emak laa, dan macam-macam lagi ayat yang rasanya tak sesuai untuk saya tulis kat sini.. huhu


Sekali sekala saya pun akan buatkan bekal lunch untuk husband juga..

Datang rajinnya tu, awal laa bangun siapkan bekal..

Datang malasnya tu.. masing-masing tapaw je laa kat luar yer.. 
Bekal bini selalunya tak disertakan dengan nasi.. sebab bini diet makan lauk jer.haha

 

Isnin, 17 Ogos 2026

Box Buah

Alhamdulillah.. sekali lagi cikgu kat seolah mun kerja ni tempah box buah untuk vip.

berkenan sungguh cikgu ni pilih box buah yang sama yer..
hehe

tapi kann... kita tak dan nak bergambar dengan box buah kat dalam dewan.

duk bz uruskan pelajar yang tercicir jawab trial spm kat dalam library.
huhu
 
buahnya kita ikut bajet yang dorang nak.. 
letak bajet murah, maka kita bagi buah yang basic je laa..
tinggi bajet, kita bagi buah yg mahal sket

pagi-pagi sebelum gerak ke sekolah, posing dulu..
dah ada AI ni, edit laa sket bagi background tu nampak menarik

Jumaat, 14 Ogos 2026

Handbag

Lama tak bersiaran.. kesibukan menjadi guru pengawas peperiksaan percubaan spm. memang tak sempat buat kita duduk rehat dengan tenang..

Bila balik kerja tu, selalu laa cik abang ajak makan kat luar jer. bagi bini dia rehat masak.

Cumanya baru-baru ni cik abang ajak shopping sekali..
katanya nak belikan bini dia handbag baru..

woow.. jarang-jarang berlaku ni... 


punya laa tak mau makan nasi, makan megi pun portion besar  macam makan utk 2 org.huhu

inilah handbag yang dibelikan tu.. 
cik abang dah pandai pilih yer..