Halaman

Khamis, 23 Oktober 2025

Camping #13 Lubuk Ghancung, Jelebu

Setiap kali nak pergi camping.. haa konpem bersepah laa ruang makan dan ruang tamu.
kemas dan susun apa yang patut barang keperluan dan makanan yang nak dibawa.


sebelum pergi, kena cas dulu semua bateri kipas dan lampu


Alhamdulillah, buat kali ke-2 kami camping kat Lubuk Ghancung Campsite. Kali pertama kami datang pada tahun 2023. Tahun ni campsite berubah habis.. campsite yang sangat cantik dan sangat selesa. 
kiter loveeee sangat tau...




 


nampak macam cetek je sungainya.. bahagian kiri je nampak cetek. sebenarnya boleh tahan dalam gak sungainya tu.. dan boleh taha deras juga.

sepanjang hari sejuk je.. jarang guna kipas. siap buat unggun api lagi

haa sebelah tapak kami ni ada 2 pokok, ngam laa tu..mmg kami pasang hammock buat husband baring santai-santai

jiran tapak no 2 bagi kami laksa.. Ya Allah sedap sangat tau... 
rupanya acik ni mmg meniaga, dia tukang masak..


menu malam pertama kami. 
Kurma daging, telur goreng dan sambal belacan

Sarapan nasi lemak dan sambal udang kecil

tengah hari kami telur dadar dan hati ayam masak kicap

setiap kali camping, minyak urut, minyak angin mmg benda yg wajib kami bawa. 
tak boleh tinggal.. huhu 

 InshaAllah tahun depan kami akan repeat camping kat sini.. dan bawa family sekali.. kita book 4 tapak terus

Rabu, 22 Oktober 2025

Nippon Sushi Shabuyaki

Balik dari Pangkor, esoknya masuk kerja macam biasa.. walaupun agak letih.. kerja tetap kerja..
nak dijadikan cerita, waktu sarapan dan lunch saya jam 10.30 pagi.
lepas tu bersambung laa jaga budak exam. balik kerja petang baru rasa pedih perut sbb lapar. huhu

Ngam plak husband ajak dinner kat Shabuyaki 
haaa elok bebenor laa kan.. perut pun lapar sgt.. baru laa berbaloi bayar mahal.. haha

beriya angkat henpon nak scan qr haha




 

Selasa, 21 Oktober 2025

Mac & Cheese Zus Coffee

Pertama kali order air dan makanan kat Zus
disebabkan lewat kita lunch.. 
nak keluar sekolah memang tak boleh laa
pilihan yang ada adalah order melalui food panda je la.. 

ok tak nyesal cuba menu ni, sedapp dan pedas
kena dengan tekak kiter..


 

Jumaat, 17 Oktober 2025

Alun Retreat Pangkor

Awal bulan 10 merupakan hari istimewa..
Alhamdulillah genap 10 tahun usia perkahwinan.
dan genap laa usia encik suami yang ke 47 tahun.

Seperti tahun tahun sebelum ni, mun akan buka cadangan nak bercuti kat mana.. 
cuma tahun ni encik suami sendiri yang buka cadangan kata nak repeat bercuti kat Alun Retreat, Pulau Pangkor. Siap request nak kan bilik yang paling HOT kat hotel tu sbb sentiasa menjadi rebutan. 

sebelum sambung perjalanan.. singgah RNR dulu..

Sampai je Pulau Pangkor, kami tinggalkan beg dekat hotel terlebih dahulu. pastu jenjalan dalam pulau.


lepak pantai bogak. kawasan ni tak padat orang. 

Teluk Nipah

pemandangan depan hotel

bilik idaman yang menjadi rebutan. 



tempat wajib kami lunch lauk campur. Hasanah Corner.
sedap dan murah

lepak kat pasir bogak. kawasan ni sangat kurang orang dan tenang sangat.
lokasinya terletak di belakang sek men pangkor

happy besday husbnad.. hehe 

cantik kan.... bagaikan sebuah lukisan


pemandangan dari luar.. 






surprise sempena anniversary.. alhamdulillah..
cuaca sangat baik waktu ni..



breakfast disediakan. nasi lemak mmg sedap.. suka sangat

2x ulang beli air kat sini..sedap...




 

Khamis, 16 Oktober 2025

Seni apakah ini?

Tak tau laa nak gelak ke geram ke nanges ke....

first time tau order air dapat rupa gini... haha

tak pe laa akak terhibur dek non.. 

Laki akak kata : mintakan lidi pencungkil gigi.. biar kita lukis sendiri laa
hahaha

kami bersangka baik, mungkin staff yang sepatutnya buat air ni keluar g rehat kot.. 


 

Rabu, 15 Oktober 2025

Ramyeon

Kononnya nak makan megi je..ringan sket..tak berat sgt berbanding dengan nak makan nasi..

sekali bila sampai... umanggg aiiii besauuuunyer mangkuk..

jenuh nak habiskan haa.... 



 

Jumaat, 3 Oktober 2025

Nasi Kerabu

Bila dah jumpa makanan kegemaran tu... haruslah tanya dulu, solok lada ada ke tak.. 
bagi mun apalah ertinya makan nasi kerabu tanpa solok lada..huhu


yang penting budu tu kasi lebih yer.. haha

 

Khamis, 2 Oktober 2025

Dolly Dim Sum

Punya laa lama teringin nak makan kat Dolly Dim Sum, akhirnya singgah juga kita kan...

semua yg kita order ni sedap.. Boleh repeat lagi tu.. 




Tak de sape nak tolong asingkan taugeh untuk kita... maka laki bini asing sendiri laaa ye..hahahha