Halaman

Isnin, 10 November 2025

Jemputan Penceramah Guru Pembimbing

Baru baru ni ada dapat jemputan dari Cikgu yang mengajar anak-anak PPKI, mereka minta moon jadi Guru Pembimbing untuk ajar subjek Pembungkusan Hadiah. 

Moon dengan rasa berbesar hati menerima jemputan tersebut dan menghargai kepercayaan diberikan untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada anak-anak istimewa ni.

kita bantu cikgu dengan beli bahan2 yang diperlukan untuk kelas nanti

seminggu bersepah kat ruang tamu..huhu

siapkan dulu contoh untuk kita pamerkan dalam kelas nanti

antara contoh yang kita buat, supaya anak-anak dapat gambaran apa yg akan dorang pelajari nanti

bermulalah perjalanan kelas kita



sambung belajar kat dalam kelas pula..ada beberapa pelajar yang perlukan bantuan sepenuhnya.

hasil dari ilmu yang kita ajar. alhamdulillah..
hebat anak-anak istimewa ni

terima kasih cikgu sudi menjemput saya

alhamdulillah..terima kasih atas saguhati dan sijil penghargaan..


@Kata Hatiku Berbicara@

Alahai sekejap je masa berlalu.. rasa macam baru je mula kerja kat sekolah ni..
rupanya dah sampai ke penghujung kontrak dah kita..huhu
Kalau ada rezeki, memang nak sambung kerja kat sekolah ni lagi.. 
dekat sangat dengan rumah. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..