Halaman

Jumaat, 6 November 2026

Rumah makan Perpateh

Malam tadi husband ajak makan malam kat Rumah Makan Perpateh..katanya dah lama tak makan itik salai.

Kebanyakan kedai makan biasa hanya jual lauk salai waktu lunch je.. susah nak dapat kedai makan buka waktu malam..

maka gigih laa kita turun ke Senawang semata nak makan itik salai

Rumah Makan Perpateh ni memang antara tempat makan yang paling kami suka kalau nak makan itik salai..


dulu kedai makan ni berkonsepkan melayu zaman dulu kala.. buka pula lagu P Ramlee.
guna pinggan mangkuk zaman mak pak kita dulu2 tu...

tapi bila dah pindah kedai ni, mereka dah ubah konsep moden.

setiap kali datang sini.. memang tak de lauk lain dah mun nak ambil.. sambal udang petai memang sedap, pedas tu terangkat laa orang kata... 
rezeki malam tadi petai tu meriah dan besar2 saiznya

itik salai yang menjadi kegemaran husband..
rezeki juga sebab isinya tersangat lembut..

Selasa, 3 November 2026

OUM Fun Run-IOI City Mall

Pembukaan bulan november..
alhamdulillah Fun Run yang ke 2 Mun join..

hari sabtu ambil baju dan bib dekat D'puzle Cyberjaya




start & finish depan IOI City Mall.
larian tu sepanjang 5KM 

sampai garisan penamat dapat laa jajan.. 

cantik juga medal ni..

mun punya jarak larian tu terlebih sebab dah tekan awal pastu lepas sampai banyak bergerak ke tempat lain pastu lupa nak tekan stop kat apps Strava.. jadi jarak larian mun dan husband nampak berbeza


Lagi 2 minggu Fun Run PDRM kat Dataran Merdeka pula.. 

Isnin, 2 November 2026

Buah Abiu

3 hari lepas husband bawa balik buah ni. katanya uncle kat tempat keje dia bagi

husband kata buah cina.. bini dia pun percaya laa ye..walaupun pelik ada ke nama buah cina..haha
mun pun buat laa carian.. mujur sekarang kalau google tu search guna gambar

rupanya nama buah ni "Abiu"

mun tanya husband kenapa panggil buah cina?

jawapan dia: sebab uncle cina yang bagi. abang kata laa buah cina

hahaha haaaaiiii laaa laki aku ni.. dia boleh buat lawak ehhh


sedap juga isi buah abiu ni.. 

 

Rabu, 28 Oktober 2026

Beliawanis Fun Run

Alhamdulillah.. selepas episod lutut bengkak dan sakit pinggang.. 
risau juga sebab sakit pinggang ni tak baik lagi.. 

namun alhamdulillah..masa hari Beliawanis Fun Run yang berlangsung kat Eco Majestic Semenyih
mun berjaya tamatkan larian sepanjang 5.4 KM dalam masa 53 minit.

balik je rumah.. memang berurut laa jawabnya..

kita ikut tema batik.. sib baik ada bunga kat rumah ni..haha
boleh laa selit tepi tu

Medal yang kedua..
comeiii...kita suka sangat.. 

 

Isnin, 26 Oktober 2026

Canton Boy-Eco Majestic Lab

Pertama kalinya kita lunch kat Canton Boy..
Tu pun sebab masa hari sabtu tengah hari tu mun nak pegi ambil baju sebab ada masuk fun run.
dorang buka kaunter betul-betul depan canton boy.. haa elok sangat laa tu.. terus singgah lunch kat situ..

penang char kuey tiow tu agak hambar bagi mun.. mungkin sebab tak pedas kot.. bila makan dengan cili api..baru laa naik selera makan tu..
dim sum dia memang sedap giler... lagi sedap dari Dolly Dim Sum 
husband pun kata gitu jugak
Husband makan nasi goreng daging
huiii daging dia lembut sangat..tahap lembut tu memang tak terselit celah gigi

asam boi-serai-lemon-daun pudina
sedap, tapi terasa ber gas yg agak kuat juga laa

egg tart sedap sangat.. lembut gebu tak manis sangat
dalam banyak-banyak kedai yg mun pernah makan egg tart.. yang ni paling sedap


masa mula mula duduk tu..agak pelik sebab staff letak bakul sebelah mun.. 
masalahnya dia tak cakap apa-apa.. haha
yang kita ni dah pelik laa...
rupanya untuk letak beg haha
bagus juga cara ni.. tak de laa kita pangku kat peha atau letak atas meja

 

Khamis, 22 Oktober 2026

Sedap Eatery

Hari sabtu baru ni, kami makan malam kat Sedap Eatery 

Disebabkan kami berdua tak makan nasi waktu tengah hari.. memasing rasa lapor sangat dah tu.. haha
kami order laa menu masakan kampung kat sini.. 

mujur laa sedap masakan kat sini.. 

lurrvveee sangat terung balado tu..sedap...

nasib baik sedap.. sesuai laa dengan nama kedai ni.. kalau tak memang kena bahan laa jawabnya..
hahaha...


dah lupa air apa yg mun order ni..huhuhu
tapi memang sedap..rasa berlemak gitu

ehhh selit juga laa citer pasal pizza ni..
hari ahad pula kami makan tengah hari jam 3.30pm
sanggup dari Mantin ke Pantai semata nak makan pizza ukhwah ni

dia punya roti..huiiii lembut yang teramat laa.. dah banyak tempat mun try pizza, ternyata yg kat sini laa paling sedap, lembut, gebu...




 

Rabu, 21 Oktober 2026

Santara-Menu masakan kampung

Buat pertama kalinya Mun datang ke Hospital UITM. Tak pasti laa pulak hospital ni masih baru atau sudah lama beroperasi.. kalau lihat dari dalam macam hospital baru.

Dapat masuk pun sebab nak g melawat Mak Sedara sakit.. 


waktu ni mak sedara ada dalam icu.. alhamdulillah, sekarang dah dipindahkan ke wad biasa

balik dari hospital, mun bawa mak dan mak teh lunch kat area puncak alam..
menggoda sunguh air ni..
mun order air bunga telang..
macam minum cendol je rasanya..
sebab ada santan dan gula melaka.. bunga telang tu rasa kosong je..

alhamdulilah.. sedap sungguh menu masakan kampung kat sini.. semua lulus kat tekak kami.


cantik deco dalam kedai makan ni. ada 2 tingkat. kalau penuh kat bahagian bawah, boleh naik lif kat tingkat atas

comel tel antik ni. letak kat depan kaunter pembayaran



 

Selasa, 20 Oktober 2026

Ujian Akhir Tahun Persekolahan

Bila dah masuk hujung tahun ni, nak pulak pelajar akan mula menduduki Ujian Akhir Tahun.. Maka, bermula laa episod kita pulun photostat kertas soalan peperiksaan..


terima kasih atas keprihatinan Cikgu Athirah.. tengah kita kalut buat kerja, tau tau jer cikgu kimia ni mai anta air tin sejuk.. buat segar mata katanya..

keesokan harinya pula Cikgu Aisyah pula mai anta air mixue letak atas meja..
Lusanya pula, datang Cikgu Shikin duk bagitau..
"saya nak belanja kak mun makan,, tapi tak tau nak belikan apa.. sebab saya tau akak tengah diet kann"

alahaiii..nape semua cikgu sekolah ni baik belaka, bermurah hati sangat ni..

hmm..tinggal lagi 40 hari je kontrak kita kat sekolah ni..
tak tau laa KPM akan sambung lagi ke tak jawatan Pembantu Guru kat sekolah menengah ni... 




dalam kesibukan menguruskan kertas soalan exam, waktu ni laa pula demam.huhu
tekak ni tak de selera nak makan.. jadi tapaw laa bubur. dapat makan panas2 nikmat sungguh

makan malam pun sama..repeat bubur

habis je demam, lutut pula bengkak beserta sakit pinggang..
gara gara salah step masa angkat kotak kertas a4
maka mendodoi menahan kesakitan laa kita beberapa hari ni..

 Mujur laa juga sepanjang tempoh demam tu, sekolah cuti sebab jerebu.. jadi dapat laa buat keje dengan tenang dan tak serabut.. kerja pun half day jer.. 

Selasa, 6 Oktober 2026

Birthday & Anniversary

Dua minggu yang lepas husband suruh booking tempat lunch special untuk tarikh 4 Okt

Sesungguhnya.. bini dia ni benar-benar terlupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan kami..

Kebiasaannya Mun yang akan pikir dan cari tempat untuk kami sambut ulang tahun.

Tapi tahun ni boleh pulak mun terlupa..

Disebabkan ahad baru ni ada Marathon KLSCM dan hampir keseluruhan bandar KL tutup jalan sehingga jam 11 pagi..

Kami tiada pilihan terpaksa laa naik MRT Kajang dan turun di Bukit Bintang dan buat pertukaran ke Monorail Bukit Nanas dan kemudiannya kami naik Grab ke Menara KL

punya laa bertahun tak naik semua jenis transport awam ni.. mujur laa tak kekok sangat

sebab semua tu pengalaman yg mun dah biasa sepanjang pernah menetap dan bekerja di KL dulu 

birthday boy kiter


jerebu masih tebal
jadi sakit mata nak tengok pemandangan sekitar KL

kasi zooom sampai habis

5 tahun yang lepas kami pernah celebrate anniversary kat sini.. masa tu nama restoran ni Atmosphere 360 kalau tak silap laa.
sekarang ni dah bertukar syarikat dan nama restoran

sungguh mengoda kan tengok dissert.. tapi tu laa.. kita ni jenis cut sugar.. maka pilih dessert yang benar-benar teringin nak rasa je..


suka sangat mushroom soup dia..pekat gitu


happy birthday suami kiter..
dan selamat ulang tahun perkahwinan kami yang ke 11 tahun

memasing perut dah terik.. nak melangkah ke train pun kemain slow yer..haha

auto teringat citer Train To Busan.hahaha

Alhamdulillah untuk tahun yang ke 11.. semoga suatu hari nanti Allah akan perkenankan doa kami yang dah lama kami harapkan untuk melengkapkan keluarga kecil kami..


Jumaat, 2 Oktober 2026

Pengalaman tebar roti canai

Hari ni kat sekolah tempat mun kerja ni mengadakan Hari Koperasi..

Maka itu adalah hari untuk Mun enjoy beli makanan sepuasnya..haha

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan, antaranya pertandingan tebar roti canai dan teh tarik

Asalnya mun nak pergi menyaksikan pertandingan yang pelajar-pelajar ni masuk jer

Sudahnya ada Cikgu duk pujuk suruh masuk.. katanya kita enjoy enjoy jerr..

Mun guna alasan kupon dah habis guna..haha
Sekali cikgunya belanja 1 kupon suruh kita masuk juga..

Ok laaa kita sahut cabaran..


Dapat laa merasa pengalaman yang pertama dalam menebar roti canai

tangan ni keras, tak lembut.. haha