Rabu, 22 September 2021

Royale Chulan Cherating Villa

 Assalamualaikum...

Hari ni MUN nak buat review  sket.. Last year, MUN sempat la jugak bercuti sebelum negara kita mengalami krisis COVID 19 yg melibatkan seluruh dunia..

Awalnya tu, plan asal nak bercuti kat Terengganu.. Duyung Marina & Resort. Masa ni dah siap buat survey dan minta quotation untuk pakej Honeymoon.

Dalam masa sama, masih juga mencari pakej honeymoon kat tempat lain..

dan...jeng jeng jeng.... akhirnya MUN dapat cari 1 tempat bercuti yg lagi best.. (ehh bukan Duyung Marina & Resort tak best tau... 1 day InshaAllah, memang plan nak bercuti kat sana nanti)

Dah buat survey, pasal Royale Chulan Cherating.. untuk pengetahuan korang, Royale Chulan Cherating ni ada 2 tau..

1. Royale Chulan Cherating Chalet

2. Royale Chulan Cherating Villa

Tempat yg mun pilih, >>> Royale Chulan Cherating Villa..

Semua perancangan untuk Honeymoon ni, MUN yg aturkan..

Sebelum kami bercuti ke Royale Chulan Cherating Villa, tempat pertama kami singgah ialah Kuantan, kami decide untuk stay 1 night kat Pekan Kuantan. Masa ni, dapat laa jumpa sahabat lama masa zaman belajar dulu.. dan dalam masa sama dapat laa serahkan Reward untuk Dropship saya..

(gambar tak jumpa dah weiiii) ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข


Sebelum nak Check In, sampai je kat depan pagar masuk, Staff bahagian Security akan check list nama terdahulu.. sebutkan nama dan no ic, mereka akan check dgn staff dekat bahagian check in.. Jika confirm ada nama kita, barulah Security Guard bagi masuk.. ( saya booking bilik melalui website hotel)

Tempat parking kereta, dekat dengan Security Guard dan dalam pagar hotel. jadi jangan risau tentang kenderaan korang tau.. InshaAllah selamat..

dan korang akan dijemput dengan menaiki buggy.. korang jangan berangan nak jalan kaki ke Lobby, semput ooiii.. haha ๐Ÿ˜‚ dan yang paling bestnya ialah.. tak sampai 5 minit kitorang parking, buggy dah sampai depan kereta kitorang nak jemput kami.. weiii, dah laa kami ni jenis tak suka orang menunggu kita. tetiba rasa kalut nak keluarkan beg kami.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

royale chulan cherating villa 1

Proses Check In sangat laaa smooth... dan pihak hotel tak amek deposit..

lobby royale chulan cherating villa


Bilik kami untuk 3 hari 2 malam



ocean suite royale chulan cherating villa
Bilik kami ni, betul-betul depan swimming pool budak


Untungnya kami walaupun bilik berdepan dengan pool budak, time kami bercuti ni, hari bekerja... jadi pengunjung memang tak ramai.. dan suasana agak tenang..


gambar ni diambil dari dalam bilik kami

lepas letak beg dalam bilik, kami terus ambil peluang untuk jenjalan dan bergambar sakan sementara tak de orang ni kan..

dah mcm kat oversea tak? view mmg cantik sangat


disebabkan tak de orang kat sini.. maka, pool ni kami yang punya.muahaha ๐Ÿ˜






husband Mun bz duk keringkan GoPro.. esoknya nak sambung berendam katanya.๐Ÿ˜…

Untuk makluman, Pakej yg saya ambil ni dah termasuk dengan Breakfast & Dinner tau.. Makanya, kami tak perlu laa keluar untuk g cari makan malam.. 







Makanan kat sini semua sedap weiii.. 9/10 Mun bagi tau... 

Dari Breakfast, Lunch & Dinner.. memang semua super sedappp...

ni laa bilik kami, Ocean Suite

Hari Kedua kami kat sini, sebelum nak gerak g breakfast, call dulu utk request buggy.. nak jalan kaki tu boleh... tapi menapak laa ko nak naik bukit tu haa.. ๐Ÿ˜‚ tak kuasa akak dek non.... haha.. time tunggu buggy pun tak lama tau..kejap je dah sampai..





xtvt hari kedua..berendam dlm pool sampai kecut jari..haha

tengah hari plak..kita berjemur kat tengah2.. duk sakan bergambar..buat video ala ala romantik gtuwww



Waktu Lunch, tak de dalam pakej ye.. kami malas nak cari makan kat luar.. kami Lunch kat sini jer.. senang.. malas nak pikir makan kat mana ๐Ÿ˜‚










Dinner hari kedua.. 

Hari kedua Dinner, masa ni agak lama juga nak tunggu makanan sampai, sebab kebetulan ada 1 group ni agak ramai.. rasanya Company Trip kot.. ada laa dalam 15-20 orang gitu.. Makanan yg lambat sampai tu husband Mun punya.. tapi air yang diganti baru, air Mun...๐Ÿ˜‚ pun boleeehhh haha... 

last day breakfast




Last Day kami kat Royale Chulan Cherating Villa, proses nak Check Out pun senang jer.. just serahkan kunci.. sebab tak de deposit kan.. dan buggy pun dah sedia menunggu kami untuk hantar ke kereta.


@Kata Hatiku Berbicara@

Bahagia dengan cara kita.. 

1 ulasan:

SalbiahM berkata...

wah...seronoknya. boleh masuk tempat ni dalam wishlist. seronok gi bercuti hari bekerja, orang tak ramai. saya suka pool luas macam tu