Halaman

Khamis, 31 Julai 2025

Tanah Aina Farrah Soraya

Tanah Aina Farrah Soraya ni dah lama ada dalam wish list mun untuk bercuti sejak tahun 2014 lagi. 
Uii tu zaman bujang tu.. haha
kesudahannya dah 10 tahun kawen baru laa pergi ehh..huhu

Tarikh kami bercuti kat sini sepatutnya 24-26 August 2024.
Tapi disebabkan husband mun masih dalam icu dan ditidurkan. Terpaksalah mun pm tepi pihak resort untuk tunda percutian kami..
Alhamdulillah pihak resort sangat bermurah hati untuk tidak batalkan tempahan kami walaupun ianya saat akhir.

maka kami set semula tarikh selepas husband betul-betul pulih sepenuhnya.

semangat cik abang sebab dah lama x bercuti

kami pilih bilik pegaga

Untuk pengetahuan korang, setiap bilik kat sini tandasnya di luar yer.. haha kepada yang penakut nak g tandas tengah malam tu.. jangan risau, inshaAllah tak ada apa berlaku... 
sebabnya mun pun jenis penakut gak.. tapi semuanya ok je.. tak jauh pun tandas dengan bilik kita. dekat sangat.. dan memang terang benderang dengan cahaya lampu..



depan bilik kami ada tangga boleh terus masuk ke sungai


ruang rehat untuk santai santai. boleh tengok tv atau baca buku


ada banyak permainan yg disediakan untuk pengunjung. 


   
penuh dengan cahaya lampu


yang paling mun suka kat sini ialah makan dengan penuh ketenangan.. 


pengat durian sedap giler.. berulang ulang kami makan

hari pertama dan kedua hanya kami berdua je yang bercuti kat dalam resort ni. jadinya makanan kami dihidangkan seperti begini.


malam kedua kami barulah ramai orang. makanan dihidangkan secara buffet

depan lobby resort

kenderaan yg digunakan untuk ambil dan hantar kami ke bawah. jalannya tak sesuai untuk kenderaan biasa.
hasil hiking dalam 15 minit dapat view yang sangat indah.



kat sini pakejnya dah termasuk dengan makan dan minum beserta dengan aktiviti jungle trekking. rugilah kalau kita tak join kan... seronok sangat.

Keselamatan kat sini sangat terjamin, staff resort memang jaga kami dengan sangat baik. sepanjang kami redah ke sungai, keselamatan kami sangat terjaga. 

mereka juga ada rakam gambar dan video kita sepanjang jungle trekking. kita boleh beli dengan mereka sebelum check out.  

Nak tengok video penuh sepanjang Mun kat sana boleh laa klik link Tanah Aina ni. 
Untuk lihat video kami sepanjang JungleTrekking  kat sini plak.

Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Tanah Aina Fareena Cafe yang berada di lebuh raya karak. Ramai yg bg review makanan kat situ sedap. haruslah kita cuba kan..
ternyata memang sedap.. 

mun pilih nasi goreng.. 

husband pilih nasi arab. dessert pula mun pilih durian goreng.. huuii memang sedap sangat

gambar terakhir sebelum kita meneruskan perjalanan pulang ke negeri sembilan

@Kata Hatiku Berbicara@

Secara keseluruhannya percutian kat sini mun bagi markah penuh sampai melimpah hahaha
sebabnya tersangat best yer.. 

kalau korang sukakan ketenangan, sukakan kesunyian, yang benar benar nak rileks.. tak kisah dengan dunia luar.. sinilah tempat yang harus korang tuju.. (lupa nak bagitau, kat sini tak dak line internet)  hehe

Rabu, 30 Julai 2025

GSC Premiere

Kebiasaan bagi Mun & hubby, kalau kami nak tengok wayang tu, dah jarang pilih seat biasa. 
Kami akan pilih premiere. Melainkan kalau citer yg kami nak tengok tu memang dah tak ada dalam premiere.

Bagi sesetengah orang, mungkin tak tahu apa itu premiere. 
Untuk mereka yang dah biasa tonton wayang kat GSC, boleh je klik kat apps ada beberapa pilihan experiences seperti 2D, 3D, Aurum, Velvet, 4DX, Premiere 

Macam mun suka pilih premiere. tapi tu laa tak semua cerita ada.. hanya cerita tertentu sahaja..

Untuk kami, tak tahu laa dah kali berapa.. memang suka ajer laa..

walaupun harganya agak sedikit mahal dari seat biasa yg kita beli (2D)
tapi bagi mun sangat berbaloi. 

Harga tiketnya pula sedikit berbeza mengikut tempat. 
Macam mun selalu pergi kat IOI City Mall 
anggaran harga RM55.00/seat 
harga tersebut dah termasuk dengan 1 set makan dan minum.
Bagi Mun sangat berbaloi tau..

Kenapa mun kata berbaloi? 
Mun pernah beli tiket biasa beserta dengan makanan dan minuman.. Harganya lebih kurang RM46.00
tempat duduk biasa je laa kan.. 

Kalau premiere pula kita dapat tonton dengan sangat selesa, tempat duduk yang luas, makanan tak payah susah-susah kita nak pegang sentiasa. siap ada meja kecil lagi.
ada port usb untuk kita charge handphone, boleh lunjurkan kaki kat sofa macam atas katil.
Dapat layanan VIP, makanan dan minuman kita akan dihantar sebelum tayangan bermula.
Seperti VIP, ada ruang menunggu, boleh main dart dan snooker dan tandas pun mcm tandas VIP.

Ruang menunggu. Khas untuk pelanggan premiere

sofa yang sangat selesa.

 

@Kata Hatiku Berbicara@

Berbaloi atau tidak, untuk couple macam kami ni sangat berbaloi laa.. 

Selasa, 29 Julai 2025

Si Comot Penjaga Kelas

Bila sekolah ni sangat luas dan banyak bangunan, maka melilau laa kita mencari kelas.. 
kebetulan pula kita kena meronda dan periksa setiap kelas sama ada mereka ada buat keceriaan ke tidak.
Nak dijadikan ceritanya... sampai kat tingkat atas, ternampak laa si comot sekor ni.
Mun tanya comot : Kelas 4 Sains 1 kat mana?
Comot terus mengiaw dan tunjuk arah bawa ke kelas..
dan iyerr... memang betul tu kelas 4 Sains 1 ye.. 



 @Kata Hatiku Berbicara@

Terkadang tu rasa nak dukung dan gomol-gomolkan ajer kucing ni tau... manja sangat
tapi apa kan daya, sejak beberapa tahun kebelakangan ni Mun dah mula alergic dengan bulu kucing.
kalau disentuh atau bulunya melekat kat pakaian atau dalam rumah ada bulu kucing yg beterbangan tu... jawabnya muka ni akan gatal-gatal dan naik bengkak. 

Isnin, 28 Julai 2025

Pengalaman bermakna bersama anak anak prasekolah

Nak simpan sini pengalaman saya menjadi Pembantu Pengurusan Murid PraSekolah selama sebulan. 

Pertama kalinya saya bekerja dalam bidang pendidikan. 
Pada awalnya agak ragu² laa juga nak terima jawatan ni. 
Tapi disebabkan kita ni memang suka je benda yg baru ni, terima dahulu baru rasa menyesal. hahaha
tak ada laa menyesal mana pun. kita ok jer..

menu pertama yg kita masak untuk anak-anak pra. 

Alhamdulillah...habis licin anak anak ni makan. 



anak yg paling lasak ni laa yg paling mama mun sayang.. bijak dan kreatif anak ni

kesukaan anak-anak


macam-macam program dijalankan kat sekolah


mengajar anak-anak ni bukan mudah ye.. memang tabik spring kat cikgu-cikgu prasekolah. 


barisan guru dan ppm pra

anak-anak pra bukhari





@Kata Hatiku Berbicara@

Alhamdulillah, sebulan yg bermakna buat mun. Banyak sungguh pengalaman walaupun sebulan sahaja berkhidmat kat situ. Bila terasa rindu dengan anak-anak pra ni, mun akan ajak husband singgah pasar malam. ada rezeki dapat laa terserempak dengan anak-anak pra.. 

Khamis, 24 Julai 2025

Kajol Malaysia

Buat pertama kalinya dapat join majlis sekolah yang ada tema bollywood..
huuiii excited kiter dibuatnya.. 
kemain siap pegi beli baju ikut tema, pakai inai lukis. haha

Al maklum laa.. teringat masa zaman muda-muda dulu, memang suka sangat tengok citer hindustan. 
Pernah laa juga berangan nak pakai baju ala ala bollywood tu. 
Bila dapat peluang macam ni, dah tentu laa tak nak lepaskan peluang yang ada.

Majlis yang berlangsung waktu tu kami meraikan Hari Persaraan Pengetua Sekolah kami. 


Berangan jadi kajol..




 @Kata Hatiku Berbicara@

time ni laa nak berangan jadi Kajol.. hahaha