Kebiasaan bagi Mun & hubby, kalau kami nak tengok wayang tu, dah jarang pilih seat biasa.
Kami akan pilih premiere. Melainkan kalau citer yg kami nak tengok tu memang dah tak ada dalam premiere.
Bagi sesetengah orang, mungkin tak tahu apa itu premiere.
Untuk mereka yang dah biasa tonton wayang kat GSC, boleh je klik kat apps ada beberapa pilihan experiences seperti 2D, 3D, Aurum, Velvet, 4DX, Premiere
Macam mun suka pilih premiere. tapi tu laa tak semua cerita ada.. hanya cerita tertentu sahaja..
Untuk kami, tak tahu laa dah kali berapa.. memang suka ajer laa..
walaupun harganya agak sedikit mahal dari seat biasa yg kita beli (2D)
tapi bagi mun sangat berbaloi.
Harga tiketnya pula sedikit berbeza mengikut tempat.
Macam mun selalu pergi kat IOI City Mall
anggaran harga RM55.00/seat
harga tersebut dah termasuk dengan 1 set makan dan minum.
Bagi Mun sangat berbaloi tau..
Kenapa mun kata berbaloi?
Mun pernah beli tiket biasa beserta dengan makanan dan minuman.. Harganya lebih kurang RM46.00
tempat duduk biasa je laa kan..
Kalau premiere pula kita dapat tonton dengan sangat selesa, tempat duduk yang luas, makanan tak payah susah-susah kita nak pegang sentiasa. siap ada meja kecil lagi.
ada port usb untuk kita charge handphone, boleh lunjurkan kaki kat sofa macam atas katil.
Dapat layanan VIP, makanan dan minuman kita akan dihantar sebelum tayangan bermula.
Seperti VIP, ada ruang menunggu, boleh main dart dan snooker dan tandas pun mcm tandas VIP.
![]() |
Ruang menunggu. Khas untuk pelanggan premiere |
![]() |
sofa yang sangat selesa. |
@Kata Hatiku Berbicara@
Berbaloi atau tidak, untuk couple macam kami ni sangat berbaloi laa..
wahhh best nya, tak pernah lagi order seat premier...macam ni rupa keadaan nya memang berbaloi...
BalasPadamsalam kenal dari new follower, jemput singgah di teratak yang tidak seberapa
terima kasih sudi follow dan tinggalkan jejak
Padamnice =)
BalasPadamwahh menarik ni! boleh try nanti...cuma me family of 5, maunya dekat2 RM300 jugakk hahahha
BalasPadam