Tanah Aina Farrah Soraya ni dah lama ada dalam wish list mun untuk bercuti sejak tahun 2014 lagi.
Uii tu zaman bujang tu.. haha
kesudahannya dah 10 tahun kawen baru laa pergi ehh..huhu
Tarikh kami bercuti kat sini sepatutnya 24-26 August 2024.
Tapi disebabkan husband mun masih dalam icu dan ditidurkan. Terpaksalah mun pm tepi pihak resort untuk tunda percutian kami..
Alhamdulillah pihak resort sangat bermurah hati untuk tidak batalkan tempahan kami walaupun ianya saat akhir.
maka kami set semula tarikh selepas husband betul-betul pulih sepenuhnya.
![]() |
kami pilih bilik pegaga |
Untuk pengetahuan korang, setiap bilik kat sini tandasnya di luar yer.. haha kepada yang penakut nak g tandas tengah malam tu.. jangan risau, inshaAllah tak ada apa berlaku...
sebabnya mun pun jenis penakut gak.. tapi semuanya ok je.. tak jauh pun tandas dengan bilik kita. dekat sangat.. dan memang terang benderang dengan cahaya lampu..
![]() |
depan bilik kami ada tangga boleh terus masuk ke sungai |
![]() |
ruang rehat untuk santai santai. boleh tengok tv atau baca buku |
![]() |
ada banyak permainan yg disediakan untuk pengunjung. |
![]() |
penuh dengan cahaya lampu |
![]() |
yang paling mun suka kat sini ialah makan dengan penuh ketenangan.. |
![]() |
pengat durian sedap giler.. berulang ulang kami makan |
![]() |
hari pertama dan kedua hanya kami berdua je yang bercuti kat dalam resort ni. jadinya makanan kami dihidangkan seperti begini. |
![]() |
malam kedua kami barulah ramai orang. makanan dihidangkan secara buffet |
![]() |
depan lobby resort |
![]() |
kenderaan yg digunakan untuk ambil dan hantar kami ke bawah. jalannya tak sesuai untuk kenderaan biasa. |
![]() |
hasil hiking dalam 15 minit dapat view yang sangat indah. |
kat sini pakejnya dah termasuk dengan makan dan minum beserta dengan aktiviti jungle trekking. rugilah kalau kita tak join kan... seronok sangat.
Keselamatan kat sini sangat terjamin, staff resort memang jaga kami dengan sangat baik. sepanjang kami redah ke sungai, keselamatan kami sangat terjaga.
mereka juga ada rakam gambar dan video kita sepanjang jungle trekking. kita boleh beli dengan mereka sebelum check out.
Nak tengok video penuh sepanjang Mun kat sana boleh laa klik link Tanah Aina ni.
Untuk lihat video kami sepanjang JungleTrekking kat sini plak.
Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Tanah Aina Fareena Cafe yang berada di lebuh raya karak. Ramai yg bg review makanan kat situ sedap. haruslah kita cuba kan..
ternyata memang sedap..
![]() |
mun pilih nasi goreng.. |
![]() |
husband pilih nasi arab. dessert pula mun pilih durian goreng.. huuii memang sedap sangat |
![]() |
gambar terakhir sebelum kita meneruskan perjalanan pulang ke negeri sembilan |
@Kata Hatiku Berbicara@
Secara keseluruhannya percutian kat sini mun bagi markah penuh sampai melimpah hahaha
sebabnya tersangat best yer..
kalau korang sukakan ketenangan, sukakan kesunyian, yang benar benar nak rileks.. tak kisah dengan dunia luar.. sinilah tempat yang harus korang tuju.. (lupa nak bagitau, kat sini tak dak line internet) hehe
Wahhhh..best betul nih...Nyaris2 booking dgn bos ofis...Skali big big bos ofis xmo nature...Nak lain plk =)
BalasPadamuii rugi laa bos x mau plak..
Padamuishhh bosa beg.. ini baru boto hihihi
BalasPadamhaha bawa 1 beg besar. senang, x payah byk beg
PadamMenariknya Mun!
BalasPadamTrekking dan hiking tu bestnya!
menarik sgt. pakej lengkap aktiviti lasak
PadamMenarik sebab menikmati keindahan alam semula jadi..aktiviti pun best sangat...nanti Mun share contact Tanah Aina gak boleh? mana tau SA nak anniversary plak kat situ
BalasPadamok SA. nanti mun kongsi kat dalam entry seterusnya ye..
PadamDalam beg pack tu macam ada orang je? Macam nak duduk sebulan!
BalasPadambeg untuk 2 orang.. haha sebab tu besar. semua kami sumbat dlm beg tu..
PadamMemang betul² tenang..takde Line internet...
BalasPadamhaha tiada gangguan luar.. baru betul tenang. hal keje pun org tak dapat nak kaco dah
Padamback to the nature sgt!! besttt
BalasPadammemang syok niiiiii
BalasPadamlari daripada kesibukan bandar...
menu yg disediakan nampak sedap dan menarik...
kalau tgk gmbr2 ni sy rs mcm better drpd rumah hutan bonda rozita tu...