Halaman

Selasa, 18 Ogos 2026

Bekal Lunch

Baru-baru ni tular kat Thread, tentang seorang lelaki bujang ni letak gambar makan bekal yg mak dia masakkan.. pastu buat caption nanti kalau dah kawen nak wife dia buatkan bekal cekodok..

Ramainya laa yang kecam dia...

Bagi saya laa kan.. ok jer apa yg dia angankan tu..

Rasanya perkara tu normal je.. kenapa orang sampai tahap kata anak emak laa, dan macam-macam lagi ayat yang rasanya tak sesuai untuk saya tulis kat sini.. huhu


Sekali sekala saya pun akan buatkan bekal lunch untuk husband juga..

Datang rajinnya tu, awal laa bangun siapkan bekal..

Datang malasnya tu.. masing-masing tapaw je laa kat luar yer.. 
Bekal bini selalunya tak disertakan dengan nasi.. sebab bini diet makan lauk jer.haha

 

14 ulasan:

  1. Same here. Ada masa rajin buatkan..Dtg cik M. Memasing pun tapau je =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn..datang M tu hmm makan luar atau tapaw je laa kan

      Padam
  2. Biasa je kan nak mengidam masakan isteri? Netizen kadang terlebih emo. Bagi saya comel je simple wish cekodok tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn..sebenarnya comel je bila dia wish gitu..

      Padam
  3. kecaman tak masuk akal kadnag tu.. hihihi..
    linda ok je, tapi suka masak sebab diri sendiri nak bawa bekal.. husband selalu balik tengah hari akan makan.. kalau tak sempat balik tengah hari, petang balik rumah tu.. dia terus makan... itu cerita dulu la..
    sekarang takde dah, sebab dia tak kerja dah.. hihihi

    BalasPadam
  4. ngidam masakan dari rumah tu biasa je kan? ke..memang ada orang jenis dapur memang tak berasap langsung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann...biasa je tu kalau ngidam masakan rumah..

      Padam
  5. best sgt dpt bwk bekal! waaa bestnya u diet mkn lauk ajerlah tu yer

    BalasPadam
  6. akak bekalkan apa je suami makan je...cuma satu je la..dia suka guna bekas pakai buang dari bekas bekal yg kita beli special kan....geram aje tau

    BalasPadam
  7. itu impian lelaki itu...tapi kalau ada isteri nanti nak bawa bekal (dan isteri tu bekerja) silalah bersama-sama isteri tu bantu dia prep awal ye. Jangan ko tau nak tadah tangan je mintak bekal

    BalasPadam
  8. Bagus what kalau lelaki nak bawa bekal pi kerja.. kat situ tahu mcm mana dia uruskan diri dan duit.

    BalasPadam

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..