Halaman

Isnin, 28 Julai 2025

Pengalaman bermakna bersama anak anak prasekolah

Nak simpan sini pengalaman saya menjadi Pembantu Pengurusan Murid PraSekolah selama sebulan. 

Pertama kalinya saya bekerja dalam bidang pendidikan. 
Pada awalnya agak ragu² laa juga nak terima jawatan ni. 
Tapi disebabkan kita ni memang suka je benda yg baru ni, terima dahulu baru rasa menyesal. hahaha
tak ada laa menyesal mana pun. kita ok jer..

menu pertama yg kita masak untuk anak-anak pra. 

Alhamdulillah...habis licin anak anak ni makan. 



anak yg paling lasak ni laa yg paling mama mun sayang.. bijak dan kreatif anak ni

kesukaan anak-anak


macam-macam program dijalankan kat sekolah


mengajar anak-anak ni bukan mudah ye.. memang tabik spring kat cikgu-cikgu prasekolah. 


barisan guru dan ppm pra

anak-anak pra bukhari





@Kata Hatiku Berbicara@

Alhamdulillah, sebulan yg bermakna buat mun. Banyak sungguh pengalaman walaupun sebulan sahaja berkhidmat kat situ. Bila terasa rindu dengan anak-anak pra ni, mun akan ajak husband singgah pasar malam. ada rezeki dapat laa terserempak dengan anak-anak pra.. 

Khamis, 24 Julai 2025

Kajol Malaysia

Buat pertama kalinya dapat join majlis sekolah yang ada tema bollywood..
huuiii excited kiter dibuatnya.. 
kemain siap pegi beli baju ikut tema, pakai inai lukis. haha

Al maklum laa.. teringat masa zaman muda-muda dulu, memang suka sangat tengok citer hindustan. 
Pernah laa juga berangan nak pakai baju ala ala bollywood tu. 
Bila dapat peluang macam ni, dah tentu laa tak nak lepaskan peluang yang ada.

Majlis yang berlangsung waktu tu kami meraikan Hari Persaraan Pengetua Sekolah kami. 


Berangan jadi kajol..




 @Kata Hatiku Berbicara@

time ni laa nak berangan jadi Kajol.. hahaha

Rabu, 23 Julai 2025

Hari Sukan Sekolah

Dulu kan masa zaman sekolah, hmm mana mau nyer laa kita terlibat dengan sukan.. masuk acara pun sebab terpaksa.. hahaha

Tapi disebabkan kerja, ehh tetiba suka plak nak terlibatkan diri.. mana tak nyer.. dapat pulak jadi Hakim kan... memang itu laa yang kita suka.. kah kah.. 

Pastu seronok tengok gelagat anak-anak murid yang masuk acara.. macam-macam ragam dorang ni. akalnya pun panjang 

anak-anak form 6 - yg bantu Hakim tangkap pemenang olahraga Lelaki

anak-anak form 6 yg bantu tangkap pemenang olahraga Perempuan

Kiter sebagai Hakim yg duk rileks kat garisan penamat. wajib ambil video sebagai bukti terutamanya peserta lelaki. laju giler budak-budak ni lari ye..semua jarak dekat-dekat. memang kena fokus betul-betul

cantikkan pemandangan bukit. waktu ni baru lepas hujan.. cuaca pun redup je sepanjang hari kami bersukan.. 

@Kata Hatiku Berbicara@

Garing kulit kiter duk berjemur kat padang.. huhu 

merasa laa kiter jadi Hakim bagi acara Lempar Cakera, Lontar Peluru dan Hakim Penangkap Pemenang bagi olahraga (akhir)


Family Day-Bidara Beach Village

Lama sungguh laa tak update blog.. nampak gayanya memang setahun sekali je kot kita update yer.. hehe

Baru-baru ni Mun dan family bercuti ke Melaka.. pada awalnya kami buat rancangan nak ke Terengganu.

Tapi kami cancel sebabnya dapat tau sepupu kami akan buat majlis kawen kat Melaka. Jadinya percutian ke Terengganu bertukar ke percutian ke Melaka.

Mujur laa Mun & Husband sejak kebelakangan ni kerap bercuti ke Melaka. Jadinya kami ada laa survey chalet/homestay yang ada sekitar Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Ngam plak tarikh tu memang ada kekosongan kat Bidara Beach Village. Dapat laa kami booking 2 buah homestay. Yang penting kena ada swimming pool untuk anak-anak berendam. 

Dapat juga kami buat BBQ, Sukaneka & cabutan bertuah.


benda yg wajib mak sedara buat.. berperang dgn anak-anak buah.haha

xtvt yg paling anak-anak suka



Tahniah cousin 




@Kata Hatiku Berbicara@

Kalau sahabat saya bernama Azira ada baca post mun yg ini, berharap Azira tinggalkan no tel kat ruang komen ye. Nanti mun hide komen tersebut... 


Selasa, 3 Disember 2024

Husband masuk ICU

 Kisah yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat.. 

Pengalaman husband demam on off, sakit kepala, muntah² teruk sehingga akhirnya dimasukkan ke dalam ICU, intubate selama 10 hari sebab keadaan husband semakin teruk. Kuman dah merebak ke hati, jantung, paru-paru serta buah pinggang..

Hanya Allah sahaja yang tau betapa takutnya kita waktu tu, kaki rasa tak jejak ke tanah.. takut kehilangan dia..

Setiap kali waktu melawat, hati jadi sayu tengok badan husband penuh wayar.

Tak ingat hari ke berapa, doctor ada bagi husband sedar.. tapi doctor terpaksa naikkan dos ubat tidur bagi dia rehat semula sebab oksigen dia terus drop..

Waktu ni kat KK. Botol kedua masuk air. Doc dah bagitau nak hantar ke emergency HTJ

Dalam kecemasan, waktu ni doc dah panggil bagitau nak intubate dan masuk ke icu sebab keadaan dah semakin merosot.

Waktu ni jam 2 pagi, selesai urusan husband masuk dlm icu, doc suruh balik, sebab tak boleh jaga/tunggu kat icu. 
Lama duk tunggu dalam kereta, tak boleh nak drive dalam keadaan menangis.

Hari ke 8 husband dalam icu, genap 10 tahun pertemuan kami yg pertama yg membawa kepada perkahwinan ke 9 tahun.

Bisik kat telinga husband, tapi sayangnya dia tak respon apa²
Non stop menangis 😭😭
Rindu sangat kat dia... 
Balik rumah pun sunyi sangat 😭😭

Terima kasih kepada Pak Long, sepanjang husband dalam icu, setiap malam pak long buat solat hajat berjemaah kat masjid.. 
Adik beradik pula buat bacaan yassin, mendoakan kesembuhan buat husband. 

Hari ke 11, husband dah betul² sedar. Masuk je dalam icu tu, husband menangis nampak kita.. tiub oksigen,wayar² semua dah dicabutkan.. dah boleh makan bubur.

Dah pindah ke wad biasa.

Kecoh masa 1st day kami pindah was biasa. Orang tau yg kami laki bini jatuh terduduk kat lantai semasa saya nak pindahkan husband duduk dalam kerusi roda. 

Ajer laaa teruk giler kerusi roda yg ada dalam hospital ni.. ada 7 kerusi roda, semuanya teruk.. kebetulan ambil yg 1 ni, yg tu je laa nampak paling ok.. tapi rupanya silap.. lock tayar tu rosak, jadi kerusi roda tu bergerak ke belakang waktu nak pindahkan husband duduk tu. 

Terus whatsapp family, minta hantarkan kerusi roda arwah ayah ke hospital. 
Bayangkan yer, ni hospital tau.. toiletnya tak mesra oku langsung dalam wad. Terseksa sangat nak papah husband ke dalam toilet. Nak masuk ke tempat shower pun kerusi roda tak lepas masuk. Huhu. 

Dah boleh balik rumah, husband dah boleh memijak sket²
Setiap petang exercise depan rumah, nak kuatkan kaki..

Alhamdulillah, sekarang ni dah hampir 3 bulan berlalu.. husband semakin sihat. 

Masih follow up dekat KK. Masih kena makan ubat bagi tambah darah. Masih kurang sel darah merah. 

Semoga husband kiter terus sihat dan baik² saja yer... 

Allah masih beri peluang buat dia dan juga saya... 


Khamis, 28 November 2024

Kuantan-Cherating

Hari ni baru ada mood nak update blog yg sendu ni 😂

Saja nak share kat sini.. boleh jadikan rujukan dan mengingat kembali kisah² yang berlaku... 

Kisahnya ada turun ke Kuantan, Pahang.. tujuannya nak mengantar anak angkat husband yg sepatutnya daftar kat sebuah kolej swasta ni.. 

Kiter pon booking laa bilik hotel, cari hotel bajet area bandar kuantan jer untuk 2 malam. Sbb nak jenjalan situ jer sambil jumpa anak angkat dgn familynya..

Alih² pihak kolej tangguhkan pendaftaran sebab tak cukup student. Masalahnya last minit.huhuhu.. tepuk dahi ler kami..

Tapi, husband tetap juga laa nak bawa bini dia ni jenjalan gak ke Kuantan 😂

Stay 1 malam je kat bandar kuantan. Hari seterusnya kami booking Villa De Fedelia, Cherating. 







Sempat singgah ke Teluk Cempedak. Datang awal pagi, orang tak ramai..

Tempat wajib singgah kalau datang Kuantan..



 

Tempatnya ikutkan nampak cantik, terjaga, bersih.. tapi sayangnya dalam bilik tu pintu bilik air nampak renggang, boleh mengintai 😂
 Deko dlm bilik, katil, tuala, senang citer hampir kebanyakannya barang lama.. 
Nak mandi tu, shower nyer tu alahaiii.. tekanan air nyer tu.. hmmmm..
View depan bilik pulak dorang sedang tambak pasir. Sebab berlaku hakisan.. 
Nasib baik kita stay 1 malam jer 😅 layankan ajer laa.. 
Nak repeat ke? Memang tidak ler.. 

View dari bilik nampak  Royale Chulan Cherating Villa (RCCV)



Ada sediakan breakfast, sorang sebungkus bihun goreng, boleh bakar roti.. air panas pun basic je laa.. jadi laa tu, malas nak keluar cari breakfast lain.

Sebelum check out bilik, sempat whatsapp RCCV booking slot utk lunch kat Ocean Restaurant.

Rindu nak honeymoon kat sini..huhu.. sebelum PKP sbb covid dulu, sempat kami honeymoon kat sini.. tempat ni best sangat. Paling puas mandi kat pool. Time tu tak de orang sebab kami datang bercuti hari bekerja 😂 

Tenang sangat menikmati pemandangan


Teringat nasi goreng dia dgn nyonya asam pedas, sebab tu ajak husband singgah lunch sini jer 


Ada rezeki lain nanti, kita repeat laa honeymoon sini, tapi nyerr kann.. wish list tempat honeymoon yang lain belum habis lagi 😂