Khamis, 2 November 2023

Alun Retreat Pulau Pangkor

Assalamualaikum..

Walaupun blog ni makin sendu dan ramai rakan blogger yang dah makin menyepi.. saya tetap akan update jugak cerita saya kat sini walaupun penuh sawang.. hehe..

Banyak story yang nak dikongsikan.. mungkin ada story saya yang boleh dijadikan rujukan untuk sesiapa yg sedang mencari info..

Hari ni Mun nak kongsi kisah kami bercuti ke Alun Retreat, Pulau Pangkor.

Percutian bulan 2 ni kami tak rancang pun..

Mun tetiba je ajak husband pergi bercuti.. 

Mujur laa hotel yang Mun berkenan ni masih ada kekosongan lagi..

Hajat hati nak ambil bilik atas (view memang cantik sangat)

tapi disebabkan last minit, dah penuh pulak.. 

Bilik bawah pun jadi laa ehhh.. 

Dengar citer, Alun Retreat ni masih baru lagi..

11 Feb, kami gerak dari Negeri Sembilan menuju ke Lumut.

Kami bermalam kat area Jeti Lumut terlebih dahulu..


jeti lumut
meronda sekitar jeti lumut selepas check in hotel

jeti ke pangkor
Suasana waktu pagi di jeti



Kali ni kita bercuti ala backpacker gituww. Idok lerr nak bawa beg roda bagai ehh.. haha


Kami stay 1 malam kat area Jeti Lumut. Pilih Brezza Hotel jer.. Murah, selesa dan bersih laa juga walaupun biliknya kecil.. Ok laa kan.. dah nama pun hotel bajet.. tido pun 1 malam jer.. 

Sebelum gerak ke Marina Island, posing lagi sekali kat sini..

 Pagi tu, beli tiket online untuk naik feri ke Pulau Pangkor, terus check out hotel dan cari breakfast. 

bergambar kat sini.. jangan tanya kenapa aku kat bawah ye.. hahaha
makin tua makin gayat hahaha

Saja kami masuk pulau awal.. sebab plannya kami nak berjalan terlebih dahulu sebelum check in Alun Retreat.


posing depan Alun Retreat

Hotel kat sini berkonsepkan Kabin.. memang menarik.. 

yang ni kami posing kat Teluk Nipah.. atas lagi sket dari Alun Retreat. 

minum petang kat Kg Teluk Dalam. MasyaAllah...
sedap sangat cucur udang & kuah kacang nii


kampung teluk dalam
ronda lagi kat kampung teluk dalam

Ohh ye, motor ni kami sewa dengan sorang akak ni.. 
kami panggil kak emma. waktu ni kami request nak motor gear biasa. sebab suami tak pernah bawa motor scooter.. yang nak sewa motor boleh hubungi 017-5870619
mudah sangat berurusan dengan Kak Emma ni.. 

hotel ada sediakan sofa empuk ni untuk tetamu. boleh laa kami lepak lihat matahari terbenam..

agak kecewa dinner shellout kat sini.. utk 2 orang..harga yg tersangat mahal. moncokek darah ye..huhu.. murah lagi makan kat KL/Selangor. Rasa pun memang outtt... terkilan rasa.

cafe kat Alun Retreat.. cafe ni buka sampai jam 12 tengah hari je kalau tak silap.. hanya buka untuk breakfast. tapi kerusi meja ni boleh je kita guna sampai ke malam kalau nak lepak-lepak

ni laa rupa bilik bahagian bawah. semua bilik memang akan mengadap laut.


waktu breakfast kat cafe ni, memang lewat ye.. pukul 8 baru ada.huhu
kami ni jenis breakfast jam 7 pagi. pepagi dah keluar g cari breakfast kat teluk nipah dulu..jam 8 kami lepak dalam cafe ni

depan bilik disediakan pili air untuk cuci kaki.. 

ada netflix. idok ler bosan bila buka tv.

hotel ni mengadap Pangkor Laut Resort


Nampak tak hujung tu ada pulau.. haa yg itu Pangkor Laut Resort.. Mun ada buat post pasal Pangkor laut resort ni...

alahaiiii...rindu laa plak nak cuti kat situ..


sebelah Alun Retreat ni ada gerai jual laksa.. ramai gak bgtau laksanya sedap..
ternyata mmg sedap.. husband kita try nasi lemak.. sebab dia memang tak makan laksa

view kat Pasir Bogak ni memang tenang je.. tak ramai orang..



sebelum check out, kita breakfast juga kat cafe ni walaupun lambat buka..


last pic dari kami yg suweett mcm gula..hehehe

@Kata Hatiku Berbicara@

InshaAllah kalau ada rezeki dan umur yg panjang.. kami plan nak honeymoon ke Tanah Aina pula.. 

Buat masa sekarang ni, kami lebih banyak aktiviti camping jer.. 

5 ulasan:

  1. best juga dapat buat gateaway walaupun sekejap

    BalasPadam
  2. suka suasana je kalau kata pangkor sebab kampung dan tenang. tapi bab makan memang mahal.kena tengok tempat. kami haritu last last makan kat benteng sebelah balai bomba tu je,situ sedap, cepat dan harga cam kl sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laaa, kalah tang tempat makan..ikut nasib laa kalau pandai cari kat mana yg murah dan sedap tu kan...

      Padam
  3. Seriuss cantik kabin hotel tu.. Bila la nak repeat pulau pangkor ni.. Huhuu

    BalasPadam

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..