Halaman

Rabu, 20 Ogos 2025

Gerai Biasa tapi Rasa Luar Biasa

Antara gerai yang saya suka singgah dan asyik duk nak repeat menu yang sama..

1. JZ Cendol 
Terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan
Menu paling sedap Nasi Goreng Daging, Mee Goreng Daging, Kuetiow Daging, Mee Bandung Muar
yang saya senaraikan ni memang cepat habis.

Terkadang tu kan.. datang sini tak tau nak order yg mana..rasa macam nak order semua..haha

kita ni jenis susah nak order cendol durian, sbb tak suka durian ioi/musang king.
nasib baik laa gerai ni guna durian kampung..haa yang tu kita suka.. sebab tak manis sangat..


2. Teratak Continental, Beranang (Berdekatan KK Beranang)
Gerainya biasa je, tepi jalan.. tapi menu western ni level Chef Hotel ( dengar citer laa.. owner gerai ni dulu keje chef kat hotel) 
Kalau tekak ni teringin nak makan Chicken Grill memang ke sini laa kami singgah makan. 
Dah puas try makan Chicken Chop kat merata kedai makan... semuanya tak sedap..


 @Kata Hatiku Berbicara@

Sekarang ni kalau orang duk viralkan kedai makan sedap kat T...Tk susah sikit nak percaya.. 
biasa yg viral ni tak sedap.. (sbb paid review) 

6 ulasan:

  1. Beranang dekat hulu selangor ke nie? mcm syok pula nak food hunting juga nanti

    BalasPadam
  2. abis laaa
    mun dah viral kan ni
    susah laa nak dpt parking nanti
    hahaha

    BalasPadam
  3. Kadang orang underestimate gerai² biasa ni kan...
    Makanan kalau letak daging jadi lebih sedapkan

    BalasPadam
  4. Sedap2 pulak nampak makanan ni. Terus rasa lapar.

    BalasPadam
  5. Maaakkk... ada cendol durian.
    Durian kampung memang sedap, rasa dan aromanya semerbak.
    Saya pernah ke Lenggeng, beberapa tahun lalu beraya di rumah mentua adik.

    BalasPadam

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..