Halaman

Jumaat, 28 November 2025

Pembantu Guru

Assalamualaikum,
salam jumaat penghulu segala hari..
hari ni merupakan hari terakhir mun bekerja sebagai Pembantu Guru.

Alhamdulillah..satu pengalaman yg sangat menarik..
dapat bekerjasama dengan guru-guru.
bila bekerja dalam bidang pendidikan ni, baru laa kita nampak betapa sibuknya guru-guru kita ni, berhadapan pula dengan anak-anak murid ni.. ada ketikanya sungguh mencabar keimanan. haha

apa pun satu kenangan manis juga sbb pelajar panggil sy "Cikgu" walaupun saya bukanlah seorang guru. 

moga ada rezeki lagi buat saya untuk kembali bekerjasama dengan cikgu-cikgu ni..

ada juga yg bertanya kepada saya beberapa soalan..

kenapa nak kembali bekerja, sedangkan saya dah selesa menjalankan perniagaan.

kenapa tak cari kerja ikut kelayakan yg selayaknya sy dapat. 
(soalan yg ni sy dpt selepas mereka tau sejarah kerja lama sy)

selama 8 tahun sy berhenti kerja kat KL nuu..
tup tup kembali bekerja.. 
ramai yg terkejut, ada yg ingat mun dah tutup bisnes. hehe
bisnes kita tetap berjalan.. 


ole ole dari cikgu... terima kasih byk tunjuk ajar saya dalam unit peperiksaan. 


@Kata Hatiku Berbicara@

Ada banyak gambar kenangan bersama cikgu2 dan pelajar2 tapi tu laa..saya tak boleh nak share sebarangan gambar mereka.. maka kita simpan jadi kenangan untuk tatapan saya sendiri sahaja..

Rabu, 26 November 2025

Lontong King

Ada peminat lontong tak kat sini.. hehe

Setiap bulan, sama ada mun atau husband sendiri yg akan ajak makan lontong special kat Lontong King.
Kedai makan Lontong King ni terletak di Hulu Langat..

Kami sanggup dari Negeri Sembilan turun ke Hulu Langat semata-mata nak makan lontong king.

Isi dalamnya ada serunding, sambal paru, sambal sotong, rendang daging, kuah kacang..

fuhh nikmat sungguh makan. 

Dulu kedai ni pernah buka cawangan kat Semenyih. dekat laa sket dengan rumah kami..
memang ramai orang datang makan kat situ..
tapi sayangnya tak dapat bertahan lama.. bukan sebab tak de orang datang, tapi sebab kekurangan pekerja. huhu
kami agak kecewa juga laa sebab cawangan kat semenyih tu tutup. 



 

Isnin, 24 November 2025

Burg & Go

Assalamualaikum..
Hari jumaat baru ni, husband kata tetiba tekak ni rasa tak nak makan nasi laa.. nak makan burger. tapi tak mau burger biasa biasa tu,, 
Dia yang nak kan... maka gigih laa dia duk cari kedai makan.. haha bini ikut ajer laa..

Alhamdulillah.. sedap jugak burger kat Burg & Go ni.. 
Lokasi kedai ni terletak di Seremban 2.

Husband order Double Cheese Burger, bini dia ni order yang biasa2 je.. 

kita bagi 10/10 bintang

staff pun sangat bagus, dia tengok kita lama nak pilih menu.. 
dia bagi laa penerangan setiap menu yg ada.. 

hmm boleh repeat lagi ni... lepas ni nak try bbq burger dan smoked duck burger.


 

Isnin, 17 November 2025

Pizza Ukhwah

Dah lama tak makan pizza, kebetulan pulak lalu kat TikTok ada pizza usahawan melayu kita yang berniaga kat Pantai, Negeri Sembilan..

ok laa 30 minit dari rumah kita kan... terjah laa ke sini..

Sedapppp sangat tau... rotinya lembut sangat, isinya pun banyak..

pizza hut, dominos ke.. memang kalah laa yer..

ok dah jumpa pizza yang super duper sedap dan lembut.. memang sini je laa jawabnya kalau nak teringin makan pizza.


tak banyak pilihan tapi itu pun tak tau nak pilih mana satu..hahaha

100/10

order lasagna beef.. sedap sangat...

air coklat dia pun sedap sangat.. tak over manis







 

Jumaat, 14 November 2025

Majlis Apresiasi Pengawas PSS

Alhamdulillah, baru baru ni Moon dapat jemputan dari Guru PSS ke Majlis Apresiasi Pengawas Pusat Sumber di Hotel Royale Chulan Seremban
Tugas kita jadi guru pengiring naik bas bersama anak-anak murid dan jadi guru pengiring untuk Puan Pengetua berarak masuk ke dewan jamuan makan.

2 gambar ni pun ehsan dari cikgu PSS. hehe jadi laa kan.. buat kenangan 




 

Rabu, 12 November 2025

Sup Gearbox

Rasanya dah lebih setahun kita tak makan sup gearbox.

tup tup cik abang ajak dinner Sup Gearbox kat Bangi.. 

senyum lebooorr bini dia haa.. haha

tapi tu laa makan berdua kan.. mana larat nak habiskan.. 

maka kita bungkus separuh bawa balik..


tak muat periuk kita ni..haha
kemain besauuuu



 

Isnin, 10 November 2025

Jemputan Penceramah Guru Pembimbing

Baru baru ni ada dapat jemputan dari Cikgu yang mengajar anak-anak PPKI, mereka minta moon jadi Guru Pembimbing untuk ajar subjek Pembungkusan Hadiah. 

Moon dengan rasa berbesar hati menerima jemputan tersebut dan menghargai kepercayaan diberikan untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada anak-anak istimewa ni.

kita bantu cikgu dengan beli bahan2 yang diperlukan untuk kelas nanti

seminggu bersepah kat ruang tamu..huhu

siapkan dulu contoh untuk kita pamerkan dalam kelas nanti

antara contoh yang kita buat, supaya anak-anak dapat gambaran apa yg akan dorang pelajari nanti

bermulalah perjalanan kelas kita



sambung belajar kat dalam kelas pula..ada beberapa pelajar yang perlukan bantuan sepenuhnya.

hasil dari ilmu yang kita ajar. alhamdulillah..
hebat anak-anak istimewa ni

terima kasih cikgu sudi menjemput saya

alhamdulillah..terima kasih atas saguhati dan sijil penghargaan..


@Kata Hatiku Berbicara@

Alahai sekejap je masa berlalu.. rasa macam baru je mula kerja kat sekolah ni..
rupanya dah sampai ke penghujung kontrak dah kita..huhu
Kalau ada rezeki, memang nak sambung kerja kat sekolah ni lagi.. 
dekat sangat dengan rumah. 
 

Selasa, 4 November 2025

Farhanah Catering-Eco Majestic

Hujung minggu ajak husband makan malam kat Farhanah Catering sekali lagi. 
Tekak ni asyik laa duk teringat kat sambal nasi lemak udang goreng.. huhu
maka, ajom laa kiter dinner sini..

husband pilih nasi kenduri ayam masak merah

sudah tentu nasi lemak..sambal dia sedap sangat


 Kalau datang sini rasa macam nak order banyak menu sebab sedap haha

Jumaat, 31 Oktober 2025

Farhanah Restaurant

Buat pertama kalinya singgah restoran Farhanah cawangan bangi.

Selalunya kalau nak g makan tu kami akan ke Farhanah Katering,
 cawangan di Eco Majestic.


Kalau nak makan kat sini, memang rambang mata tu.. tak tau nak order yang mana satu. sbb kebanyakan menunya memang sedap belaka.

Paling mun suka nasi kerabu, roti bakar, nasi lemak udang / sotong crispy, masak lemak patin, set nasi ikan talapia.. ehhh banyak lagi menu dia yg memang sedap.


punya laaa lama duk pilih menu.. kali ni mun nak try menu lain, nasi goreng seafood buttermilk
sedappp sangat...

 

Rabu, 29 Oktober 2025

Bantal Printed

Alhamdulillah.. selepas selesai tempahan dari Polis di Melaka, 
bersambung pula kita siapkan tempahan dari Hospital Serdang.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. target nak siapkan dalam tempoh seminggu
sebabnya bila dah bekerja ni, jarang ada masa untuk bisnes. 
Masa yang free hanyalah waktu malam dan sabtu ahad sahaja.


Terima kasih Nurse sudi repeat order dengan Kedai Hadiah Mama Mun.. 


Selasa, 28 Oktober 2025

Tempahan Bag dan Note Book

Alhamdulillah, menerima tempahan dari rakan kolej saya.
walaupun tempahan last minit.. kita usaha juga siapkan tempahan mengikut tarikh yang dipinta..
Terima kasih ASP Anne sudi tempah Non Woven Bag dan Note Book

Balik je dari camping terus capai barang yg customer tempah dan terus pegi buat penghantaran..

ajerr tak reti penat laki bini ni yerr... gigih demi bisnes.  


yang ini sticker uv dtf untuk tampal kat pen



 

Isnin, 27 Oktober 2025

Richiamo

Rasanya dah lebih setahun kami tak singgah makan kat Richiamo ni..
tetiba plak tekak ni rasa macam nak sangat makan nasi lemak kat sini..sambalnya dan rendang ayam sedap..

Tapi tu laa.. tak de rezeki, boleh plak nasi lemaknya tinggal utk 1 pinggan je.
So kita bagi ke husband je laa...
kita order Chicken Chop

7/10 sebab kentang masin giler. byk nau tabur garam ehh.. pastu tepung banyak dari isi ayam

Order Matcha.. aduyaii tetap tak boleh lawan matcha zus.

opcos ada muka bini dia.. sebab kita yg belanja haha


 

Jumaat, 24 Oktober 2025

Hay Yan Huda


Kalau turun ke Seremban tu, kekadang tak tau nak makan tengah hari atau makan malam kat mana. 
yang terlintas kat fikiran kami laki bini mesti sama.. nak kan Hay Yan Huda je laa

Waktu ni nak pilih menu, dah nampak ada menu baru laa..
Rendang Itik dan Masak Lemak Cendawan Kukur

Ok, kita try menu baru la plak..

Rendang itik 10/10

Masak Lemak Cendawan Kukur 5/10
isi nya sikit sangat. pastu kuah melampau pekat dan masin.
 


time nak bayar kat kaunter tu sempat laa beli biskut ni..
walaupun mahal Rm6 camtu..
nasib baik sedap giler.. 

 

Khamis, 23 Oktober 2025

Camping #13 Lubuk Ghancung, Jelebu

Setiap kali nak pergi camping.. haa konpem bersepah laa ruang makan dan ruang tamu.
kemas dan susun apa yang patut barang keperluan dan makanan yang nak dibawa.


sebelum pergi, kena cas dulu semua bateri kipas dan lampu


Alhamdulillah, buat kali ke-2 kami camping kat Lubuk Ghancung Campsite. Kali pertama kami datang pada tahun 2023. Tahun ni campsite berubah habis.. campsite yang sangat cantik dan sangat selesa. 
kiter loveeee sangat tau...




 


nampak macam cetek je sungainya.. bahagian kiri je nampak cetek. sebenarnya boleh tahan dalam gak sungainya tu.. dan boleh taha deras juga.

sepanjang hari sejuk je.. jarang guna kipas. siap buat unggun api lagi

haa sebelah tapak kami ni ada 2 pokok, ngam laa tu..mmg kami pasang hammock buat husband baring santai-santai

jiran tapak no 2 bagi kami laksa.. Ya Allah sedap sangat tau... 
rupanya acik ni mmg meniaga, dia tukang masak..


menu malam pertama kami. 
Kurma daging, telur goreng dan sambal belacan

Sarapan nasi lemak dan sambal udang kecil

tengah hari kami telur dadar dan hati ayam masak kicap

setiap kali camping, minyak urut, minyak angin mmg benda yg wajib kami bawa. 
tak boleh tinggal.. huhu 

 InshaAllah tahun depan kami akan repeat camping kat sini.. dan bawa family sekali.. kita book 4 tapak terus