Halaman

Isnin, 10 November 2025

Jemputan Penceramah Guru Pembimbing

Baru baru ni ada dapat jemputan dari Cikgu yang mengajar anak-anak PPKI, mereka minta moon jadi Guru Pembimbing untuk ajar subjek Pembungkusan Hadiah. 

Moon dengan rasa berbesar hati menerima jemputan tersebut dan menghargai kepercayaan diberikan untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada anak-anak istimewa ni.

kita bantu cikgu dengan beli bahan2 yang diperlukan untuk kelas nanti

seminggu bersepah kat ruang tamu..huhu

siapkan dulu contoh untuk kita pamerkan dalam kelas nanti

antara contoh yang kita buat, supaya anak-anak dapat gambaran apa yg akan dorang pelajari nanti

bermulalah perjalanan kelas kita



sambung belajar kat dalam kelas pula..ada beberapa pelajar yang perlukan bantuan sepenuhnya.

hasil dari ilmu yang kita ajar. alhamdulillah..
hebat anak-anak istimewa ni

terima kasih cikgu sudi menjemput saya

alhamdulillah..terima kasih atas saguhati dan sijil penghargaan..


@Kata Hatiku Berbicara@

Alahai sekejap je masa berlalu.. rasa macam baru je mula kerja kat sekolah ni..
rupanya dah sampai ke penghujung kontrak dah kita..huhu
Kalau ada rezeki, memang nak sambung kerja kat sekolah ni lagi.. 
dekat sangat dengan rumah. 
 

11 ulasan:

  1. Kreatif, sy tak pandai sangat la buat² macam ni, lagipun kalau baru nak mula rasa besar jugak modalnya, betul tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tahan juga modalnya tu.. sbb tu ramai seller jual mahal

      Padam
  2. kreatif. kalau saya memang keras tangan la jawabnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe kena praktis banyak kali.. baru dpt hasi;nya

      Padam
  3. Cantiknya boleh buat sendiri je kalau ada anugerah tu.

    BalasPadam
  4. Bagusnya Mun ada kemahiran begini. Dapat pula berkongsi ilmu dgn anak² ni. Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..rezeki anak2 dapat belajar ilmu baru

      Padam
  5. cantik2nya hasil kreativiti anak2 tu. moga2 u dpt sambung kontrak kat situ

    BalasPadam
  6. Kreatifnya Mun....cantik sangat hasilnya...kalau kak SA yang buat x tau la jadi apa

    BalasPadam
  7. Orang kalau dah kreatif, menjadi dan cantik je hasilnya. Alhamdulillah...dapat juga peluang mengajar dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Semoga dapat sambung kontrak. Aamiin...

    BalasPadam

Terima Kasih sudi tinggalkan komen korang..
InshaAllah, saya reply nanti tau..